Ahad, 12 Oktober 2008

Mahathir

MAHATHIR MEMBALAS BESAN MUHYIDDIN

Assalamualaikum...Tun Dr Mahathir Mohamad dari jauh memuji Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden terbaik. Katanya beliau merasakan begitu kerana ke belakangan ini Muhyiddin lantang mengkritik pemimpin. Tun Mahathir menghantarkan mesej itu dari Melbourne, Australia.

Tindakan Tun Mahathir itu tidak ubah sebagai membalas besan atas pelawaan Muhyiddin agar bekas PM ke-4 itu kembali semula ke dalam Umno. Mahathir keluar Umno kerana bencikan Abdullah!

Muhyiddin dalam menyiapkan pelan peralihan kuasa untuk menggeser Abdullah turun dan menolak Datuk Seri Mohd Najib Razak naik bagi membolehkan beliau mengisi kekosongan Najib telah mempelawa Tun Mahathir menyertai semula Umno. Secara tidak langsung Mahathirlah penaung kepada proses pernurun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kerja dan pelan Muhyiddin nampaknya menjadi apabila beliau kini mendapat perhatian daripada bahagian Umno. Muhyiddin kini mengatasi dua calon lain Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhammad.

Hendaknya suasana baik yang diterima Muhyiddin hari ini berkekallan dan jangan pula ada sebotaj di tengah jalan. Muhyiddin pun ada merayu agar beliau jangan diragui? Siapakah yang akan meragui beliau? Dan kalau ragu kerana apa? Apakah Muhyiddin kira ada orang mengaitkan beliau dengan sahabat lamanya bernama Anwar Ibrahim?

Jangan rungsinglah Muhyiddin isu Anwar tidak akan menganggui perjalanan anda. Cuma apa yang saya bimbang dan takut sifat dan perangai politik itu akan menelan diri anda. Politik itu serba mungkin. Pencalonan banyak tidak menjamin undi juga banyak. Pengalaman lalu hendaklah diingati. Muhyiddin pernah mengalami nasib demikian mendapat pencalonan memberangsangkan tetapi undi sedikit.

Logiknya bagi saya merasakan Mohd Najib tidak berapa berkenaan kalau orang yang lebih licit dan cerdik berada di bawahnya kerana bimbang takut akan kerit (gigit) ekor di kemudian hari. Hal-hal ini begini sering berlaku dalam Umno dan sudah menjadi satu amalan pula orang cerdik akan di kesampingankan. Tak usah pergi jauh tengok apa yang berlaku kepada Musa Hitam, Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah. Umno lebih suka kalau orang cerdik hanya jadi pengikut buta dan tuli saja.

Apa lagi Najib saksi sendiri bagaiman Muhyiddin telah mengigit ekor Abdullah menyebabkan Perdana Menteri itu terpaksa mengumumkan penguduran sebelum tiba masanya. Sebenarnya kesempatan yang diperolehi Najib kini ialah hasil permainan dan game yang ditaja oleh Muhyiddin.

Jadi eloklah kalau Muhyiddin tidak begitu syok dan lena sangat dengan pujian Tun Mahathir itu. Siapa tidak kenal dengan Tun Mahathir seorang pemain politik yang bersifat mulut manis jubur masam., oportunis! Sebelum ini pun dikala penyokong Tengku Razaleigh melaungkan Tun Mahathir akan sokong Tengku Razaleigh saya hanya tersenyum saja, saya tidak percaya kalau orang seperti Tun Mahathir bersedia untuk menyokong Tengku Razaleigh yang didendamnya sejak dua abad lalu.

Apakah hal sama tidak akan berulang kepada Muhyiddin? Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kenalah berwaspada dan jaga-jaga seribu kemungkinan yang bakal menerpanya - TPT 08/08.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama