Jumaat, 10 Oktober 2008

Annuar Musa

KESIAN ANNUAR MUSA DAH TAK LAKU!

Assalamualaikum... Tan Sri Annuar Musa Putra Bukit Marak sedang meninjau-ninjau kerusi Naib Presiden. Katanya beliau sedang mempertimbangkan cadangan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang mahukan beliau bertanding jawatan itu.

Nak pertimbang apa lagi kalau Pemuda suruh, ikut sajalah! Bukankah Tan Sri sendiri yang suruh budak-budak Pemuda buat cadangan itu untuk test merket. Eh... buat-buat tak tahu pulak... masuk serak pikul sendirilah tu namanya. Nampaknya Pemuda saja yang bersetuju tetapi yang lain senyap tipis.

Tidak ada mana-mana bahagian ataupun sayap Wanita atau Puteri menyokong pengsyoran Pemuda itu. Ini bermakna orang lain tidak berapa berkenaan kalau Tan Sri mencuba nasib ke jawatan itu. Bila Puteri ... budak-budak mentah pun tidak terliur nak cadang dan suruhkan Tan Sri maka faham-fahamlah. Maknanya Tan Sri sudah tidak berapa laku lagi. Sudah tidak handsome... dah.

Mungkin juga Wanita dan Puteri tak ikut seruan Pemuda yang Tan Sri jamu makan itu kerana mereka geli geleman dengan perangai Tan Sri macam musang jantan. Maklumlah wanita hanya mengetahui isi hati wanita dan juga bagaimana geletahnya seorang lelaki macho macam Tan Sri. Sejarah uda dan dara Tan Sri tentu sudah mereka baca berkali-kali. Auw.....

Bagi saya elok kalau Tan Sri jangan cemarkan diri dengan bertanding Naib Presiden. Kalau kalah nanti malu besar...dahlah Tan Sri kini berada dalam zon malu yang amat sangat kerana tak menang dalam pilihan raya umum lalu. Kalau bertanding di Ketereh pun kalah macam mana nak bertanding di peringkat pusat.

Lagipun saya sendiri tidak berapa jamin Tan Sri akan mendapat pencalonan penuh dari Kelantan. Kalau Tengku Razaleigh Hamzah pun sukar nak dapat pencalonan dari Kelantan untuk jawatan Presiden apalah sangat dengan Tan Sri. Tan Sri hanya Tengku Kemacar (maksud Kemacar ialah merempak, tidak asli) saja bukan macam Tengku Razaleigh, dia tengku raja sengoti (sengoti ialah sungguh atau benar).

Saya mengira orang macam Datuk Mustapa Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Huseein pun tidak akan sokong Tan Sri. Belum tentu Umno Jeli dan Bachok bersedia mencalonkan Tan Sri. Mereka mungkin ingat terutamanya Mustapa Mohamad sewaktu dia tanding Naib Presiden dulu, Tan Sri tak sokong dia kan... kan? Jadi macam mana kalau kali ini dia nak sokong Tan Sri pulak. Ada ubi ada batas Tan Sri.

Awang Adek pun sama. Dalam pilihan raya lalu Tan Sri mainkan dia sehinggakan tertimbus di dua kerusi DUN (Perupok) dan Parlimen Bachok. Tak fasal-fasal Awang Adek kini dah jadi macam keling jual beli botol dan besi buruk... tak ada kerja. Masakan dalam Awang Adek sakitnya masih terasa tiba-tiba dia nak dokong dan nak kendung Tan Sri pula!

Kesimpualannya Tan Sri duduk diam sajalah. Tengok orang lain bertanding sudahlah. Jangan cuba kalut-kalut nak tawar diri untuk bertanding. Kalau muka kita buruk, banyak parut, herot jangan tengok cermin.... ataupun pamerkan kepada orang ramai. Nanti kalau orang kata kita hantu kita marah. Jangan Tan Sri.... eloklah kalau Tan Sri duduk diam atau main dengan lembu atau ayam itik saja sebab mereka tidak ada perasaan macam manusia Kalau sesekali Tan Sri nak kejar mereka kejarlah... dia tak marah! - TPT 03/08

Label:

1 Ulasan:

Di 10 Oktober 2008 pada 7:34 PTG, Blogger kalamusafir berkata...

kah,kah,kah..anuar musa hoi, demo dah tak soho...la ni ore nak ko nuar jugak tapi,Anwar Ibrahim la.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama