Khamis, 30 Oktober 2008

Mahathir Mohamad

MAHATHIR BUAT HAL LAGI

Assalamualaikum... Tun Dr Mahathir Mohamad dah buat hal lagi. Belum apa-apa beliau sudah sumpit Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan mengatakan Najib juga ada kumpulan Tingkat Empat yang menggelilinginya dan bakal menentukan politik Najib dan mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai orang berkuasa.

Mahathir sebut kumpulan Tingkat Empat itu sama dengan kumpulan Tingkat Empat yang mengawal dan menentukan politik Datuk Seri Abdullah Badawi yang diketuai menantunya Khairy Jamaluddin. Bahkan kata Mahathir kumpulan Tingkat Empat itu juga adalah mereka terdiri anak-anak muda yang ada hubungan rapat dengan kumpulan Tingkat Empat yang kontrol Abdullah.

Mereka yang tidak tahu membaca politik Mahathir akan menyokong bekas PM itu. Orang juga nampak beliau bersungguh untuk menyelamatkan negara ini dari ancaman luar walaupun sudah lama bersara. Tetapi bagi mereka yang tahu membaca sifir politik senang saja menyelami apa yang ada dalam jantung Mahathir.

Beliau melontarkan itu untuk memberi ingatan kepada Najib dengan harapan Najib tidak akan melupainya apabila sudah jadi PM nanti. Apa yang beliau inginkan ialah agar Najib menggunakan khidmatnya sebagai penasihat macam penasihat Tingkat Empat itu. Itu sebenarnya.

Sudah lama Mahathir dahagakan untuk jadi penasihat Kabinet atau menteri mentol macam Lee Kuen Yew di Singapura tetapi sayang tidak ada siapa peduli ataupun melayaninya. Dengan naiknya Najib menjadi PM nanti beliau berharap Najib akan melantiknya menjadi penasihat Kerajaan.
Makanya sebelum itu beliau kena tembak dan sumpit mana-mana patut untuk menyedari atau memberi isyarat kepada Najib. Atau mungkin juga jawatan itu Najib sudah janji padanya sebagai imbuhan atau bantuan mempercepatkan proses penurun Abdullah BAdawi. - TPT 34/08

Label:

Rabu, 29 Oktober 2008

Mukhriz Mahathir

MUKHRIZ HANYA MENGAJUK CAKAP BAPAKNYA

Assamualaikum... Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir berkata ekuiti 30 peratus untuk Bumiputera dalam DEB tidak boleh dihapuskan kerana kedudukan ekonomi orang Melayu masih belum mantap dan kukuh. Beliau berkata demikian di Kedah. Mukhriz merujuk kepada cadangan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang ingin menghapuskan DEB perlahan-lahan.

Mukhriz mengeluarkan pandangan itu setelah bapaknya semalam memberi pandangan tidak bersetuju dengan langkah seperti mana hendak diambil oleh Najib itu. Kata Mahathir bukan masanya untuk menghapuskan ekuiti 30 dalam syarikat milik awam yang disyaratkan menerusi dasar itu.

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah sikap Mukhriz berkenaan. Selepas bapaknya bercakap baru dia berani mengeluarkan pandangannya. Mukhriz bercakap hanya mengajuk apa yang bapaknya cakap saja.

Saya yakin kalau bapaknya tidak bercakap demikian beliau tidak akan memberi komen begitu. Di sini jelaslah idea dan butir tutur percakapan Mukhriz memimjam idea dan butir tutur bapaknya.

Sampai bila calon Ketua Pemuda itu hendak berdiri atas kata-kata bapaknya. Di sinilah kebenaranya kalau ada orang berpendapat Mukhriz tidak mempunyai idea, wawasan dan keberanian secara peribadi melainkan mengharapkan bantuan dan semangat dari bapaknya.

Kalau begitu bagiamana agaknya untuk beliau jadi ketua pemuda Umno kelak (sekiranya menang), takkan setiap hari beliau hendak merujuk kepada bapaknya dulu? Mungkin keadaanya lebih naif daripada apa dialami oleh Hishamuddin Hussein.

Jadi tidak hairanlah kalau beliau awal-awal memberi alasan untuk menolak ajakan Khairy Jamaluddin dan Mohamad Khir Toyo untuk berdebat secara terbuka bagi membentangkan visi dan agenda masing-masing. Beliau tidak bersedia untuk berdepan secara live tanpa bantuan bapaknya. Katanya perdebatan itu tidak memberi kebaikan dan mendedahkan hal ehwal dalaman parti kepada luar hanya alasan saja.

Yang sebenarnya Mukhriz tidak ada keupayaan dan kekuatan untuk beradu kepala, berlaga hujah dengan dua calon ketua pemuda itu. Namanya... penakutlah tu. - 33/08

Label:

Selasa, 28 Oktober 2008

Khalid Ibrahim

KHALID PERLU LEBIH BERHATI-HATI

Assalamualaikum... Kelihatannya apa yang dibimbangi sesetengah orang Melayu mengenai halatuju dan pendekatan politik PKR seperti akan menjadi kenyataan. Sebelum ini ada orang Melayu yang kononnya sayangkan bangsa sendiri bimbang dengan pendekatan politik PKR khasnya politik baru Anwar Ibrahim yang cuba tidak membezakan kedudukan, kepentingan serta hak antara kaum-kaum di negara ini. PKR seperti mahu meseragamkan semua bangsa atau kaum tanpa dibeza-bezakan.

Langkah ataupun amalan itu dilihat sebagai memusnahkan Melayu. PKR juga dibayangkan berjuang bukan memberi keuntungan sebaliknya mengikiskan beberapa hak dan kepentingan Melayu yang sudah diterima pakai sebelum ini.

Keberanian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Low Siew Moi, untuk memangku jawatan Pengrus Besar dilihat sebagai satu langkah merealisasikan kepercayaan politik PKR.
Alasan Khalid melantik Siew Mio ialah sebagai langkah sementara saja dalam tempoh persaraan Pengurus PKNS sekarang. Ertinya mungkin tidak ada hajat beliau untuk melantik Siew Moi itu ke jawatan Pengurus Besar. Bagaimana pun apa yang dilakukan Khalid itu akan dianggap sebagai satu permulaan yang cukup baik bagi pihak lain dan sangat-sangat disyukuri.

Adalah malang lagi kalau perlantikan itu atas desakan dan cadangan pihak lain. Walaupun ia bersifat sementara tetapi ia memberi permulaan (precedent) untuk masa akan datang dan juga menjadi sejarah; bahawa orang bukan Melayu pernah dilantik sebagai pemangku.

Apa-apapun ia bermula dari kecil sebelum membesar. Umpama api bermula dari barah sebelum membakar belukar dan kota. Untuk naik ke atas ia memulakan tapak. Apa yang dilakukan Khalid itu sebagai menyiapkan tapak, walaupun sementara tetapi ia adalah tapak dan tapak tetap akan dipergunakan untuk panjat ke atas samada berjaya atau tidak itu soal lain.

Adalah elok kalau Khalid memikirkan semula, ataupun dilain kali sebelum membuat apa-apa percubaan hendaklah rujuk dan bincang dengan orang lain dulu. Sudah banyak terdengar beberapa keputusan yang dibuat Khalid tanpa merujuk kepada pihak lain khsusnya partinya sendiri.

Beliau juga dikatakan tidak suka kepada orang parti mencampuri urusan pentadbiran. Dari kepalanya orang parti layak setakat tampal poster pasang banner ataupun bersorak semasa pilihan raya saja dan bukan untuk melakukan keraja pentadbiran. Soal pentadbiran biarlah orang korporat ataupun teknokrat yang uruskan!

Sekali lagi cara Khalid itu mungkin baik, namun apa yang beliau kena ingat bahawa yang berkerja untuk menang dan dapatkan kuasa orang parti dan bukan teknorkat, birokrat dan para penjilat. Kalau Khalid tidak percaya tunggulah bila ada pilihan raya nanti siapa yang akan bertungkus lumus menjaga bilik gerakan, pos, ataupun yang merayu undi di pusat-pusat pembuangan undi. - TPT 32/08.

Isnin, 27 Oktober 2008

Mukhriz Mahathir

TEMBELANG MUKHRIZ SUDAH NAMPAK

Assalamualaikum... Sudah nampak bayang-bayang siapa yang bermain ilat dan tidak betul dalam persaingan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Belang juga sudah nampak siapa yang wira sebenarnya dan siapa yang berlindung di bawah ketiak bapak, berani ketika bapak berada di belakang.

Calon Ketua Pemuda yang dapat nombor wahid, Mukhriz Mahathir nampak sudah menyerlahkan akan dirinya yang sebenarnya. Bahawa pencalonan yang beliau perolehi itu bukan kerana kejantanan, kecerdikan ataupun kecanggihan visinya tetapi kerana pengaruh sang bapaknya. Ataupun juga pencalonan itu disebabkan adanya unsur-unsur lain yang tidak sihat dan cemar! Kalau tidak masakan bapaknya bersungguhnya melaungkan kononnya ada politik wang dalam pemilihan pemimpin Umno kini.

Kenapa saya kata begitu, sebab kalau beliau benar-benar berani kenapa harus takut bila diajak berdebat bagi menunjukkan kemampuan masing-masing sebagai ketua pemuda. Sepatutnya beliau sahut seruan itu dan jangan berdalih di sebalik alasan kononnya untuk tidak mendedahkan masalah parti ke pengetahuan orang luar.

Mukhriz cakap sajalah; kalau melukut katakan melukut, tidaklah orang menyangka padi, kalau takut katakan takut tidaklah orang menganggap berani!

Bila Khairy cadangkan ada perdebnatan antara calon-calon ketua pemuda bagi menyatakan visi, idea ataupun janji-janji yang bakal dilaksanakan jika jadi ketua pemuda kelak sepatutnya Mukhriz tampil tanpa berdalih dan menyahut seruan itu dengan penuh kegembiraan kerana beliau dapat membentangkan agendanya jika terpilih kelak.

Beliau sepatutnya malu kepada Khir Toyo walaupun bekas MB Selangor itu mendapat pencalonan terendah setakat ini namun bersediaan untuk berdebat satu sikap yang terpuji. Begitulah anak jantan.

Dengan perdebatan kelak orang akan tahu kehebatan, wawasan dan idealisme sebagai bakal pemimpin Pemuda. Dari situlah nanti perwakilan pemuda dapat mengukur dan menilai siapa yang layak untuk memimpin mereka dan siapa yang bakal menjadi jawatan itu sebagai tikit untuk kepentingan perut semata-mata.

Sebenarnya saya tidak hairan kalau Mukhriz sudah menggeletar sebab beliau tidak mampu berdiri atas pentas sendirian. Selama ini pun yang menyuntik dan mengajar beliau bercakap ialah bapaknya. Jika bapanya tidak ada beliau tentu akan kaku sendirian. Bapanyalah yang memimpin dan mengajar beliau menyebut perkataan politik termasuk mendesak supaya Datuk Seri Abdullah Badawi berundur.

Sudah tentu bila beliau di atas pentas debat nanti beliau kena mencari kata-katanya sendiri, mencari hujahnya sendiri. Jadi daripada silap-silap beliau boleh malu atas pentas debat, lebih baik beliau mencari alasan dangkal untuk tidak menyertainya. - TPT 31/08.

Label:

Zahid Hamidi

CADANGAN ZAHID SUDAH TIDAK BERMAKNA

Assalamualaikum... Sekonyong-konyongnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong penuh supaya sistem kuota dihapuskan. Beliau berharap apabila Datuk Seri Mohd Najib Razak menjadi presiden Umno nanti, Najib akan menghapus sistem berkenaan.

Antara lain alasan Zahid penghapusan sistem berkenaan perlu bagi mengelak politik wang berleluasa dalam Umno. Maknanya Zahid mengakui gejala politik wang yang menjajah Umno kini kerana sistem berkenaan.

Apakah Najib bersedia untuk menghapuskannya nanti kerana sistem berkenaan telah menyelamatkan beliau dari dicabar oleh sesiapa pun? Saya tidak fikir sesiapa pun menjadi presiden Umno ia akan buang sistem berkenaan kecualilah ada desakan bertubi-tubi dari kalangan ahli. Membuang sistem itu samalah dengan menghapuskan Akta Keselmatan Dalam Negeri (IS) bagi seorang presiden Umno.

Sistem berkenaan boleh digunakan bagi menjamin seseorang ketua tidak akan dilanggar begitu saja kecuali ketua yang lemah dan bersikap terlampau baik seperti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yan mana kebaikannya memakan dirinya sendiri.

Saya kita Abdullah agaknya menyesal kerana beliau tidak dapat melakukan reform merombak paradigma ciptaaan Tun Mahathir Mohamd untuk membebaskan Umno daripada tambatan menerusi sistem berkenaan yang mirip 'diktator' dalam pemilihan.

Sepatutnya Abdullah sebelum beliau membuat keputusan untuk tidak mempertahkan jawatan presiden beliau terlebih dahulu berusaha merombak atau menghapuskan sistem berkenaan. Cara itu orang akan lihat beliau lebih jantan dan tulus dan jasa beliau itu akan dikenang selama-lamanya.

Seperkara lagi yang sedikit menghairankan saya kenapa Zahid tiba-tiba saja jadi begitu demokratik dengan minta sistem itu dihapuskan. Mungkin cadangan Zahid itu boleh dianggap begitu dan ianya ikhlas sekiranya beliau mencadangkan sebelum beliau sendiri tidak melepasi kuota untuk bertanding.

Apabila beliau mencadangkan selepas beliau sudah berkeadaan selesa, tidak ada makna lagi cadangan itu. Sepatutnya Zahid mengemukakan cadangan itu sebelum pemilihan peringkat bahagian bermula. Bila beliau cadang selepas beliau sudah selamat, orang akan lihat beliau lebih mementingkan diri dan kedudukannya daripada kepentingan dan masa depan Umno manakala cadangan itu sebagai nak bermuka-muka saja.

Haraian juga dengan sikap Zahid itu kenapa beliau meminta Najib berbuat demikian. Lama sebelum ini Tengku Razaleigh Hamzah sudah berkempen dan merayu supaya Umno mengadakan perhimpunan khas peringkat bahagian masing-masing agar mendesak Majlis Tertingi menghapuskan sistem berkenaan.

Namun ketika itu mengapa Zahid diam membisu dan seolah tidak terdengar seruan dan rayuan Tengku Razaleigh Hamzah itu. Apakah ketika itu Zahid masih bersetuju dengan sistem berkenaan kerana ia menjamin kesejahteraan politik Najib?

Biasalah dalam politik, masing-masing bersikap sel fesh nak selamatkan diri sendiri. - TPT 31/08

Label:

Ahad, 26 Oktober 2008

Husam Musa

LEBIH BAIK HUSAM BERBUAT KEBAJIKAN DI KELANTAN

Assalamualaikum... Saya mengalu-alukan hasrat dua pemimpin Pas untuk menjadi orang tengah antara Hindraf dengan kerajaan. Tawaran itu menunjukkan Pas begitu mengambil berat soal Hindraf. Apakah ini termasuk aktiviti berkebajikan yang parti itu tanamkan dalam manifestonya dalam pilihan raya lalu? Dan usaha itu juga nampaknya selari dengan pandangan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai Hindraf.

Dalam hubungan ini juga dua orang pemimpin Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa telah menghulurkan RM5,000 kepada keluaraga anggota Hindraf yang sedang direman kini. Mereka juga membawa keluarga Hindraf itu menjamu selera ayam goreng Kentuckey.

Saya hormat atas kemurahan hati pemimpin Pas dan juga atas kepekaan mereka mengenai masalah rakyat. Hendaknya apa yang mereka lakukan ikhlas dan bukan bermotif politik. Jika mereka ikhlas.. derma dan simpati itu akan dinilai kemudian dijadikan karcis untuk memasuki ke syurga. Saya percaya wang itu keluar dari briefcase Husam bukannya dompet Salahuddin.

Tetapi ada sikit yang saya ingin bangkitkan di sini berhubung dengan sikap Umur Ibnu Aziz diamalkan Husam itu. Beliau bukan saja murah kepada keluarga Hindraf itu tetapi kepada keluarga semua bangsa lain juga. Terdengar saja ada orang sakit, derita tidak cukup makan dan wang akan dibantunya. Tidak kisahlah. Anak Cina yang terjatuh dari atas rabung di Kedah pun dibantunya.

Di sini saya tidak mahu tahu dari mana beliau dapatkan wang dalam menghulurkan derma itu. Husam memang bijak dalam bak mencari wang ringgit ini, terkalah semua Exco lain. Bahkan buat wang pun dia pandai, itu dinnar dialah yang bikin. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah menyebut dan memuji kehebatan Husam ini secara terbuka. Beliau juga pernah menyebut kepada salah seorang anak pemimpin Umno, katanya Husam pandai cari duit.

Apa cara, apa kaeadah mungkin Nik Aziz tahu bagaimana Husam mencari duit. Baguslah. Tetapi kalau nak puji dan berkenan pada Husam pun jangan begitu sekali sehinggakan terlupa budi dan jasa orang lain! Kerajaan Pas sudah 18 tahun dah Husam jadi Exco pitis belum sampai 10 tahun. Apakah Exco pitis sebelum ini tidak pandai? Dan bagaimana kerjaan Kelantan servive?

Apapun baguslah kalau Pas atau Husam suka membuat kebajikan dan bersikap murah hati. Kerja-kerja kebajikan itu dituntut oleh Islam.

Yang saya pelit di sini kenapa Husam sekarang ini seakan tidak peduli kepada kebajikan rakyat Kelantan. Maksudnya pemerhatiannya tidak seperti sebelum pilihan raya lalu. Banyak tabung-tabung kewangan di Kelantan yang beliau sendiri wujudkan kini kosong bahkan ada yang telah kering sama sekali. Kifalaah misalnya sudah lama kering garing.

Begitu juga dengan tabung-tabung lain, tabung projek depu juga kering. Banyak anak-anak depu sudah layu dan mati. Tabung kambing Jamnapari di Rong Chenak yang diusahkan oleh Akademi Keluarga Bahagia Berhad kepunyaan sahabat sejubah dengan Husam juga katanya sudah kering dan kosong.
Begitu juga dengan tabung kewangan projek radio dan televisyen (Media Global) juga kering. Menyebabkan siaran tv internet sering kali terputus-putus. Banyak kakitangan yang merungut dan lari kerana tidak dibayar gaji. Nasib baiklah ada KTV, boleh menyiarakan apa-apa program secara langsung dari Kelantan. Kalau harapkan tv Husam (Media Global) habuk pun tak dak.

Rasanya daripada Husam bersusah payah menghulurkan wang sana RM5,000 sini RM10,000 di luar Kelantan elok beliau tumpu dan penuhkan tabung-tabung kewangan agensi atau institusi yang disebut tadi. Buat apa nak tunjuk-tunjuk kita ada wang sedangkan hakikatnya nihil.
Apa dibimbangkan bila tabung-tabung itu kering dan dinar pula tidak laku menyebabkan semua tabung-tabung itu akan ditutup. Kemungkinan itu menyebabkan ia menyusahkan kakitangan dan orang-orang berkerja dibawah institusi tabung itu. Kena fikir juga kita tawar orang bekerja dengan kita, tetapi tidak sampai setahun atau tepatnya selepas selesai pilihan raya mereka kena berhenti. Janganlah dipergunakan tenaga manusia tidak berdosa itu untuk kepentingan politik jangka pendek, menyusahkan orang. Itu namanya jahat!

Saya khuwatir kalau ini berterusan lama kelamaan orang tidak akan percaya kepada apa yang beliau cakap dan beliau lakukan. Kesannya bukan saja kepada beliau secara peribadi tetapi kepada jemaah bernama Pas itu sendiri. Nanti orang akan bercakap Pas jahat disebabkan oleh setitik nilai. Kalau kejahatan sikit itu dihimpun ia menjadi besar dan lama-lama orang akan kata Tuan Guru Nik Aziz juga jahat. Jangan! - TPT 30/08.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Lajim Ukin

LAJIM UKIN ACAH ACAH SAJA

Assalamualaikum... Kata Datuk Lajim Ukin beliau akan meletak jawatan sebagai Timbalan Meteri Pengangkutan sekiranya dia kalah sebagai Ketua Bahagian. Katanya tidak wajar beliau jadi timbalan menteri tanpa memegang jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Beliau akan berjumpa Perdana Menteri dan akan menyerahkan surat perletakan jawatan seandainya tidak dipilih semula, begitulah ujarnya.

Bunyi tegas dan serius janji Lajim itu dan dia bertanggungjawab atas kekalahannya nanti. Hendaknya kata-kata itu bukan sebagai ancaman dan ugutan, tetapi akan dilaksanakan benar-benar dan bukan cubaan!

Cuma saya nak tanya apa pula kalau sekiranya Perdana Menteri tidak bersetuju untuk menerima perletakan jawatan itu bagaimana? Apakah Lajim akan berkeras untuk berhenti juga macam Zaid Ibrahim?

Perdana Menteri ada hak dan berkuasa samada untuk melantik atau tidak seseorang itu menduduki Kabientnya. Beliau juga ada hak samada hendak menerima perletakan jawatan seseorang. Melainkan seseorang itu benar-benar nak berhenti beliau tidak mungkin boleh menahannya.

Saya bimbang takut kata-kata Lajim Ukin itu sebagai ugutan dan sebagai satu provokasi saja untuk mendapat simpati daripada perwakilan bahagian Beufort? Hendaknya lawan beliau Azizah Mohd Dun tidak mudah lembik dan cair dengan ugutan itu. Dalam politik apa saja boleh berlaku, bukan saja setakat ugut mengugut tetapi lebih daripada itu.

Saya rasa kalau sekalipun Lajim kalah dan beliau serahkan surat jawatan, Perdana Menteri tidak akan membenarkannya. Kenapa saya kata begitu, sebab dalam keadaan hari ini PM tidak berani untuk menerima perletakan jawatan lebih-lebih lagi mereka bergelar ahli Parlimen dari Sabah. Kalau sesiapa dipecat, orang itu akan disambut oleh pihak lain dalam jam itu juga.

Pada saya janji Lajim itu adalah sebahagian tektik dan strategi saja bagaimana beliau hendak pertahankan kerusi Ketua Umno Beufort itu. Sikap Lajim itu juga boleh ditafsirkan bahawa beliau kini benar-benar dalam keadaan desperate. Dan kalau tiba-tiba beliau kalah dengan Azizah betapa malunya kerana terpaksa tunduk kepada seorang wanita. - TPT 31/08

Label:

Jumaat, 24 Oktober 2008

Zulkifli Nordin

TARIKLAH ORANG BUKAN ISLAM DENGAN AKHLAK MULIA


Assalamualaikum... Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru yang terselamat daripada kehilangan kerusi, Zulkifli Nordin mencadangkan agar dibina masjid Cina yang berasaskan senibina Cina di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Tapak untuk pembinaan masjid itu ialah di bekas Penjara Pudu. Alasan tempat itu dipilih kerana ia dikelilingi masyarakat Cina. Dengan wujudnya masjid itu ia akan menjadi daya tarikan kepada masyarakat Cina termasuk korporat untuk mendekati Islam.


Saya setuju dengan nawaitu ahli Parlimen berkenaan bagi mengembangkan Islam serta memberi kefahaman betapa indah, cantik dan idealnya Islam kepada orang-orang Cina dan juga orang bangsa lain yang tidak beragama Islam. Setiap manusia di atas muka bumi ini adalah khilafah yang semestinya bertanggungjawab dan amanah atas rahsia (tanggungjawab) yang Allah berikan.


Tidak ada guna satu sen pun kalau kita hidup tetapi tidak berkerja ke arah menghidupkan api dan nur Islam.


Bagaimana pun saya kurang setuju dengan cadang agar masjid itu dibina dengan ciri dan reka bentuk Cina seperti mana masjid Cina di Surabaya seperti kata Zulkifli itu. Mengapa harus bina dengan ciri-ciri budaya Cina. Apa kena mengenai budaya Cina dengan Islam. Budaya adalah budaya dan bukan agama. Islam ada seni rekanya sendiri yang penuh dengan lambang dan pengertian-pengertian yang tersirat dan indah serta menimbulkan keinsafan dan ketakwaan.


Negara ini negara Melayu. Seharusnya masjid itu dibina bercirikan budaya Melayu. Khutbah ataupun aktiviti lain boleh dilakukan dalam bahasa Cina untuk memudahkan kefahaman. Itupun untuk sementara waktu saja, lama kelamaan semua orang Cina di negara ini mesti fasih, faham dan tidak telor kalau bercakap Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara ini.


Cadangan Zulkifli Nordin itu sama dengan cadangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan. Khabarnya sudah dibina sebuah masjid Cina di negeri itu. Batu bata dan reka bentuknya diimport dari Cina. Ini menghairankan saya, kenapa harus berciri dan berbudaaya Cina. Apakah kalau masjid itu tidak dibuat berlambangkan atau beridentiti kecinaan maka orang Cina tidak akan masuk ke masjid?


Cara itu semacam ada pemisahan budaya sesama penganut Islam dan sesama rakyat Malaysia. Islam Cina masuk ke dalam masjid Cina, Islam Melayu ke dalam masjid Melayu dan Islam India ke masjid India. Sepatutnya pemisahan dan pemikiran asobiyah ini tidak perlu timbul lagi dan gara-gara pemisahan inilah menyebabkan tidak wujud ukhwah yang hakiki di kalangan kaum muslimin.


Saya juga setuju dengan padangan Zulkifli bila ada masjid ia boleh menarik perhatian masyarakat Cina termasuk dari kalangan korprat kepada Islam. Itu satu cara. Apa yang penting di sini bagi saya bukan kemewahan masjid itu, tetapi akhlak umat Islam itu sendiri harus cantik, indah dan bertahmaninah. Fizikal masjid tidak banyak menyumbang ke arah itu, tetapi yang berkesan ialah akhlak mulia umat Islam itu.


Umat Islam harus tunjukkan suri teladan baik. Mereka perlu amanh, jujur, bercakap benar, berhemah dan bertolakansur sesuai dengan perintah Allah dalam firmanhNya yang antara lain bermaksud; "aku jadikan manusia untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain."


Saya tidak yakin kalaupun masjid indah, besar berciri dan berlatar belakang Cina ataupun budaya sesuatu kaum, sedangkan akhlak orang-orang Islan sendiri buruk, huduh, cemar, menjolok mata apa lagi diperingkat pemimpin ia boleh mempersonakan orang Cina untuk geram kepada Islam. Jadi yang lebih afdal dalam soal ini ialah perindahkan, keperibadian dan gaua hidup di kalangan pemimpin.


Bila orang Islam seluruhnya menunjukkan akhlak yang baik dan mulia nescaya orang lain akan terpesona dan akhirnya mereka terliur untuk bersama Islam bagi merasai kindahan dan kemaduannya. Ingat selain menggunakan kekuatan fizikal, Rasulullah s.a.w. juga menawan orang-orang kafir dengan akhlaknya yang indah dan mengkagumkan. - TPT 30/08]

Label:

Khamis, 23 Oktober 2008

Muhyiddin Yassin

MENGAPA MUHYIDDIN RESAH GELISAH

Assalamualaikum.... Mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak seperti orang kepanasan saja? Kenapa beliau beriya-iya meminta supaya tempoh kempen pemilihan Umno dipendekkan. Apa yang beliau maksudkan ialah agar perhimpunan agung diadakan pada Disember dan bukan Mac depan.

Kenapa? Adakah beliau sudah merasai sesuatu akan berlaku ke atas dirinya jika perhimpunan agung diadakan empat bulan lagi. Beliau seorang yang nampaknya resah gelisah dan tidak senang dengan kelambatan perhimpunan itu. Tentulah ada sebab-sebabnya.

Muhyiddin sebenarnya tidak perlu takut kepada perhimpunan itu. Beliau seharusnya boleh rileks dengan kedudukannya kini yang sudah layak bertanding jawatan Timbalan Presiden mengiringi Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sudah layak bertanding jawatan presiden. Orang pun kini sudah mula sebut mengenai bayangan Kerajaan 2MM - Mohd Najib - Muhyiddin.

Patutnya Muhyiddin tidak tergesa-gesa. Dua lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib masih ketinggalan jauh di belakang? Mereka terkial-kial untuk mengenapkan pencalonan. Sepatutnya Muhyiddin tidak jadi segelisah begitu.

Seperti dikatakan tadi apakah Muhyiddin merasai sesuatu yang bakal menimpanya? Apakah beliau saudah mendapat maklumat secara ilusi bahawa akan berlaku sesuatu yang tidak baik kepada dirinya. Bahawa pencalonan yang rancak diterima kini tidak menjamin kemenangan mutlak. Begitukah?

Kalau Muhyiddin merasakan begitu jangan hendak salahkan sesiapa. Beliau harus salahkan dirinya sendiri. Muhyiddin juga patut tilik dan renung apa yang beliau sudah lakukan dan menghayati apa yang orng lain deritai kerana perbuatannya. Perkembangan dan senerio yang berlaku dalam Umno kini, pelan peralihan kuasa yang patut berlangsung tahun 2010 adalah gara-gara beliau. Beliau yang mencipta dan menjadi juara memperjuangkan pelan berkenaan. Patut beliau bergembira ria...

Kenapa pula setelah pelan berkenaan mendapat sambutan ramai beliau harus merasai sesuatu yang meresahkan jiwa? Tergesa-gesa mahukan kempen dipendekkan dan perhimpunan yang sudah disetujui pada Mac itu diadakan pada Disember pulak?
Sepatutnya beliau berbangga dengan apa yang berlaku kini. Apakah beliau mahu pendekkan tempoh itu kerana bimbang momentum ataupun mood hari ini yang berpihak kepadanya akan mengendur dan akhirnya beliau hanya mengigit jari? Perubahan selera ini boleh berlaku bila-bila masa saja.

Mungkin Muhyiddin faham mesej yang dihantar oleh Abdullah baru-baru ini yang menyebut namanya sebagai orang yang bertanggungjawab dengan pelan peralihan kuasa itu. Kalau Muhyiddin yakin kepada dirinya, kepada kebolehannya dan pandangannya, beliau tidak harus takut.
Biarlah tempoh itu sepanjang manapun kalau kita mempunyai daya kepimpinan, keperbadian bersih, berwawasan dan ikhlas dengan apa yang kita buat, kita tetap akan berada di pihak yang menang. Tetap akan dipilih perwakilan... tidak payah gopah gapah macam orang rumahnya hendak hangus..

Lainlah kalau Muhyiddin mempunyai niat yang tidak baik di sebalik perancangannya itu, maka wajarlah kalau beliau merasa cemas dan takut dihukum oleh ahli-ahli Umno. Kata orang tua-tua sesiapa yang makan lada dialah yang akan merasa pedas, dan sesiapa yang bermain buluh dialah yang akan terkena miangnya! - TPT 25/08

Label:

Abdullah Badawi

KABINET AKAN DIROMBAK BAGI MENGUKUHKAN PAK LAH

Assalamualaikum... Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan Kabinet akan dirombak dalam masa terdekat, begitulah katanya dari luar negera. Sebab utama untuk beliau merombak Kabinet ialah kerana telah berlaku perubahan dalam kepimpinan dalam MCA. Tiga orang tokoh yang menjawat jawatan menteri dan dua timbalan menteri telah kalah dalam pertandingan merebut pucuk pimpinan parti berkenaan minggu lepas.

Kalau mengikut lazimnya, kekalahan mereka dalam pemilihan parti akan memberi kesan kepada kedudukan mereka dalam Kabinet atau jawatan-jawatan politik. MCA sudah tentu akan menyenaraikan nama-nama lain sebagai mengganti mereka yang tewas itu. Mereka tewas akan disifatkan mereka tidak disukai oleh parti. Kalau sudah tidak disukai parti macam mana mereka harus berada di jawatan itu?

Tiga pemimpin MCA yang tewas, Ong Ka Chuan yang menjadi Menteri Kerajaan Tempatan. Beliau tewas untuk merebut jawatan timbalan presiden. Chor Chee Heng, Timbalan Menteri Dalam Negeri, beliau bertanding jawatan Naib Presiden MCA, tewas. Manakala seorang lagi Tan Boon Soon, Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang kalah merebut Jawatan Kerja Pusat MCA.

Ini bermakna tiga kerusi akan disi dengan muka baru tentunya dari kalangan mereka yang baru terpilih dalam pemilihan MCA baru-baru ini.

Rombakan atau tepatnya pengisian muka baru dalam Kabinet itu perkara biasa. Apabila seseorang yang sudah kalah atau tidak mendapat kepercayaan partinya mereka akan diminta berundur atau berundur dengan sendiri kalau mereka ada maruah!

Bagaimanapun dalam situasi hari ini rombakan Kabinet itu cukup membimbangkan juga orang-orang tertentu yang lain dari MCA. Manalah tahu kalau tiba-tiba Abdullah jadi 'tidak berapa siuman' beliau juga akan turut membuat pertukaran portfolio terhadap mana-mana Menteri atau Timbalan Menteri yang tidak perform. Kata orang sambil susun Kabinet di kalangan MCA ambil kesempatan perkemaskan Kabinet di kalangan Umno juga.

Satu kerusi untuk Umno juga telah kosong apabila Zaid Ibrahim melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kekosongan Zahid itu perlu diisi segera ini kerana Abdullah beriya untuk melakukan reform kepada sistem kehakiman. Projek reform itu memerlukan tenaga dan menteri yang mencukupi. Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Nazri Aziz mungkin tidak mencukupi dan larat untuk melakukan kerja-kerja reform itu.

Jadi ada kemungkinan rombakan yang disebut Abdullah itu akan berjangkit kepada Umno juga. Kalau setakat mengisi kekosongan tidak mengapa tetapi yang dibimbangi takut ada yang ditendang dan diganti dengan muka baru. Menteri yang tidak bekerja atau pun asyik dengan kerja lain termasuk menyediakan pelan untuk menjatuhkan Abdullah elok rasanya kalau turut sama ditukar porfolio ataupun digugurkan dari Kabinet. Masakan Abdullah akan memandang begitu saja terhadap orang yang ingin membakarnya!

Sama-sama kita tunggu apakah rombakan Kabinet nanti akan membabitkan apa yang disebutkan ini. Atau pun Abdullah tidak melakukan apa-apa dan tetap menyerahkan nasibnya kepada takdir Allah s.w.t. seperti mana yang lepas-lepas. - TPT 24/08

Label:

Rabu, 22 Oktober 2008

Nik Abdul Aziz Nik Mat

BILA LAGI KELANTAN NAK DAPAT MB BARU

Assalamualaikum... Untuk kesekian kalinya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukan ke hospital (untuk berihat sehari dua) kerana tidak berapa sihat. Kali ini MB itu sakit lutut pula. Katanya buah gomok (tempurung lutut)nya sakit. Beliau tidak boleh berjalan laju kerana sengal dan bergetar! Katanya saraf lututnya itu sakit akibat masa muda dulu beliau terjatuh dari atas kuda. Macam Datuk Seri Anwar Ibrahim jugalah saraf belakangnya rosak kerana pernah terjatuh kuda.

Akibat itu Nik Aziz tidak dapat menghadiri perasmian sidang DUN Kelantan yang dilakukan Sultan Kelantan, Isnin lalu. Bagaimana pun sehingga semalam beliau mengaku sudah sihat dan akan segera ke sidang Dewan. Semangat Nik Aziz begitu kuat dan kecintaan kepada kerjanya sangatlah tinggi.

Beliau jarang... malahan tidak mengambil cuti seperti mana MB lain untuk bersiar atau melancung ke luar negara. Paling-paling beliau ambil cuti kerana ingin mengerjakan umrah saja. Manakala 'cuti' sakitnya apabila dimasukkan ke hospital!

Umur Nik Aziz sudah 77 tahun. Sudah jadi MB selama 18 tahun. Dan dah mempunyai cucu seramai 50 orang. Menurut satu laporan dari blog minggu lepas beliau memperolehi cucu ke 50 seorang perempuan.

Sekali fikir bila mengenangkan beliau kerap berulang alik ke hospital kesian juga. Sebenarnya beliau memerlukan masa rihat yang banyak. Kurang berjalan dan kalau boleh kurangkan juga bercakap. Beliau sendiri kena sedar dan insaf usianya menghalang beliau untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti 30 atau pun 40 tahun dulu.

Dalam hal ini sukalah dicadangkan (kalau beliau setuju) berundurlah sebagai MB. Berihatlah di rumah. Sesekali kalau nak bersyarah dan menyampai pandangan politik berlandaskan syariah Islamyiah beliau boleh tampil di mana-mana pentas. Tetapi rasanya untuk terus menjadi CEO sebuah negeri dalam keadaan sering keuzuran itu sudah tidak sesuai lagi dan sedikit sebanyak boleh menjejaskan pembangunan negeri.

Janganlah kerana kita dipuja, dianggap sebagai MB terbaik, atau apa-apa ter.... lagi maka kita menjadi syok sendiri. Merasakan orang lain tidak berkemampuan dan dapat membawa kejayaan seperti kita. Perasaan mazmumah begitu adalah salah. Percayalah kalau perjuangan Pas itu senantiasa suci dan bersih ia tidak akan berkubur. Ia akan tetap dibantu malaikat dilangit dan dibumi.

Dulu pun orang mengatakan Pas akan berkubur bila Datuk Asri Muda sudah tidak ada. Tetapi tengok, bila Asri berundur Pas jadi lebih kuat daripada zamanya. Mungkin juga selepas Tuan Guru ini berundur Pas akan jadi lebih progresif dan kuat lagi.

Di belakang Tok Guru banyak orang yang sudah terlatih untuk menjadi MB. Bakat mereka tidak boleh diragui selagi mereka tidak diserahkan jawatan itu. Macam Nik Aziz dululah, orang kira beliau akan jadi MB tiga bulan sahaja, tetapi tahu-tahu sudah hampir 20 tahun. Bakat dan kebolehan orang akan hadir apabila dia diberikan tanggungjawab. Macam paranglah akan menjadi semakin tajam kalau ia sering digunakan!

Apakah tokoh baru seperti Husam Musa (orang baju petak-petak merah - pinjaman istilah Sayuti) , Ahmad Yaacob atau Takiyuddin Hassan tidak mampu dan layak untuk memikul tugas sebagai MB. Kalau Husam seorang tidak larat kerana perangainya macam tenggiling mampus itu, maka pakat dokong dan bantulah dia ramai-ramai. Begitu juga kalau Ahmad Yaacob lemah macam tapai tak masak itu, pakat tapulah ramai-ramai. Dan begitu juga kalau Takiyuddin tidak cukup kekuatan kerana beliau lahir di Kedah maka pakat sokong dan berikan semangat kepadanya.

Ingatlah tidak ada seorang manusia pun didunia ini akan dapat melakukan kerja besar secara berseorangan. Dan semua kerja harus dilakukan dengan batuan atau melibatkan orang lain. Hanya satu kerja saja yang boleh dilakukan seorang diri iaitu berkhayal.

Sebenarnya ramai di Kelantan yang mahukan MB Kelantan ditukar kepada muka baru, tetapi semuanya tidak berani bersuara kerana terlalu hormat kepada Nik Aziz. Tak berani bersuara lerana bimbang dikatakan biadab atau derhaka. Apa yang rakyat Kelantan nak rasa dan nak tengok kini apakah pendekatan, pembaharuan dan islah yang bakal dilakukan oleh MB baru. Bila lama sangat makan durian sikit sebanyak rasa cemuh juga.

Harapnya mesej ini dibaca oleh Tuan Guru yang dimuliakan itu. - TPT 23/08

Label:

Selasa, 21 Oktober 2008

Rais Yatim

BILA RAIS MEMBELI KERJA ORANG

Assalamualaikum... Datuk Seri Dr Rais Yatim telah membeli tugas baru. Barangkali tugas wajibnya di Kementerian Luar sudah beres, kalau tidak masakan dia sanggup memikul tugas orang lain. Tugas baru Rais ialah membidas mereka yang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir dikritik orang Umno yang berpihak kepada Datuk Seri Abdullah Badawi kerana beliau telah cuba berlagak menjadi Pengarah dalam pemilihan Umno.

Pak Lah mengkritik teruk Mahathir semalam sehingga mengatakan Mahathir lebih baik tidak bercakap kerana tindakannya boleh menimbulkan perkelahian. Pak Lah juga kata Mahathir orang laur yang tidak berhak mencampuri urusan Umno. Ekoran kritikan Pak Lah itu ramailah yaang tukang tambah membidas sikap Mahathir itu.

Rais yang berada dalam Kabinet Abdullah nampaknya kurang selesa dengan kritikan terhadap Mahathir itu dan bertindak songsang dengan membidas balik orang-orang yang membidas Mahathir. Rais menjadi galang ganti. Kata Rais, Mahathir ada locus standi untuk berbuat demikian kerana Mahathir pernah menjadi presiden Umno selama 22 tahun.

Betul Mahathir ada locus standi dan sebagai orang tua beliau boleh tegur dan menunjuk ajar. Tetapi apakah yang Mahathir buat terhadap Pak Lah itu berdasarkan prinsip orang tua? Rais kena ingat yang jadi presiden kini Pak Lah bukannya Mahathir.

Bagi orang yang tahu tawarikh politik Rais Yatim tidak merasa hairan dengan tindakan beliau yang agak songsang dan kononnya profesional dan telus itu. Sebelum ini banyak tindakan politik Rais yang songsang dan menunjukkan tindakan-tindakannya tidak siuman kerana tidak konsisten ataupun mudah menjilat balik ludahnya.

Kira-kira lebih 15 tahun lalu, beliau pernah membakar jambatan kerana menyokong Team B yang diketuai Tengku Razaleigh. Maknanya laluan, lorong atau denainya untuk beliau kembali semula kepada Umno sudah tidak ada lagi. Pemerhati merasakan tindakan Rais itu terpuji kerana beliau meninggalkan parti yang dibenci ketika itu.

Namun apa sudah jadi selepas lima tahun selepas beliau merasmikan pembakaran jambatan itu? Selepas kehilangan jawatan sebagai menteri Kabinet, beliau kembali semula kepada Umno menerusi jambatan baru yang lebih kukuh. Beliaulah yang mendesak supaya Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan menyertai semula Umno.

Begitu juga kalau tidak silap beliau juga telah menafikan rumusan dalam tesis Phd yang beliau buat sendiri berhubung demokrasi di Malaysia. Cukup dengan dua bukti itu bagi orang mengenali politik dan sikap dolak dalih atau lingkaran belut Rais.

Kenapa beliau membidas mereka yang menghentam Mahathir? Jawabnya mudah saja. Kini orang yang dibasuh oleh Mahathir (Najib Razak) akan jadi PM tidak lama lagi. Apa yang Rais harapkan mudah-mudahan keraja yang beliau beli itu akan dilihat oleh orang yang Mahathir basuh itu. Mudah-mudahan bila anak buah Mahathir itu naik jadi PM kelak beliau akan terus kekal menjadi jemaah Kabinet, menteri Kebajikan pun tidak mengapa.

Walaupun Rais petah bercakap, bahasa tersusun, penuh beradab berpatih dan kuat semangat Melayu namun perjuangan Rais dari dulu hingga kini ialah untuk jadi Menteri saja. Beliau tidak pernah ada cita-cita atau keazaman lebih daripada itu selain untuk jadi menteri (apa saja) demi memenuhi kehendak isterinya Misnah Rais. Sepanjang menjadi Kabinet tidak ternampak apakah kerja yang beliau lakukan selain daripada dikenali sebagai seorang yang mahir bercakap dengan menggunakan bahasa yang betul!- TPT 22/08.

Label:

Nizar Mohd Najib

NIZAR AKAN JADI PERDANA MENTERI 40-50 TAHUN LAGI

Assalamualaikum... Dicelah-celah kehangatan pemuda Umno bersidang untuk memilih pemimpin, terpancul seorang anak muda bertubuh sasa dan berkulit cerah susu. Namanya ialah Nizar bin Mohd Najib. Umurnya 30 tahun. Lelaki ini adalah anak Timbalan Presiden Umno yang bakal menjadi Presiden dan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak. Nizar merupakan anak Najib bersama Tengku Puteri Zainah (Ku Yie) berasal dari Kelantan.

Kemunculan Nizar dikesan pada mesyuarat Pemuda Titiwangsa minggu lalu. Beliau menjadi ketua Pemuda Umno di salah satu cawangan di bahagian tersebut. Dalam intraksi atau pendedahan pertama Nizar dengan media, beliau memberi tahu minatnya dalam politik dan mahu bermula dari bawah. Dia sudah berbincang dengan ayah dan ibunya tentang hasratnya itu. Mereka tidak menghalang. Beliau juga minta agar mendoakan agar beliau berjaya.

Jika dilihat kepada trend dalam parti orang Melayu itu tidak mustahil Nizar akan berjaya dan menjadi popular dalam sekelip mata. Hari ini di dalam Umno, sesiapa dari akar umbi bangsawan, bukan akar umbi petani, pengayuh beca, tukang rumah, tukang jahit ataupun buruh kasar mudah naik. Aura dan tuah bapanya akan membawa seseorang itu untuk laju menuju ke atas.

Bapa Nizar ialah bakal Perdana Menteri. Ibu tirinya Rosmah Mansor bakal menjadi Wanita Pertama. Sudah pasti beliau akan dikerumuni dan dipuja seperti mana berlaku ke atas ayahnya. Ayahnya dilingkungi dan dipuja oleh ahli-ahli Umno kasta bawahan yang terlalu menghormati dan kagum kepada golongan bangsawan terdiri dari petani, peneroka, nelayan dan buruh kasar.

Ayahnya juga bekas anak Perdana Menteri. Kedudukan dan takdir itu telah membantu Najib untuk naik ke atas secepat kilat dan meninggalkan anak-anak petani dan peneroka atau tukang rumah yang jauh lebih cerdik dan pintar daripadanya.

Begitu juga dengan Mukhriz Mahathir kerana beliau anak bekas PM beliau disokong macam orang gila. Tengoklah pencalonannya. Mohamad Khir Toyo anak petani jauh ketinggalan di belakang sedangkan Khir lebih dulu menunjukkan bakat dan kepimpinanya sebagai MB Selangor. Semua yang calonnya ialah anak-anak petani, tukang beca, tukang rumah, tukang jahit, nelayan dan penternak kambing.

Golongan marhaen ini mudah terliur dan percaya kepada anak-anak bangsawan akan menjadi pemimpin berbakat dan akan membantu dan membela mereka. Kaum marhaen akan jadi kecut perut bila berdepan dengan anak-anak bangsawan, macam tikus takutkan kucing. Phobia ini masih menebal dalam jiwa ahli-ahli Umno meskipun dunia sudah banyak berubah.

Jadi jangan hairan kalau suatu hari nanti Nizar juga akan mengikuti jejak Mukhriz atau jejak ayahnya atau jejak bapa sepupunya Hishamuddin Hussein.

Terlalu awal untuk meramalkan masa depan Nizar. Tetapi kalau trend dalam Umno kini tidak berubah untuk setengah abad nanti mungkin beliau akan menjadi perdana menteri ke 9 atau ke 10 sebagai mengganti Hishumudin yang akan mengambil tempat Najib dan Mukhriz akan menggantikan tempat Hishamuddin 40 atau 50 tahun nanti. Kalau Nizar menjadi PM ini bermakna negara Malaysia ini diperintah oleh tiga keluarga saja; keluarga Razak, keluarga Hussein dan keluarga Mahathir.

Selamat berpolitik diucapkan Nizar dan syabas kepada Ku Yie kerana anakandanya dah mula melangkah ke gelanggang politik. Mudah-mudahan setelah berjaya nanti beliau akan membela ibunya yang sebelum ini dicemuh dan difitnah serta diaibkan kerana kegelojohan nafsu manusia.
- TPT 20/08

Label:

Isnin, 20 Oktober 2008

Abdullah dan Najib

SENAPANG DAN JELAPANG

Assalamualaikum... Kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dia telah menyerahkan 'jelapang' kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak dan mengambil 'jelapang'. Maksud beliau senapang itu ialah Menteri Pertahanan dan jelapang itu Menteri Kewangan.

Umum tahu pertukaran kementerian itu atau 'senjata' dan 'jelapang' itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Orang tidak faham kenapa Abdullah tiba-tiba menyerahkan jelapang kepada Najib dan mengambil senapang. Sekali tengok ia adalah adil, seorang ambil senjata seorang dapat jepalang. Kedua 'senjata' itu sama-sama tajam dan mempunyai pengaruh dan kekuatan tersendiri dalam politik.

Dengan senapang Abdullah dikira akan membunuh Najib. Tetapi anihnya dengan menyerahkan jelapang itu ia akan menyihatkan Najib. Dalam jelapang semua ada, padi, belalang, ikan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Najib boleh makan dan sapu semuanya.

Dalam sekelip mata Najib boleh jadi gemuk dan menambahkan energinya untuk melawan dan menentang sesiapa sahaja dengan senjata itu. Jelapang itu juga menjadikan orang akan ralik untuk ikut belakang Najib.

Begitu juga dengan senapang, ia boleh diacuhkan kepada sesiapa saja. Boleh ugut dan mengerunkan orang. Hatta kalau perlu boleh membunuh!

Kerana yang dirasakan berkuasa dalam melakukan itu Abdullah maka orang melihat Abdullah seperti ada strateginya dengan petukaran itu. Orang kira beliau akan lakukan sesuatu kepada Najib. Tentu ada muslihatnya tiba-tiba beliau sanggup menyerahkan jelapang kepada timbalannya itu.

Begitulah perkiraan umum. Namun hakikinya kini jadi sebaliknya. Najib nampaknya yang mengambil kesempatan dengan jelapang itu. Dalam masa beberapa hari sahaja beliau telah meluluskan projek yang bernilai berbillion ringgit. Antaranya meluluskan projek Broadband. Nampaknya Najib menggunakan jelapang itu sewajarnya.

Sedangkan Abdullah masih terkial-kisal dengan senapang yang diambil oleh Najib itu. Abdullah seperti tidak tahu menggunakannnya. Apakah semasa mengambil dulu Najib tidak mengajar Abdullah bagaimana nak menggunakannnya, tidak seperti mana Abdullah yang menyerahkan semua kunci khazanah kewangan kepada Najib?

Najib semakin hari semakin gemuk dan mempunyai kuasa lebih sehinggakan tubuhnya kini sudah tidak lut oleh peluru senapang Abdullah lagi.

Seperti ada kebenaran dalam hal ini. Kalau begitulah gaya pertukaran 'senjata' itu nampaknya ia sudah silap besar. Abdullah yang mengira dia akan selamat rupa-rupa tidak selamat. Mungkin kerana orang tahu beliau tidak tahu menggunakan senjata itu jugalah menyebabkan Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamad terus menghentam kiri kanan belakang depan.

Jadilah pertukaran kementerian itu satu strategi yang tidak menjadi dan membunuh diri sendiri. Rupa-rupanya Abdullah mahukan senapang itu kerana ingin mati cepat. Astaghar! - TPT 19/08.

Label:

Ahad, 19 Oktober 2008

Abdullah Badawi

MARAH PAK LAH SUDAH TERLAMBAT

Assalamualaikum... Marah betul Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Kalau tak salah saya sebelum ini Pak Lah pernah menyifatkan kerja Mahathir menganggui kerajaannya sebagai kerja syaitan yang tidak senang tengok orang lain aman dan asyik menghasut saja.

Itulah marah Pak Lah paling kuat pada Mahathir walaupun Mahathir buat dan lakukan macam-macam untuk memperlecehakannya tetapi Pak Lah dapat bersabar dan tahan marahnya.

Semalam khabrnya Pak Lah membidas Mahathir dengan keras. Barangkali sabarnya sudah hilang. Beliau minta Mahathir senyap dan jangan bercakap kerana Mahathir bukan lagi ahli Umno. Pak Lah kata untuk apa Mahathir menyibuk sebab dia bukan ahli Umno lagi. Sikap dan perangai Mahathir dua kali lima saja dengan ahli Parlimen Bebas di Kelantan.

Iya tak iya juga... kenapa Mahathir susah payah nak menyibuk nak jadi Pengarah Pemilihan Umno menentukan orang itu masuk dan orang ini keluar. Macam tak genap saja. Sudah 22 tahun jadi Presiden dan Perdana Menteri masih terus nak menyibuk. Patut duduk diamlah tak usah campur lagi.

Begitu juga ahli Parlimen Bebas itu sudah dilempar oleh Umno namun masih bercakap siang malam membela Umno lebih hebat daripada ahli Umno sendiri!

Kedudukan anaknya Mukhriz kini sudah selamat, sudah dapat lebih 40 pencalonan. Apa nak dibimbangkan lagi. Kalau ikut pencalonan Mukhriz sudah menang. Barangkali Mahathir tidak percaya sebab beliau ada pengalaman. Masa lawan Tengku Razaleigh Hamzah tahun 1987 dulu beliau mendapat pencalonan banyak tetapi orang tak undi, beliau menang dengan 43 undi saja. Itpun ada yang kata menang tipu. Apa yang berlaku itulah yang ditakuti Mahathir. Orang jahat memang tidak boleh duduk diam dia kerana dia merasakan ada bayang-bayang yang mengejarnya.

Mahathir kena kerja kuat kerana kalau Mukhriz kalah dia juga akan malu. Sebab selain Ansara bekas pelajar MRSM yang membantu Mukhriz, Mahathir laki bini juga sibuk berkempen untuk anaknya. Guna segala kemudahan termasuk wang ringgit untuk menjamin kemenangan anak bongsu jantannya itu.

Bersama marahkan Mahathir, Pak Lah juga turut marahkan Muhyiddin Yassin. Beliau menyindir Muhyiddin macam tidak sabar nak jadi timbalan presiden Umno. Nada Pak Lah itu nampak sekali kekesalannya kepada Muhyiddin. Secara terus terang beliau menyebut tindakan mempercepatkan pelan peralihan kuasa ialah kerja Muhyiddin.

Pak Lah rasakan Muhyiddin dan Mahathir tidak sikitpun menilaikan pengorbanannya untuk berundur cepat dan mengelak pertandingan kerana takut Umno berpecah. Inilah yang Pak Lah seperti terkilan benar.

Wajar kalau Pak Lah terasa hati dengan Muhyiddin sebab Muhyiddin telah mengkhianatinya. Semacam seperti nak balas dendam saja Muhyiddin kepada Pak Lah. Jelas dari mula hingga kini Muhyiddinlah orang yang memain peranan menjatuhkan Pak Lah.

Muhyiddin perlu beringat sikit jangan merasa sedap dengan pencalonan yang diperolehinya. Segala-gala boleh berlaku dalam politik. Matahthir bukanlah Sang Bentara Senu yang boleh memberi nyawa. Peralihan sokongan boleh berlaku sekelip mata saja. Pak Lah masih PM apa kata kalau beliau bertindak melakukan sesuatu dengan kuasanya? Atau kalau Pak Lah juga jadi tidak siuman bergabung dengan pembangkang, apa nak kata? Kan terngangga Muhyiddin, Najib dan Mahathir!

Dalam politik jangan rasa pelik segala-gala boleh berlaku termasuk yang kita rasakan tidak tersaul dek akal. - TPT 18/08

Label:

Sabtu, 18 Oktober 2008

Husam Musa

APA SUDAH JADI DENGAN DEPU, KAMBING, DINAR DAN...

Assalamualaikum... Apa khabar Datuk Husam Musa kenapa diam membisu sekarang? Bila sudah lama tidak mendengar kenyataan beliau yang canggih atau mendahului masa.. rindu pula jadinya. Husam biasanya akan tampil dengan kenyataan politik yang pelik ataupun pandangan yang sofisikated dan diluar bingkai pemikiran orang-orang Pas.

Beliau juga sering 'berselehen' pandangan politik dengan pemimpin Pas lain, termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ingat, bagaimana Husam antara orang berkeras menentang muqabalah antara Pas dengan Umno. Beliaulah yang dikatakan menjadi tunjang kepada pihak yang menentang muqabalah berkenaan. Sampai beliau memberi amaran sesiapa yang berunding dengan Umno akan dipecat!

Keras bunyinya kenyataan itu dan seolah-olah beliau sudah jadi Presiden Pas. Abdul Hadi Awang tidak berani untuk memecat orang walaupun ternyata sesetengah orang sudah melanggar peraturan ataupun displin parti serta kerap membelakangnya.

Dalam masa sama Husam juga juara yang menjual kononnya kerajaan BN akan dapat ditumbangkan pada 16 September lalu. Bermati-matian Exco itu membantu Anwar dan juga menjalankan kempen saraf bagi tujuan itu. Tiba-tiba saja Husam yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang tidak mudah mempercayai berita-berita separuh masak tiba-tiba jadi seperti 'nga'.

Khabarnya beberapa ahli parlimen Umno yang agak terbuka dan dikenali rapat dengannya didekatinya dan dibasuh sesungguh-sungguhnya agar berpalingh tadah dan menyokong rancangan pengambilalihan kuasa tersebut.

Ada setengahnya yang dijanji dengan jawatan menteri yang tidak tersaul dek akal. Apakah Pas pun turut mengamalkan politik Machiavellisme juga ke?

Tengku Razaleigh Hamzah juga turut sama didekati dan cuba dipengaruhi agar bersama Pakatan Rakyat. Entah apa yang Husam tawarkan tidak diketahui. Yang pastinya takkan jawatan Perdana Menteri kerana jawatan itu sudah ada yang empunya. Lainlah kalau Tengku Razaleigh rela untuk merendahkan diri menjadi pengikut Pakatan Rakyat.... atau pun sekali lagi menjadi gurkha! Tak salah rasanya kalau Razaleigh jadi gurkha kali kedua?

Beliau juga nampak yakin benar dengan tarikh berkenaan. Tok Guru Nik Aziz juga seperti terpengaruh dengan kepercayaan Husam sampai 'bertonyoh mulut' dengan Abdul Hadi Awang. Kadang-kadang bimbang juga kita dengan 'keselamatan' politik Tok Guru Nik Aziz kerana terlalu sangat terikut dan percaya dengan teori ataupun jampi serampah Husam.

Hari ini setelah 16 September berlalu lebih sebulan Husam diam membisu. Tidak ada kendengaran lagi kenyataan-kenyataan yang menghiburkan dari Husam. Apakah beliau juga sudah mulai jemu? Kalau orang tahu perangai Husam tidak akan merasa ganjil kerana beliau selalunya berkerja di sekerat jalan saja. Bila sesutau itu sudah ada masalah dia akan rembah tengah jalan.

Ada beberapa projek yang diperkanalkannya semasa dekat pilihan raya lalu seperti pohon depu, kambing, skim kifilah, pusat hemodialisis, rangkaian tv internet, dinar dan sebagainya semuanya kini sudah sunyi. Apa cerita dengan pohon depu sudah tinggikah? Macam mana dengan kambing sudah berapa ekor anak? Atau macam mana dengan dinar Kelantan sudah berapa juta dicetak? Dan macam mana dengan projek tv internet sudah ada berapa saluran?

Kepada Husam kalau hanya setakat berjaya atas kertas saja usahlah bercakap kerana rakyat bukan nak makan angka dan seronok dengan nama-nama projek saja tetapi rakyat mahukan hasilnya secara realiti. Demikian juga dengan peralihan Kerajaan yang dijanjikan itu orang Pas sedang menunggu kini apa sudah jadi.
Apakah selepas gagal muqabalah, pembentukan Kerajaan baru juga akan gagal? Kalau begitu Pas mengalami kerugian dua kali dalam satu masa. Kalau begini di manakah kebijaksanaan Husam yang diuar-uarkan itu? - TPT 17/10/08.

Hishamuddin Hussein

HISHAMUDDIN BUAT EXERCISE MULUT

Assalamualaikum... Calon Naib Presiden Umno yang mendapat pencalonan tertinggi Datuk Seri Hishamuddin Hussein tidak mahu dimasa akan datang ada lagi orang mempertikaikan apa yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan seperti hak keistimewaan Melayu, kedaulatan agama Islam dan bahasa Melayu. Semua pihak katanya kena hormat.

Menurutnya kita sudah tidak ada masa untuk cauvinisme dan populariti dan Malaysia perlu terus mengorak langkah maju meredah cabaran demostik dan global. Difahami bagi Hishamuddin mereka yang menimbulkan isu itu untuk mencari popolariti.

Berani dan tegas bunyinya kenyataan Ketua Pemuda Umno itu. Betulkah beliau berani dan tegas dengan pendiriannya? Ataupun kenyataan itu tidak lebih daripada tumpang semangkuk menyokong titah Raja-Raja Melayu untuk dijadikan bahan kempen pemilihan Umno.

Apapun saya hormat kalau Hihsmuddin betul-betul tegas dan berani dan senantiasa peka dalam menjaga hak-hak kepentingan Melayu, kedudukan Raja-Raja dan sebagainya. Sebagai pejuang Melayu dan cucu kepada Onn Jaafar itulah seharusnya ada kepada Hishamuddin.

Namun begitu ketegasan dan keberanian anak Perdana Menteri ke - 4 itu juga boleh diragui. Sebelum ini beliaulah yang menjulang keris "Panca Delima" dalam persidangan Pemuda Umno. Bukan main lagi menghunus keris menjulang ke langit bagaikan ditolak tidak rebah dan ditiup tidak berganjak.

Pemuda Umno pun turut sama melaung seruan keramat Hidup Umno... Hidup Melayu. Semua orang fikir pemuda Umno akan menyingsing baju dan seluar dalam mempertahankan hak-hak Melayu. Dan menjadi kumpulan terpancak langkah keris pun sampai!

Orang fikir Pemuda Umno kalaupun tidak sampai ada yang mati syahid kerana mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara tetapi akan adalah yang bengkak kepala ataupun ditahan polis. Itu yang orang fikir.

Malangnya anggapan itu silap. Bukan saja setakat tidak bengkak kepala, jauh lagi ditahan polis atau disembur dengan water cannon, baru diherdik oleh Pemuda MCA dan Gerakan, pemuda Umno sudah menggeletar dan kecut perut sampai usu besar mengelulung. Suara makin lirih dan lemah. Akhir sekali.. ini memalukan Hishamuddin terpaksa memohon maaf kepada orang Cina atas perbuatannya itu.

Sata tidak tahu apakah Hishamuddin ada telor atau tidak? Kalau beliau ada telor beliau tidak akan memohon maaf begitu sekali kerana apa yang beliau buat itu adalah haknya! Apakah kerana menjulung keris yang menjadi lambang kepahlawanan Melayu tidak boleh? Kalau itupun tidak boleh bagaimana Hishamuddin menyeru supaya orang Melayu bergerak lebih maju untuk menghadapi cabaran demostik dan global.

Cabaran global bukan saja setakat kecaman menerusi kata-kata, adakalanya kita terpaksa berhadapan dengan senjata lebih casnggih dan kutuk lebih teruk lagi.

Kerana itulah apabila Hishamuddin menyeru agar orang Melayu jadi berani dan meminta agar orang lain tidak mempertikaikan hak Melayu seruan itu meragukan. Bagi saya rasa seruan itu tidak lebih daripada untuk membuat exercice mulut agar tidak kejang dan bisu sahaja. - TPT 16/08

Label:

Jumaat, 17 Oktober 2008

Mahathir dan Muhyiddin

MAHATHIR DAN MUHYIDDIN TAK PAYAH NAFI

Assalamualaikum... Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan yang dia berada di belakang Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam usaha mempercepatkan proses pengunduran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dakwaan yang dibuat oleh bekas Menteri di-Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim itu katanya sebagai benar-benar karut!

Tun Mahathir juga menafikan yang beliau akan menjadi Penasihat Kabinet Najib. Serentak itu juga Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak anggapan Tun Mahathir turut terlibat atau berada di belakang projek pelan peralihan. Muhyiddin nampaknya telah menjadi tukang sapu sampah ke bawah karpet dan tukang cuci najis Mahathir.

Kata Muhyiddin bukan bermakna mereka; beliau, Mahathir dan Najib bersekongkol kalaupun mereka berada disesuatu tempat.

Kedua, Mahathir dan Muhyiddin menafikan apa yang berlaku. Sesiapa pun dalam keadaan hari ini apabila terlibat melakukan kerja-kerja yang tidak sihat tidak akan mengaku. Umpama orang yang berak di tengah jalan atau terkentut di khalayak, kalau ditanya pemberak itu tidak akan mengaku kerana perbuatan itu mengaibkan, tidak bermoral dan jahat.

Tun Mahathir atau Muhyiddin tidak boleh lari dari kenyataan dan persepsi umum. Orang ramai termasuk Zaid Ibrahim itu tidak menghukum sesuka hati melainkan mereka lihat dan memerhati apa yang berlaku. Orang ramai juga kalau pun tidak selicit mereka, tetapi pandai dan tahu juga membaca pergerakan dan mimik muka orang politik.

Siapakah yang selama ini menggerudi siang dan malam supaya Abdullah berundur? Siapakah yang memperleceh dan memperlekehkan Abdullah. Sejak awal hingga ke saat akhir Pak Lah jadi PM, Mahathir tidak pernah sebulu. Apa saja yang Pak Lah lakukan tidak pernah kena pada matanya. Ada-ada sahaja yang diungkit dan tidak puas hati. Semacam Pak Lah itu Perdana Menteri dari pembangkang.

Tun Mahathir bukan saja bercakap di jendela rumhanya, tetapi pusing seluruh negara, hentam Pak Lah. Sampai ke luar negara juga diperhuduhkan kepimpinan Abdullah. Takut benar Mahathir kepada Pak Lah walaupun Pak Lah tidak melawan dan menyerahkan batang tubuhnya dicincang lumat.

Memanglah Mahathir tidak duduk dalam satu majlis dengan Muhyiddin dan Najib ketika memburukkan Pak Lah. Tetapi tindakan mereka seperti sambung menyambung mengesahkan mereka sepakat dan berada dalam satu company.

Kemuncak kebencian Mahathir kepada Abdullah ialah beliau keluar dari Umno dan berjanji akan masuk semula bila Abdullah tidak ada. Apakah erti dan makna perbuatan dan tindakan Mahathir itu?

Siapa yang kemudian memanggil Mahathir menyertai Umno semula? Orangnya ialah Muhyiddin Yassin. Lakonan atau babak ini seperti sudah dirancang demikian rupa. Siapakah pula yang membuat pelan peralihan kuasa? Siapakah pula yang menyokong pelan berkenaan?

Mahathir dan Muhyiddin saling sambut menyambut antara satu sama lain. Seperti main takraw, Muhyiddin tukang angkat, Mahathir tukang libas. Tua-tua Mahathir pun libasannya masih menyengat apa lagi tukang soraknya di luar gelanggang ramai. Ada kalanya bola yang dilibas terkeluar jauh dari garisan sah, tetapi dikatakan masuk oleh penyokong di luar gelanggang. Inilah menyebabkan Mahathir syok sendiri dan merasakan dia masih hebat dan persembahanya masih diterima.

Senerio dan hakiki itu tidak boleh ditolak dan dinafikan bahawa ada persekongkolan yang jitu antara mereka bertiga; cuma dalam hal ini Najib bertindak seperti panggantin sahaja, tidak masuk dekat tetapi mereka restu dan harapan tinggi kerana untungnya diperolehi beliau.

Kerja mereka telah berjaya. Abdullah hampir akan melepaskan jawatannya. Empat bulan lebih sahaja atau lebih awal dari itu. Mahathir dan Muhyiddin antara orang yang paling bahagia sekali. Mereka akan bakal menerima anugerah dan imbalan masing-masing. Jadi kepada mereka berdua untuk apa menafikan perkara yang nyata. Usahlah cuba menegakkan benang yang basah, baik mengaku sajalah.
Mereka juga tidak perlu merasa bersalah kerana mempercepatkan pengguduran Abdullah atas sebab-sebab dikemukakan itu wajar. Cuma yang salahnya tindakan mereka itu dirasakan tidak bermoral, hilang setia kawan dan ikhlas dalam perbuatan. - TPT 15/08

Label:

Khamis, 16 Oktober 2008

Azmi Khalid

BERANIKAH AZMI PANGGIL NAJIB?

Assalamualaikum... Langkah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meminta penjelasan daripada pihak Malayan Banking Berhad (Maybank) berhubung pembelian saham dalam PT Bank Internasional Indonesia (BII), pembelian 12 unit helikopter dan mengenai projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dialu-alukan.

Langkah PAC itu dikira dapat memperjelaskan tuduhan dan dakwaan kononnya berlaku penyelewengan dalam kedua pembelian itu. Sudah pasti rakyat menanti dengan penuh minat untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Menurut Pengerusinya, Azmi Khalid beliau akan memanggil kedua-dua pihak untuk memberi penjelasan dan satu masa akan ditetapkan. Kita berharap masanya tidak terlalu lama sehingga isu mengenai pembelian itu basi dan menjadi sejuk.

Ketiga isu itu dibangkitkan dalam siang Parlimen Isnin lalu oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa perbahasan Bajet 2009 Anwar membangkitkan perkara itu di mana pada pandangannya meragukan dan seperti ada udang di sebalik batu.

Beliau persoalkan pembelian BII itu terlalu mahal dan harganya 4.2 kali ganda daripada harga sepatutnya. Pada tahun 2007 Daim Zainuddin menjual 11% sahamnya dalam BII kepada Tamasek Holding dan nilai BII ketika itu RM4.7 billion.

Pembelian BII itu disifatkan tidak bijaksana di samping hairan macam mana pembelian itu dilakukan juga sedangkan harganya mahal.

Begitu juga dengan pembelian 12 unit helikopter dakwanya dilakukan dalam keadaan meragukan dan tergesa-gesa. Kelulusan kepada syarikat untuk membeli helikopter itu dibuat tanpa penyiasatan rapi. LOI dikeluarkan sebelum penilaian terhadap helikeptor hendak dibeli dibuat dan itu menyelahi amalan biasa.

Ia diluluskan beberapa hari sebelum Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Najib Razak menyerahkan kementerian itu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu adegan proses peralihan kuasa.

Manakala dalam isu projek Jalur Lebar Berkelajuan (HSBB) pula, kelulusan projek itu kepada Telekom bernilai RM11.31 billlion dilakukan tanpa tander terbuka.

Sangat eloklah kalau PAC memanggil orang terlibat berhubung skandal berkenaan bagi menjelaskan keadaan sebenarnya. PAC adalah mata telinga rakyat untuk mengawal perbelanjaan wang negara.

Dalam hal ini sudah tentu yang perlu dipanggil ialah Mohd Najib. Apakah Azmi berani untuk memanggil bakal Presiden Umno itu? Penjelasan tanpa melibatkan mulut Najib tidak akan menyelesaikan masalah. Orang tidak akan berpuas hati kerana Najib dilihat terbabit secara langsung ataupun bertanggungjawab ke atas pembelian itu.

Jangan pula selepas ini Azmi akan berhelah seribu dalih macam-macam untuk tidak memanggil Najib membuat penjelasan. PAC perlu bukan saja perlu telus dan terbuka tetapi berani dalam kepentingan rakyat. Wang yang PAC jaga dan kawal itu bukan wang peribadi sesiapa tetapi wang rakyat.

Sekiranya PAC atau Azmi tidak memanggil Menteri Kewangan baru bagi menjelaskan isu berkenaan buruknya nanti ialah Najib sendiri. Orang akan beranggapan Najib ada kepentingan poket baju dan poket seluar di sebalik pembelian dan kelulusan projek berkenaan. - TPT 14/08

Label:

Rabu, 15 Oktober 2008

Syed Hamid Albar

SYED HAMID MENGHARAMKAN PERTUBUHAN YANG HARAM

Assamualaikum... Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar akhirnya mengambil keputusan mengistyharkan Hindraf sebagai pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). Pengistyharan itu katanya dikuatkuasakan serta merta hari ini. Ai.... marah benar nampaknya Habib ini...

Mungkin tindakan Syed Hamid itu tepat dan betul... itulah juga slogan Polis Diraja Malaysia. Bukan saja tepat pada masa tetapi betul pada tindakannya! Maklumlah dia sekarang menjadi bos polis.

Hindraf memang menjadi masalah kepada pihak Kerajaan. Banyak diperkatakan mengenai Hindraf. Gambaran yang diberikan terhadap Hindraf sebagai samseng, rakus dan suka kepada kekerasan. Paling akhir aksi tidak menyenangkan dilakukan Hindraf ialah semasa rumah terbuka Perdana Menteri bakal bersara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Saya masih keliru dengan tuduhan ke atas Hindraf yang dilakukan di rumah terbuka itu. Apakah dan sejauh manakah tindakan rakus, keras dan samseng Hindraf itu? Salahkah bagi mereka mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan mengambil kesempatan menyampaikan sesuatu yang mereka ingin sampaikan kepada pemimpin negara?

Mereka berbuat begitu kerana tidak mudah untuk mereka berjumpa dengan PM. Usahkan Hindraf orang Umno sendiri juga sukar dan terpaksa Q untuk berjumpa dengan PM. Jadi mereka menggunakan kesempatan di rumah terbuka itu. Salah satu sebab kenapa Ahli Parlimen, Abdul Ghaful Salleh kecewa lalu melepaskan jawatan timbalan menteri ialah kerana sukarnya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri.

Mengenai tuduhan terhadap keganasan Hindraf di rumah terbuka Pak Lah itu saya rasakan tidak adil dan ia sengaja diperbesarkan untuk mengenakan Hindraf saja. Cara itu satu penganiayaan namanya!

Bagaimanapun tindakan Hindraf yang menafikan hak mereka yang diperoelehi dari negara ini dan telah menyerahkan dokumen kepada dunia satu tindakan tidak wajar. Kenapa harus mengemukakan masalah kita kepada dunia. Apa lagi masalah itu kabur dan tidak tepat dan tidak betul. Atas tindakan itu Hindraf wajar dikecam kerana tidak ada semangat menghayati Rukun Negara.

Adapun tindakan Syed Hamid mengambil tindakan mengharamkan Hindraf membingungkan saya. Apakah pertubuhan yang tidak wujud secara fizikal boleh diambil tindakan? Bila masa pula Hindraf itu didaftarkan sebagai pertubuhan. Dan apakah perkumpulan yang tidak terdaftar itu boleh diambil tindakan dengan mengistyharkan ia haram?

Dari segi semangat undang-undang (saya rasa) Hindraf itu sejak awal lagi sudah haram. Ia tidak didaftarkan di bawah mana-mana akta. Jadi tidak timbul kalau ianya hendak diharamkan. Cara Syed Hamid mengharamkan Hindraf itu samalah dengan tindakan orang mengharamkan arak, judi, zina, terhadap orang Islam, yang semua itu sememangnya sudah mutlak haram.

Tidak payah istyhar haram atau sebut haram lagi kerana perkara-perkara seperti itu memangnya haram. Mengenangkan apa yang Syed Hamid laku itu samalah apa yang terjadi ke atas kumpulan Darul Arqam suatu waktu dulu. Kumpulan ini juga tidak wujud secara fizikal mengikut mana-mana akta syarikat atau pertubuhan, namun ia diharamkan.

Bagi bagi langkah terbaik bagi Kerajaan ialah bukan bersikap kasar tetapi cubalah memahami masalah mereka secara baik. Cara demikian kalaupun benar untuk keselamatan negara namun ia merugikan Kerajaan dari segi politiknya.

Kesimpulan mudahnya... kalau sudah tidak suka, kalau sudah terdesak dan kalau sudah teringin sangat apa-apapun boleh dilakukan kalaupun tidak memenuhi kehendak undang-undang. Kerja Syed Hamid dan kerajaan melayan Hindraf itu ialah kerja sia-sia saja. Kenapa saya kata begitu, kerana sebelum ia wujud atas semangat dan tidak wujud atas apa-apa pertubuhan maka Hindraf tetap juga akan hidup seperti mana Arqam terus hidup walaupun diharam, pemimpin mereka ditangkap, dikurantin dan sebagainya.

Pertubuhan yang berasaskan agama, ideologi, kepercayaan sukar untuk dimusnahkan melainkan pertubuhan yang bersandarkan kepada semangat kebangsaan. Pada saya sebaik cara penuhi kehendak mereka dan layan kemahuan mereka selama ianya dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan negara! - TPT 13/08

Label:

Selasa, 14 Oktober 2008

Abdullah Badawi

SIAPA MENGARUT PAK LAH ATAU PEMBANGKANG

Assalamualaikum... Kata Perdana Menteri yang bakal berundur Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tarikh baru yang diberikan pembangkang untuk menukar Kerajaan pada Disember depan sebagai mengarut. Saya bersetuju dengan pandangan Pak Lah itu. Ini kerana 16 September yang dilaungkan itu sudah pun mengarut dan banyak orang yang jadi 'mamai' dan mengingau dengan tarikh berkenaan.

Setengah orang kerana tidak tahan dengan tarikh-tarikh bakal membawa perubahan itu menyebabkan ada yang sudah tidak mahu mendengarnya lagi. Sedikit sebanyak janji berkenaan menimbulkan impak buruk kepada pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Bagaimana pun saya tidak tahu dari mana Pak Lah kutip berita berkenaan. Saya kira beliau masih tertidur walaupun sudah hampir hendak berhenti! Ini kerana menurut Anwar beliau tidak mahu menyebut lagi bila tarikh untuk mengambil alih kuasa. Tumpuan beliau kini ialah memperkuatkan Pakatan Rakyat menunjukkan integiriti dan keazaman bagi mengambil alih Kerajaan. Tidak ada pun tarikh baru.

Jadi bila Pak Lah bercakap benda yang tidak jelas maka yang mengarut kini bukan pembangkang atau Anwar tetapi beliau sebenarnya. Kalau diteliti sejak dua tiga minggu ini Pak Lah sudah hilang fokus. Penyakit baru nampak mulai menghinggapi beliau iaitu gilakan talak, menyesal dengan apa yang berlaku.

Walaupun beliau kata tidak menyesal dan happy dengan peralihan kuasa yang dipercepatkan itu namun para ahli tilik, tukang tenung tahu membaca riak air muka Pak Lah. Misalnya kenapa semalam beliau beriya mengulangi menyokong dan meminta ahli Umno supaya menyokong Datuk Seri Mohd Najib sebagai timbalan presiden.

Sebenarnya beliau tidak payah merayu dan meminta kepada ahli Umno sebab ahli Umno lebih dulu memilih Datuk Seri Mohd Najib jadi Presiden berbanding dengan beliau. Pak Lah beriya menyokong Mohd Najib selepas beliau ditekan dan hendak ditendang oleh Majlis tertinggi Umno. Apakah kalau ahli tidak mendesak Pak Lah akan membuat rayuan itu.

Jadi siapa sebenarnya yang mengarut?

Semalam sekali lagi Pak Lah mengarut mengenai ekonomi. Katanya ekonomi kita tetap kukuh. Cara beliau mempertahankan ekonomi Malaysia itu samalah dengan beliau mempertahankan Umno dan BN yang masih kukuh dan mendapat sokongan rakyat.

Soalan darjah tiga untuk Pak Lah jawab? Kalau Umno kukuh dan BN kukuh kenapa Pak Lah nak berundur cepat? Bukankah desakan agar beliau berundur cepat itu antara sebabnya kerana Umno dan BN sudah jadi kayu mumuk... tidak kukuh. Apa ini pun Pak Lah tidak dapat membacanya?

Jadi untuk esok, lusa dan sehingga Mac tahun depan Pak Lah janganlah terus mempamerkan kedungunan dan ketidakcerdikannya. Pak Lah kena sedar kuasa lima bulan yang terbaki itu sebenarnya tidak bererti apa-apa lagi. Inisiatif apa yang beliau hendak lalukan dalam tempoh itu.

Kalau dalam tempoh lima tahun Pak Lah hanya bersajak bersyair mahu mencari Imam Ghazali dan Imam Shafei yang tidak jumpa-jumpa itu apa yang beliau boleh lakukan dalam masa lima bulan. Apa Pak Lah ada lampu ajaib ke? - TPT 12/08

Label:

Isnin, 13 Oktober 2008

Tengku Razaleigh

TENGKU RAZALEIGH CIPLAK IDEA ANWAR IBRAHIM

Assalamualaikum... Seorang teman telah mengSMSkan kepada saya supaya tidak terlepas daripada menonton temuramah khas Tengku Razaleigh Hamzah di Astro Awani malam ini. Saya menahan diri untuk menyaksikan rancangan berkenaan. Saja mahu melihat apakah gagasan atau pun visi yang hendak dibawa oleh Tengku Razaleigh sekiranya beliau menjadi Presiden Umno.

Saya mengharapkan kesempatan beliau muncul dalam rancangan itu digunakan sepenuhnya bagi mengemukakan idea dan juga membentangkan manifestonya kenapa beliau beriya hendak tanding Presiden walaupun beliau sudah melewati sempadan usia yang dikehendaki generasi muda Umno kini.

Menurut Datuk Seri Mohd Najib Razak era ayahnya dalam Umno kini sudah berakhir maka orang sezaman dengan ayahnya sudah tidak cocok lagi dengan Umno. Apakah Tengku Razaleigh tidak memahami pernyataan itu dan mahu juga menembusi bukit pejal sedangkan staminanya sudah berkurangan.

Maka itu saya kira temuramah langsung itu penting untuk mengemukakan sesuatu yang menarik dan memecah liur perwakilan Umno bahagian kerana sepanjang mesyuarat persidangan Umno minggu lalu beliau masih belum mendapat satu pencalonan pun. Sehingga ini sudah 28 bahagian mengadakan persidangan dan semua mencalonkan Mohd Najib.

Apa yang diharapkan sekurang-kurang Tengku Razaleigh dapat memberi semangat dan janji baru untuk membangkitkan perwakilan Umno yang seolah tidak ternampak jasa dan budinya kepada Umno di sepanjang persidangan beberapa hari lalu dan begitu terpesona gandingan atas angin antara Mohd Najib dengan Muhyiddin Yassin.
Tetapi sayang apa diharapkan tidak menjadi dan wawancara itu seolah tidak memberi apa-apa bekas dan sekaligus menunjukkan anak Raja Kelantan itu kekeringan idea untuk beradu kekuatan minda dengan Mohd Najib.

Beliau hanya menceritakan atau mengulangi mengenai apa yang disebut dan menjadi harapannya jika beliau menjadi Presiden Umno. Antaranya ialah mahu menumpukan kepada pemulihan Umno yang baginya berada dalam keadaan membimbangkan dan makin ditolak rakyat.

Beliau lihat kebimbangan itu dari sudut bagaimana Umno tidak telus dan mengokong ahli dalam soal memilih pemimpin. Sistem kuota adalah antara peraturan yang ditentang oleh beliau kerana ia disifatkan sistem itu menyebabkan ahli-ahli jadi takut dan tunduk kepada kuasa pemimpin dan menjadi faktor melemahkan Umno dari dalam. Kerananya juga Umno sudah tidak demokratik lagi.

Selain itu beliau juga mengemukakan cadangannya untuk menumpukan perhatian kepada masalah rakyat di Sabah dan Sarawak di mana mengikutnya masih ketinggalan. Beberapa masalah rakyat negeri berkenaan seperti pemilikan tanah, projek pembangunan, pendidikan masih belum selesai dan beliau akan berusaha menyelesaikannya. Begitu juga mengenai kadar royalti minyak diterima Sabah dan Sarawak akan dikaji semula.

Cuma kalaupun apa yang boleh dikira isu baru yang dibangkitkan dalam wawancara tadi ialah cadangannya untuk menjadikan BN sebagai parti politik untuk semua kaum dan bukan komponen yang disertai parti politik. Cadangan ini nampak sedikit keremajaan pemikiran Tengku Razaleigh.

Alasan Tengku Razaleigh, perubahan perlu dibuat kerana menuntut kehendak semasa. Anak-anak muda kini menjauhi Umno kerana mereka mahukan perubahan dan struktur parti berkenaan. Cadangan menjadikan BN sebagai parti itu adalah satu perubahan besar yang perlu dipertimbangankan. Pun begitu Tengku Razaleigh seorang yang sangat berhati-hati dan berdisiplin dalam melontarkan ideanya. Sebelum perubahan itu dibuat katanya ia tentulah memerlukan pandangan dari Umno dan juga parti kerabat BN lain.

Seperkara lagi yang disebutnya ialah berhubung cadangan untuk membentuk Unity Gorvement (Kerajaan Perpaduan). Ini juga satu idea yang dinamik dan jilah yang disarankan oleh beliau. Dalam hubungan ini apa yang boleh difahamkan Tengku Razaleigh merasakan perlu parti-parti politik bergabung dalam Kerajaan bagi mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan. Cadangan ini nampaknya tepat dengan keadaan masyarakat majmuk negara ini.

Sebenarnya kalau diteliti satu persatu apa yang hendak diperjuangkan itu adalah ciplak daripada idea Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Misalnya untuk mengkaji royalti minyak di Sabah dan Sarawak dari lima persen hingga 15 persen adalah idea dan rancangan Anwar yang dilontarkan untuk menarik hati rakyat Sabah dan Sarawak.

Begitu juga untuk memberi peruntukan pembangunan mengikut perlembagaan Persekutuan serta mengseimbangkan pembangunan juga idea dan janji Anwar.

Sama juga cadangan bagi menjadikan BN sebagai sebuah parti untuk disertai semua kaum, idea itu sebenarnya sudah pun terlaksana oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pendekatan baru yang diambil dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Jika diteliti kondisi dalam PKR ia melambangkan parti berbagai kaum yang pratikal di negara ini dan mendapat keyakinan rakyat.

Manakala Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar juga terarah ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan seperti mana diucapkan dan dicita-citakan Tengku Razaleigh. Oleh kerana pandangan, idea dan hasrat Tengku Razaleigh itu sinonim atau pun selari dengan pandangan dan approach politik Anwar adalah elok kalau Tengku Razaleigh tidak bersusah payah berusaha untuk menembusi bukit pejal mengharapkan beliau cukup pencalonan.

Sekiranya sepanjang persidangan bahagian Umno minggu depan Umno masih terlupa kepada Tengku Razaleigh maka molek sangatlah kalau Tengku Razsleigh menarik diri perlahan-lahan cuba mencari ruang dalam Pakatan Rakyat. Lagipun sudah ada tawaran tidak rasmi untuk membawa beliau menyertai Pakatan Rakyat dan diletakkan ditempat sewajar dengan pengalaman dan kepakarannya. Kalau Umno tidak menghormati bekas Menteri Kewangan itu biarlah Pakatan Rakyat menyanjungnya pula! - TPT 11/08

Label:

Annuar Musa

HUKUM KARMA MAKAN DIRI ANNUAR MUSA
[Perkembangan terbaru Annuar tarik diri]

(TAMBAHAN) Assalamualaikum ... Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Penglima Datuk Haji Annuar Haji Musa telah menarik diri daripada menawarkan diri untuk dicalonkan bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Beliau juga turut tidak menawarkan diri untuk bertanding sebagai ahli MT Umno.
Saya ucap terima kasih dan memberi tabik hormat kepada beliau. Pandangan saya nampaknya diterima oleh bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar itu. Untuk tidak malu besar elok beliau berbuat begitu.
Beliau tidak memberi banyak alasan kenapa berbuat begitu. Cuma mengatakan sudah menghubungi 34 bahagian yang mahu kepastian daripada beliau. Ertinya ada 34 bahagian yang sedia untuk mencalonkan beliau? Betul ke atau gebang saja!
Apakah jumlah itu disebut bagi menunjukkan beliau tidak laku sangat?
Kelicitan Annuar dalam politik sudah menjadi sebutan. Beliau bertindak begitu mungkin beliau sudah dapat membaca berapa undi yang akan perolehinya nanti dan mengenai nasib beliau selepas perhimpunan akan datang.
Sepeti mana saya kata, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan akan berubah. Annuar sedar beliau tidak rapat dan 'berlaga daut' dengan Mohd Najib. Pastinya selepas perhimpunan akan datang, Mohd Najib akan lantik Awang Adek Hussein sebagai Pengerusi manakala timbalannya Setiausaha Politiknya, Mohd Fatmi Che Salleh.
Selamat bersara sepenuhnya kepada Annuar!
***
Assamualaikum... Calon corot untuk jawatan Naib Presiden Umno, Tan Sri Datuk Panglima Haji Annuar Haji Musa mengemukakan cadangan yang berbau seperti orang kalah dan putus harapan saja.
Beliau mencadangkan supaya jawatan Timbalan Presiden Umno dirundingkan. Maknanya jangan ada pertandingan. Alasannya bagi mengelakkan wujud kumpulan itu dan kumpulan ini. Katanya juga sudah ada dengar-dengar orang itu hendak mengambuskan orang ini dan orang itu.
Menurut calon Umno yang kalah di Parlimen Ketereh itu juga, cadangan itu bagi tidak mengsia-siakan peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Badawi dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak. Ada benarnya juga cadangan Annuar itu.

Sebelum ini beliaulah juga mencadangkan supaya Umno tidak bertanding melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim di pilihan raya kecil Permatang Pauh. Katanya buat menghabiskan beras saja. Pendapat beliau itu ditengkis oleh Pak Lah dengan mengatakan belum pernah Umno tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Akhirnya pandangan Annuar itu benar. Umno kalah teruk kepada Anwar dengan tambahan majoriti.

Bagi saya, saya terima pandangan agar Umno tidak action (agah) menyertai setiap pilhan raya walaupun tidak yakin menang. Cadangan itu geliga dari Annuar. Tetapi cadangan terbaru beliau ini nampak sangat kegelabahan diri beliau sendiri. Cadangan itu seakan pelan nak menyelamatkan air muka beliau saja.

Annuar sudah sedar dia tidak akan mendapat pencalonan banyak untuk tanding ahli MT. Jadi apabila beliau mengemukakan cadangan itu dengan harapan ada cadangan agar dikemukakan pula supaya ahli MT juga dirunding, tidak usah bertanding. Sudah pasti kalau diadakan rundingan Annuar secara automatik akan menjadi ahli MT atas kapasitinya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Bijak juga Annuar dalam hal ini, hal untuk menyelamatkan dirinya. Annuar tahu kalau beliau terus juga dengan hajat nak bertanding beliau akan malu besar. Saya berani ramalkan paling banyak pun beliau akan dapat antara 10 hingga 15 pencalonan saja. Angka ini tidak genap dan beliau akan gagal untuk bertanding. Kalau pun Jeli dan Bachok calon tetapi undi belum tentu lagi. Mustapa Mohamad dan Awang Adek Hussein senantiasa ingat apa yang Annuar lakukan kepada mereka.

Jadi untuk mengelakkan Annuar malu lebih besar, tariklah diri cepat-cepat. Apa nak tunggu lagi. Kalau minggu pertama kita sudah tidak nampak riak angin akan menghala ke kita, maka cepat-cepatlah berundur. Tidak gunakan nak anjur wau kalau angin tidak ada... wau tidak akan naik. Dan kalau hendak harapkan wau akan naik kerana kita membawa lari, lama kelamaan kepenatan dan akan jatuh juga.

Bahana yang diterima Annuar ini bukan apa kerana celupar mulutnya sendiri juga. Awal-awal lagi beliau sudah khinati Tengku Razaleigh Hamzah, membuat kenyataan agar anak Raja itu disingkirkan. Jadi tidak hairanlah kalau hukum karma alam pula mengkhianati beliau! - TPT 10/08.

Label:

Zulkifli Nordin

ZULKIFLI NORDIN BILA LAGI NAK SERTAI UMNO?

Assalamualaikum... Apa cerita dan apa dah jadi dengan ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Nordin. Senyap saja? Kenapa beliau menyepi ghaib tanpa berita? Melari dan menyembunyikan diri lagikah? Apa yang ditakut dan dibimbangi?

Berita terakhir tentang beliau, beliau diberikan surat tunjuk oleh Jawatan Displin PKR ekoran tindakannya 'menyerang' majlis Peguam sewaktu majlis itu mengadakan forum mengenai keluar Islam tidak lama dulu. Tindakan Zulkifli tidak disenangi oleh partinya lantas memberi surat tunjuk sebab kerana bertindak diluar arahan dan 'kesukaan' parti.

Zulkifli Nordin mempertahankan tindakannya atas prinsip dan atas nama jihad Islamnya. Dalam blognya beliau mencatat beliau bukan Islam yang baik tetapi akan melakukan terbaik untuk Islam. Tegas, berani dan iltizamnya tinggi kepada Islam. Baguslah, setiap insan Islam harus bersikap begitu meletakkan kepentingan agama dari atas segala-galanya. Berani mati untuk mempertahankan kesucian dan keagungan agama.

PKR sendiri tidak elok kalau bertindak kepada Zulkifli Nordin kerana kesalahan itu. Nampak sangat songsangnya PKR kalau mengambil tindakan itu. PKR tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana jua pihak yang cuba mengusik dan menganggu Islam. Apa lagi kalau meletakkan kepentingan politik melebihi tanggungjawab kepada agama.

Pada saya tindakan Zulkifli menganggu majlis peguam itu bukan alasan tepat dan besar. Sebaliknya ada alasan lain yang lebih besar untuk bertindak ke atas ahli Parlimen berbadan kecil ini. Dari maklumat dalaman mengatakan beliau kini sedang berura-ura untuk menyelamatkan kerusi Kulim - Bandar Baru. Beliau dikatakan sayang kepada kerusi berkenaan dan bercadang untuk menjadikannya sebagai mata pencarian!

Kerana itu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim minta agar beliau kosongkan kerusi berkenaan (surrender) dengan petisyen dibuat Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil, Zulkifli berhelah dengan macam-macam cara. Tenguklah petisyen itu ditangguh beberapa kali sehingga kini. Akhirnya kerana Anwar sudah terdesak terpaksa meminta isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh.

Penangguhan perbicaraan petisyen itu ada ceritanya. Khabarnya untuk menyelamatkan kerusi itu Zulkifli sudah berunding dengan pemimpin tertinggi Umno. Katanya beliau telah sekurang-kurang dua kali menemui Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ada logik dan benarnya cerita ini. Kerana sampai kini petisyen untuk kerusi itu ditangguh dan tidak bergerak langsung sedang petisyen untuk kerusi lain sudah selesai. Selain itu Zulkifli juga tidak rancak seperti dulu turun berceramah atau menghadiri majlis-majlis anjuran PKR atau Pakatan Rakyat. Menyepi saja.

Semasa majlis terbuka Hari Raya, Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama pemimpin PKR di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru semalam kelibat Zulkifli tidak nampak langsung. Biasanya dalam majlis seumpama itu beliaulah yang menyibuk dan ke depan.

Kawan seprofesyennya, Pak Wan Cik Marican ketika ditanya juga menggeleng kepala lebih daripada 10 kali. "Tak tahu ke mana menghilangnya si Zul... dia ni anih dan ganjil sikit," begitulah kata Pak Wan.

Kalau Zulkifli benar bercadang nak tinggalkan PKR demi menyelamatkan kerusinya elok juga beliau percepatkan agendanya itu. Tidaklah pula orang ternanti-nanti mengenai tindakannya itu. Dan tindakan paling baik dan bermaruah ialah kosongkan kerusi berkenaan kalau sudah tidak berminat jadi wakil rakyat. Masih banyak orang lain yang layak untuk mengisi kerusi berkenaan.

Dengan cara dilakukan sekarang ini menyusahkan banyak orang. Khabarnya pengundi di Kulim juga sudah mula bertanya dan mengeluh kesal dengan sikap dan karektor wakil rakyat mereka. Ada yang dikatakan sedang menunggu kepulangan Zulkifli dengan batang kayu!

Dan jika Zulkifli tidak bersama Pakatan Rakyat ini bermakna Pakatan Rakyat hilang satu lagi kerusi setelah tidak dapat mempercayai kerusi Bebas di Pasir Mas berpihak kepadanya. Angka 30 untuk menumbangkan kerajaan BN teroaksa ditanbah menjadi 32! - TPT 9/08

Label: