Sabtu, 11 Oktober 2008

Khalid Samad

DASAR LANGIT TERBUKA BAHAYAKAN PAS!

Assalamualaikum... Saya tidak tahu apakah Pas kini mengamalkan dasar langit terbuka! Di mana parti itu tidak lagi merahsiakan apa-apa strategi dan tektiknya samada bagi memperkemaskan parti, melawan musuh ataupun melindungi hal-hal yang tidak sedap dalam parti daripada diketahui umum.

Kenapa saya kata begitu, kerana semua orang dalam parti berkenaan bebas bercakap tanpa dikawal oleh sesiapa ataupun apa-apa peraturan. Sesiapa saja boleh mengeluarkan kenyataan ataupun menulis dalam blog bagi pihak parti mengenai apa-apa jua isu. Tidak kira apakah kenyataan itu memberi implikasi kepada parti atau tidak. Ada kalanya kenyataan yang dikeluarkan mendahului daripada kenyataan pemimpin yang sepatutnya bercakap mengenai perkara itu.

Ada semacam pintas memintas antara satu lain. Anih.

Kadang kala kuasa ataupun hak Presiden sendiri turut dicabuli. Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang jadi macam tunggul kayu, tidak boleh berbuat apa. Peliknya presiden semacam dihinggapi sindom atau fobia takutkan sesuatu pula. Macam ayam takut kepada helang. Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku. Sebagai presiden Datuk Seri Abdul Hadi harus mengunakan kuasa yang ada kepadanya dengan sewajarnya.

Percakapan pemimpin Pas ini juga semacam tidak boleh dikontrol. Tidak ada sesiapa berani menegurnya dan ia semacam menjadi satu pendekatan atau stail baru pula. Sapa-sapa pun boleh bercakap menggunakan nama parti atau jawatan dalam parti walaupun ia bertentangan dengan polisi dan dasar parti hatta kepada hal peribadi. Bahkan sesuatu yang belum diputuskan sudah pun di eksposekan kepada umum.

Gejala ini sebenarnya tidak berapa sihat kepada parti. Terutamanya apabila presiden dibelakangkan. Orang akan melihat parti Pas sebagai tidak tahu peraturan dan tidak hormati kepada presiden. Sebagai ahli parti Islam seharusnya ada reti menghormati dan patuh kepada keputusan ketua.

Menerusi dasar langit terbuka ini juga saya lihat kedudukan presiden atau darjatnya dilayan sama rendah dan sama tinggi dengan ketua cawangan saja.

Misalnya kenyataan terbaru - sebenarnya pendedahan rancangan parti oleh Khalid Samad yang menceritakan kepada media mengenai rancangan parti. Beliau tidak patut mengambil kesempatan dengan kedudukannya sebagai ahli lujnah politik untuk membawa keluar hal parti. Kapasitinya sebagai ahli Parlimen juga bukan lesen untuk beliau bebas bercakap apa-apa saja mengenai parti tanpa merujuk kepada pucuk pimpinan atasan.

Perkara yang beliau ungkapkan itu tidaklah rahsia sangat namun kerana rancangan itu belum diputuskan oleh Jawatankuasa Agung, ia tiak sepatutnya dihebohkan ke luar. Apa yang disebut Khalid itu iaini Pas akan hantar pemimpin tertinggi (siap dengan nama sekali) untuk membincangkan bagi meperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam rangka untuk mengambil alih kerajaan.

Melihat kepada budaya ini seperti ada perebutan pula sesama pemimpin Pas dalam mendedahkan rancangan atau strategi parti kepada dunia luar. Semacam ada perangai nak mencari populariti menerusi kenyataan akhbar atau pendedahan menerusi blog. Tidak salah kalau nak menjadi popular dalam rangka membina diri menjadi pemimpin tetapi mungkin dengan cara sekarang ini tidak sesuai dan tidak bijaksana! - TPT 07/08

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama