Syed Hamid Albar
SYED HAMID MENGHARAMKAN PERTUBUHAN YANG HARAMAssamualaikum... Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar akhirnya mengambil keputusan mengistyharkan Hindraf sebagai pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). Pengistyharan itu katanya dikuatkuasakan serta merta hari ini. Ai.... marah benar nampaknya Habib ini...
Mungkin tindakan Syed Hamid itu tepat dan betul... itulah juga slogan Polis Diraja Malaysia. Bukan saja tepat pada masa tetapi betul pada tindakannya! Maklumlah dia sekarang menjadi bos polis.
Hindraf memang menjadi masalah kepada pihak Kerajaan. Banyak diperkatakan mengenai Hindraf. Gambaran yang diberikan terhadap Hindraf sebagai samseng, rakus dan suka kepada kekerasan. Paling akhir aksi tidak menyenangkan dilakukan Hindraf ialah semasa rumah terbuka Perdana Menteri bakal bersara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.
Saya masih keliru dengan tuduhan ke atas Hindraf yang dilakukan di rumah terbuka itu. Apakah dan sejauh manakah tindakan rakus, keras dan samseng Hindraf itu? Salahkah bagi mereka mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan mengambil kesempatan menyampaikan sesuatu yang mereka ingin sampaikan kepada pemimpin negara?
Mereka berbuat begitu kerana tidak mudah untuk mereka berjumpa dengan PM. Usahkan Hindraf orang Umno sendiri juga sukar dan terpaksa Q untuk berjumpa dengan PM. Jadi mereka menggunakan kesempatan di rumah terbuka itu. Salah satu sebab kenapa Ahli Parlimen, Abdul Ghaful Salleh kecewa lalu melepaskan jawatan timbalan menteri ialah kerana sukarnya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri.
Mengenai tuduhan terhadap keganasan Hindraf di rumah terbuka Pak Lah itu saya rasakan tidak adil dan ia sengaja diperbesarkan untuk mengenakan Hindraf saja. Cara itu satu penganiayaan namanya!
Bagaimanapun tindakan Hindraf yang menafikan hak mereka yang diperoelehi dari negara ini dan telah menyerahkan dokumen kepada dunia satu tindakan tidak wajar. Kenapa harus mengemukakan masalah kita kepada dunia. Apa lagi masalah itu kabur dan tidak tepat dan tidak betul. Atas tindakan itu Hindraf wajar dikecam kerana tidak ada semangat menghayati Rukun Negara.
Adapun tindakan Syed Hamid mengambil tindakan mengharamkan Hindraf membingungkan saya. Apakah pertubuhan yang tidak wujud secara fizikal boleh diambil tindakan? Bila masa pula Hindraf itu didaftarkan sebagai pertubuhan. Dan apakah perkumpulan yang tidak terdaftar itu boleh diambil tindakan dengan mengistyharkan ia haram?
Dari segi semangat undang-undang (saya rasa) Hindraf itu sejak awal lagi sudah haram. Ia tidak didaftarkan di bawah mana-mana akta. Jadi tidak timbul kalau ianya hendak diharamkan. Cara Syed Hamid mengharamkan Hindraf itu samalah dengan tindakan orang mengharamkan arak, judi, zina, terhadap orang Islam, yang semua itu sememangnya sudah mutlak haram.
Tidak payah istyhar haram atau sebut haram lagi kerana perkara-perkara seperti itu memangnya haram. Mengenangkan apa yang Syed Hamid laku itu samalah apa yang terjadi ke atas kumpulan Darul Arqam suatu waktu dulu. Kumpulan ini juga tidak wujud secara fizikal mengikut mana-mana akta syarikat atau pertubuhan, namun ia diharamkan.
Bagi bagi langkah terbaik bagi Kerajaan ialah bukan bersikap kasar tetapi cubalah memahami masalah mereka secara baik. Cara demikian kalaupun benar untuk keselamatan negara namun ia merugikan Kerajaan dari segi politiknya.
Kesimpulan mudahnya... kalau sudah tidak suka, kalau sudah terdesak dan kalau sudah teringin sangat apa-apapun boleh dilakukan kalaupun tidak memenuhi kehendak undang-undang. Kerja Syed Hamid dan kerajaan melayan Hindraf itu ialah kerja sia-sia saja. Kenapa saya kata begitu, kerana sebelum ia wujud atas semangat dan tidak wujud atas apa-apa pertubuhan maka Hindraf tetap juga akan hidup seperti mana Arqam terus hidup walaupun diharam, pemimpin mereka ditangkap, dikurantin dan sebagainya.
Pertubuhan yang berasaskan agama, ideologi, kepercayaan sukar untuk dimusnahkan melainkan pertubuhan yang bersandarkan kepada semangat kebangsaan. Pada saya sebaik cara penuhi kehendak mereka dan layan kemahuan mereka selama ianya dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan negara! - TPT 13/08
Label: PELIK
1 Ulasan:
Tindakan kerajaan mengharamkan HINDRAF (memang dah haram spt kata penulis) adalah tepat dan pada waktu yang sesuai. Saya tidak dapat menerima tindakan mereka ini yang mahu berdemostrasi dan melakukan kemusnahan harta awam hanya kerana mahu menuntut hak2 mereka. Apakah hak mereka yg mahu dituntut? Apakah hak bangsa india yg berugama hindu yg masih diharamkan oleh kerajaan? Adakah tidak ada kuil dibina? Adakah org2 hindu tidak boleh membunyikan loceng mereka semasa menjalankan upacara keagamaan? Apakah kerajaan tidak membenarkan "perarakan" Thaipusam? Apakah kerajaan mengharamkan deepavali? Apakah orang hindu tidak diberi peluang dalam perniagaan? Apakah org hindu ditindas oleh kerajaan?
Buka mata dan minda... Tengok siapa yg mendalangi HINDRAF?? Apa keuntungan yg diperolehi oleh org yg mendalangi HINDRAF??
Soalnya sekarang datang berarak beramai2 didalam majlis orang lain dan menganggu adalah perbuatan yg sangat biadap dan tak berakhlak langsung? Bayangkan kalau org melayu datang majlis deepavali orang hindu menuntut supaya hindu2 malaysia dihantar pulang ke India? Apa mereka rasa??
Jadi langkah kerajaan mengistiharkan HINDRAF ini adalah pertubuhan haram adalah wajar untuk diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia..Jika sekiranya tindakan diambil selepas ini..maka kita tidak akan menyalahkan kerajaan..Anjakan paradigma juga perlu dalam hal ini.
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama