Jumaat, 17 Oktober 2008

Mahathir dan Muhyiddin

MAHATHIR DAN MUHYIDDIN TAK PAYAH NAFI

Assalamualaikum... Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan yang dia berada di belakang Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam usaha mempercepatkan proses pengunduran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dakwaan yang dibuat oleh bekas Menteri di-Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim itu katanya sebagai benar-benar karut!

Tun Mahathir juga menafikan yang beliau akan menjadi Penasihat Kabinet Najib. Serentak itu juga Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak anggapan Tun Mahathir turut terlibat atau berada di belakang projek pelan peralihan. Muhyiddin nampaknya telah menjadi tukang sapu sampah ke bawah karpet dan tukang cuci najis Mahathir.

Kata Muhyiddin bukan bermakna mereka; beliau, Mahathir dan Najib bersekongkol kalaupun mereka berada disesuatu tempat.

Kedua, Mahathir dan Muhyiddin menafikan apa yang berlaku. Sesiapa pun dalam keadaan hari ini apabila terlibat melakukan kerja-kerja yang tidak sihat tidak akan mengaku. Umpama orang yang berak di tengah jalan atau terkentut di khalayak, kalau ditanya pemberak itu tidak akan mengaku kerana perbuatan itu mengaibkan, tidak bermoral dan jahat.

Tun Mahathir atau Muhyiddin tidak boleh lari dari kenyataan dan persepsi umum. Orang ramai termasuk Zaid Ibrahim itu tidak menghukum sesuka hati melainkan mereka lihat dan memerhati apa yang berlaku. Orang ramai juga kalau pun tidak selicit mereka, tetapi pandai dan tahu juga membaca pergerakan dan mimik muka orang politik.

Siapakah yang selama ini menggerudi siang dan malam supaya Abdullah berundur? Siapakah yang memperleceh dan memperlekehkan Abdullah. Sejak awal hingga ke saat akhir Pak Lah jadi PM, Mahathir tidak pernah sebulu. Apa saja yang Pak Lah lakukan tidak pernah kena pada matanya. Ada-ada sahaja yang diungkit dan tidak puas hati. Semacam Pak Lah itu Perdana Menteri dari pembangkang.

Tun Mahathir bukan saja bercakap di jendela rumhanya, tetapi pusing seluruh negara, hentam Pak Lah. Sampai ke luar negara juga diperhuduhkan kepimpinan Abdullah. Takut benar Mahathir kepada Pak Lah walaupun Pak Lah tidak melawan dan menyerahkan batang tubuhnya dicincang lumat.

Memanglah Mahathir tidak duduk dalam satu majlis dengan Muhyiddin dan Najib ketika memburukkan Pak Lah. Tetapi tindakan mereka seperti sambung menyambung mengesahkan mereka sepakat dan berada dalam satu company.

Kemuncak kebencian Mahathir kepada Abdullah ialah beliau keluar dari Umno dan berjanji akan masuk semula bila Abdullah tidak ada. Apakah erti dan makna perbuatan dan tindakan Mahathir itu?

Siapa yang kemudian memanggil Mahathir menyertai Umno semula? Orangnya ialah Muhyiddin Yassin. Lakonan atau babak ini seperti sudah dirancang demikian rupa. Siapakah pula yang membuat pelan peralihan kuasa? Siapakah pula yang menyokong pelan berkenaan?

Mahathir dan Muhyiddin saling sambut menyambut antara satu sama lain. Seperti main takraw, Muhyiddin tukang angkat, Mahathir tukang libas. Tua-tua Mahathir pun libasannya masih menyengat apa lagi tukang soraknya di luar gelanggang ramai. Ada kalanya bola yang dilibas terkeluar jauh dari garisan sah, tetapi dikatakan masuk oleh penyokong di luar gelanggang. Inilah menyebabkan Mahathir syok sendiri dan merasakan dia masih hebat dan persembahanya masih diterima.

Senerio dan hakiki itu tidak boleh ditolak dan dinafikan bahawa ada persekongkolan yang jitu antara mereka bertiga; cuma dalam hal ini Najib bertindak seperti panggantin sahaja, tidak masuk dekat tetapi mereka restu dan harapan tinggi kerana untungnya diperolehi beliau.

Kerja mereka telah berjaya. Abdullah hampir akan melepaskan jawatannya. Empat bulan lebih sahaja atau lebih awal dari itu. Mahathir dan Muhyiddin antara orang yang paling bahagia sekali. Mereka akan bakal menerima anugerah dan imbalan masing-masing. Jadi kepada mereka berdua untuk apa menafikan perkara yang nyata. Usahlah cuba menegakkan benang yang basah, baik mengaku sajalah.
Mereka juga tidak perlu merasa bersalah kerana mempercepatkan pengguduran Abdullah atas sebab-sebab dikemukakan itu wajar. Cuma yang salahnya tindakan mereka itu dirasakan tidak bermoral, hilang setia kawan dan ikhlas dalam perbuatan. - TPT 15/08

Label:

1 Ulasan:

Di 18 Oktober 2008 pada 2:58 PTG, Blogger Che Moq™ berkata...

...najib pun anak didik dia..muhyiddin pun anak murid dia..jd elok la..

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama