Sabtu, 11 Oktober 2008

Khalil Yaacob

APA JASA SHAH RUKH KHAN?

Assalamualaikum... Bagi mereka yang mementingkan moral dan nilai mungkin penganugerahan gelaran yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kepada bintang filem Hollywodd, Shah Rukh Khan tidak merasa apa-apa kecacatannya. Mungkin mereka merasakan anugerah itu sesuatu yang sepadan dan wajar.

Logik dan alasan anugerah itu kepada Shah Rukh Khan ialah kerana beliau telah mempromosikan Malaysia ke luar negera menerusi filemnya? Begitulah mengikut pihak yang menganugerahkan darjah itu. Betulkan?

Saya rasa dalam hal ini ada sedikit kesilapan dan kesalahan dalam menghitung mengenai jasa dan peranan bintang filem Hindi itu. Siapakah sebenarnya yang mempromosikan Malaysia menerusi filem Hindi, apakah Shah Rukh Khan ataupun penerbit ataupun pengarah filem-filem yang dilakukan oleh Shah Rukh Khan yang ada menayangkan sesaat dua mengenai Malasyia.

Berapa banyakkah filem India yang berbuat demikian? Rasanya tidak sampai sepuluh. Lagipun penayangan wajah (lokasi) Malaysia dalam filem-filem itu bukan menyeluruh maksud meliputi tempat-tempat menarik di seluruh negara ini tetapi tertumpu kepada sekitar KLCC menara berkembar Petronas itu saja.

Kalau alasan kerana Shah Rukh telah mempromosi Malaysia ia tidak betul dan bohong. Jika hendak dikira orang paling hebat mempromosikan nama Malaysia di seluruh dunia ialah Altantuya Shaarribbu. Patutnya Altantuya dianugerakan, dan kerana beliau sudah hancur berilah kepada keluaragannya.

Bagi rakyat Malaysia yang sihat akal tidak merasakan apa-apa sumbangan Shah Rukh Khan itu. Entahlah kalau kerajaan Melaka ada perangakaan mengenai orang lawat Malaysia ataupun Melaka disebabkan mereka terpesona dengan Malaysia setelah melihat filem lakonan bintang filem itu mengenai Malaysia. Kalau ada sila dedahkan angka berkenaan.

Pada saya penampilan wajah Malaysia dalam filem Hindi itu juga tidak mencerminkan wajah Malaysia sebenarnya. Kalau tidak silap ada sebuah filem yang menggunakan gadis Malaysia menarik ikut rentak Hindustan dengan memakai kain batik sarung. Itupun kalau diamat-amati ia seakan menghina orang Melayu kerana mereka upacara menari itu bertujuan mendedahkan suasana tempat tinggal mereka yang (di Kampung Baru) berlatar belakangkan bangunan KLCC yang orang lain punya.

Siapa punya KLCC? Apakah wajah dan identiti Malaysia ada di situ? Hakikatnya tidak sampai 10 orang Melayu berniaga di dalam bangunan yang digah-gahkan itu. Tahun lepas beberapa peniaga Melayu telah dihalau ataupun terpaksa keluar kerana kadar bayaran sewa yang meningkat setiap tahun.

Penganugerahkan darjah kebesaran itu tidak sepadan dirasakan dengan jasa yang Shah Rukh Khan berikan untuk Malaysia. Pun begitu bila dikenangkan bahawa selalunya penganugerahan darjah kebesaran khususnya bergelar Datuk dari Melaka pernah menjadi ejekkan sebelum ini, tidak mengapalah... Darjah Kebesaran dari Melaka sering dipertikaikan sebab ianya dianugerahkan kepada sesiapa sahaja. Darjah yang tidak ada kualiti dan cukup darjat itu boleh dan pantas diberikan kepada mereka yang memang tidak berjasa.

Setiap tahun bukan seorang dua tapi ratusan orang yang mendapat darjah kebesaran Melaka. Seolah setiap tahun bila tiba hari jadi Yang Dipertua Negeri diadakan pesta menganugerahkan datuk, orang itu datu orang ini datuk! Kerana kemurahan itu menyebabkan darjah kebesaran Melaka sudah tidak menjadi satu anugerah yang dibangga-banggakan lagi. Sesiapa saja akan dianugerah asalkan baik dengan orang Melaka walaupun tidak ada jasa!

Apa yang berlaku di Melaka anugerah darjah kebesaran bukan kerana seseorang itu telah berjasa kepada negeri itu, seperti lazim berlaku di zaman Kesultan Melaka dulu, tetapi penganugerahan diberikan dulu kepada seseorang dengan harapan dia akan berjasa atau membuat jasa di kemudian hari. Terbalik... mungkin kerana itulah menyebabkan negeri yang memiliki institusi kesultanan yang kuat itu akhirnya tidak ada raja atau sultan. - TPT 06/08

Label:

1 Ulasan:

Di 12 Oktober 2008 pada 6:14 PTG, Blogger ZaMj berkata...

hahahahahahahaha...malaysia ku..tak tahu nak cakap apa dah jadi rakyat malaysia skrang ni kelu dah rasa nyer..entah mana letak akal..

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama