Jumaat, 10 Oktober 2008

Mahathir

TUN BELAJARLAH JADI BAIK

Assalamualaikum...Tun Dr Mahtahir tidak habis-habis serang Pak Lah. Walaupun Pak Lah dah kata nak berhenti tapi Tun macam tak percaya saja. Seolah-olah apa yang Pak Lah buat itu macam sandiwara saja. Tun ingatlah sikit, Pak Lah tidak pandai sangat bersandiwara macam zaman Tun dulu. Tun juga cakap berbelit-belit macam Keling mabuk pinang!

Kata Tun, Pak Lah tidak perlu buat inisiatif sebelum nak undur. Biarlah orang yang akan datang buat, maksudnya Najib. Kata Tun kalau Pak Lah buat juga beberapa inisiatif itu apa Najib nak buat? Kenapa kolot sangat pemikiran Tun. Dah putus urat hijau ke? Kalau Najib yang Tun suka itu bijak, pandai, kreatif dan ada wawasan, Najib boleh buat lebih baik daripada Pak Lah buat itu. Bahkan lebih elok daripada Tun sendiri laksanakan. Lagipun Tun kan ada bolehlah advise Najib.

Kalau Tun terlupa, mula-mula suruh Najib teruskan semula projek Jambatan Bengkok yang tak jadi tu. Tentu Tun gembira. Kontrek lama dah dibatalkan, jadi Tun boleh minta dengan Najib bagikan kepada Tun. Kan Tun ada anak yang pandai berniaga si Mrizan tu? Tentu Najib akan beri.

Kedua suruh Najib lantik Tun jadi menteri mentol... macam Lee Kuan Yew, jangan jadi menteri tolol sudahlah, susah Najib jadinya nanti. Ketiga suruh Najib lantik anak Tun, Mukhriz jadi menteri. Menteri Pelajar elok kok... tiru macam Tun dulu, lepas tu lima atau 10 tahun akan datang Mukhriz akan dilantik jadi timbalan perdana menteri pula. Setuju tak Tun...?

Cukuplah Tun serang Pak Lah, dia sudah mengaku kalah. Tak kesian ke. Lagipun orang tak kata Tun gentleman ataupun bijak kerana melawan orang macam Pak Lah.... sebenarnya Pak Lah tak melawan pun sejak dulu lagi. Pak Lah tak ada telor panjang dan bulat macam Tun! Pak Lah hanya serahkan dirinya kepada Takdir semata-mata. Ikut apa yang Tuhan nak letak atau jadikan dia. Jadi... mula saat ini Tun tutup mulutlah dengan guni buruk dari mengulas, mengkritik Pak Lah samada untuk jadi bahan kempen anak Tun, si Mukhriz yang nak tanding lawan Khairy tu. Belajarlah sikit macam mana nak jadi baik....! Janganlah jadikan rakyat Malaysia terjeluah dan muntah dengan cakap-cakap mabuk Tun - TPP 02/08

Label:

2 Ulasan:

Di 10 Oktober 2008 pada 7:31 PTG, Blogger kalamusafir berkata...

che det a/k mat kuti ni time jadi PM tak leh ditegur dan dinashat oleh sapa-sapa. banyak mulut pulak dia bila dah dok luar gelanggang. bila nak apply jadi ahli umno?kah,kah,kah

 
Di 15 Oktober 2008 pada 10:14 PTG, Blogger Panglima Perang Cyber berkata...

mso sudah jadi blogger sekarang...

tulisan ni seperti tulisan mso..

apa pun saya macam terhidu kemarahan mso.

harap menulis dengan baik.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama