Salahuddin Ayub
BACAAN POLITIK SALAHUDDIN TIDAK DALAMAssalamualikum... Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub sependapat dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu tunggu sampai Mac depan untuk berhenti. Pak Lah katanya patut melepaskan terus jawatan tidak payah tangguh-tangguh lagi. Nada itu juga sama dengan Tun Mahathir.
Alasan Salahuddin ia boleh menimbulkan masalah kepada negara. Memahami isi hati Salahuddin itu beliau mahukan Datuk Seri Najib Razak cepat-cepat jadi Perdana Menteri. Tentu Salahuddin ada alasan (kebaikan kepada partinya) kenapa beliau merasakan Mohd Najib perlu cepat jadi PM!
Mungkin beliau tidak pandai dan arif membaca masa depan politik. Pada perkiraannya kalau Mohd Najib jadi PM maka proses untuk Pas mengambil alih kerajaan mungkin jadi cepat. Kalaulah itu pandangan Salahuddin jelas beliau tidak begitu dalam perkiraan politiknya dan tidak arif mengenai latar belakang politik Najib. Beliau tidak dapat menilai siapa (akal politik) lebih tajam dan licit antara Pak Lah dengan Najib.
Dalam politik kita tidak boleh berfikir secara lurus. Dalam politik perlu ada simpang siur itulah dinamakan tektik dan strategi. Kalau kita berfikir secara lurus ataupun hanyut (pragmatik) mengikut arus kita tidak akan ke mana. Seorang pemimpin itu peranannya memimpin mengikut kaedah dan idea sendiri bukannya menurut ala pandir!
Dalam hal ini saya tengok Ketua Pemuda Pas ini tidak mempunyai kekuatan dan bacaan tepat dalam politik. Khabarnya beliau banyak membaca buku, termasuk biografi pemimpin hebat dunia mungkin Hitler, Muhammad Al Fateh, Salahudin Al Ayubi, Khomenini, John F Kennedy dan sebagainya, tetapi sayang beliau setakat membaca saja tapi tidak tahu mengadunkan ilmu dalam menggerakan perjuangan Pemuda yang dipikulnya.
Ada benar juga gelaran Salahuddin berperwatakan sebagai pensyarah ilmu tadbir tanah atau pun diplomatik sabun breeze. Maka itulah menyebabkan Pemuda di bawah pimpinannya hanyut dan beliau sendiri berfikir tersimpang dari anak buahnya sendiri. Ada kalanya pemikiran anak buah lebih istiqamah dan berani daripadanya.
Misalnya apabila para pemimpin Pas golongan klon dan ulama berkrisis dalam mencari nilai dan pendekatan dalam hubungan dengan Pakatan Rakyat sepatutnya Pemuda menjadi petunjuk dan penyelesainya.
Tetapi kerana Pemuda sendiri kontang dengan ilmu, tidak ada pegangan dan keberanian maka kewujudan Pemuda dalam kancah itu hanya menjadi penonton saja. Pemuda zaman Salahuddin ini tak ubahlah seperti kapas, putih melepak namun ringan tidak ada kekuatan dan kadang-kadang terbang sekerat-sekerat mengikut angin!
Mungkin sesuai kalau Salahuddin berfikir untuk mengikut jejak Pak Lah yang dicemuhinya itu - TPT 05/08.
Label: CUIT
3 Ulasan:
Assalamualaikum wbt...
Hehehe... Sedih saya melihat Ketua Pemuda PAS yang kurang pintar dalam berpolitik. Terlalu lurus bendul seperti tiang telefon.
Dia berfikir apabila Najib terus dilantik PM keadaannya sama seperti Pak Lah menjadi PM. KP PAS ini mungkin tidak pernah terlintas di benaknya bahawa jika Najib menjadi PM maka laluan untuk peralihan kuasa akan menjadi lebih sukar. Kalo setakat C4-kan orang dia leh slamba rock jer.. nie pula nak sekat orang dari merampas tahta PM dari dia. Kalo dia sanggup upah orang tuk fitnah Anwar meliwat maka tak heran kalo pemerintahan Najib akan menjadi lebih kejam dari Che Det. Jahat2 Pak Lah saya tak pernah dengar lagi dia ada skandal sex, letupkan orang dan upah orang untuk menfitnah.
Payah kalo PAS berketuakan KP seperti Salahuddin yang hanya berfikir selapis nie. Cerdik tapi tak pintar. 'Zero' dalam strategi dan perang saraf. Maaf kalo ada hati yang terluka tapi itulah kenyataannya. Pada saya Nabil RajaLawak lagi cerdik dari Si Salahuddin nie.
hang cerdik sangat...apa hang jadi..takat jadi penulis kutuk org nu tak reti orang ni tak pandai...poo rah......kurik pungkok cium sendiri la bro.....
Kalo Pemimpin tak boleh dikritik bila tidak betul tu maknanya;
1) Pemimpin itu zalim.
2) Pengikut dia tonggong kerana main ikut jer macam UMNO.
Sifat tonggong inilah yang merosakkan UMNO. Adakah anda mahu PAS juga akan jadi rosak kerana sifat tonggong pengikutnya.
Sedangkan Syaidina Omar pun boleh dikritik oleh rakyatnya. Takkan Salahuddin tak leh dikritik. Orang menulis dengan mengkritik lebih baik dari mendiamkan diri pada benda yang tidak betul/merugikan.
Dalam solat berjemaah bila iman salah wajib kita tegur nie ang nak pertikai orang yang menegur. Ang gila ka?
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama