Selasa, 14 Oktober 2008

Abdullah Badawi

SIAPA MENGARUT PAK LAH ATAU PEMBANGKANG

Assalamualaikum... Kata Perdana Menteri yang bakal berundur Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tarikh baru yang diberikan pembangkang untuk menukar Kerajaan pada Disember depan sebagai mengarut. Saya bersetuju dengan pandangan Pak Lah itu. Ini kerana 16 September yang dilaungkan itu sudah pun mengarut dan banyak orang yang jadi 'mamai' dan mengingau dengan tarikh berkenaan.

Setengah orang kerana tidak tahan dengan tarikh-tarikh bakal membawa perubahan itu menyebabkan ada yang sudah tidak mahu mendengarnya lagi. Sedikit sebanyak janji berkenaan menimbulkan impak buruk kepada pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Bagaimana pun saya tidak tahu dari mana Pak Lah kutip berita berkenaan. Saya kira beliau masih tertidur walaupun sudah hampir hendak berhenti! Ini kerana menurut Anwar beliau tidak mahu menyebut lagi bila tarikh untuk mengambil alih kuasa. Tumpuan beliau kini ialah memperkuatkan Pakatan Rakyat menunjukkan integiriti dan keazaman bagi mengambil alih Kerajaan. Tidak ada pun tarikh baru.

Jadi bila Pak Lah bercakap benda yang tidak jelas maka yang mengarut kini bukan pembangkang atau Anwar tetapi beliau sebenarnya. Kalau diteliti sejak dua tiga minggu ini Pak Lah sudah hilang fokus. Penyakit baru nampak mulai menghinggapi beliau iaitu gilakan talak, menyesal dengan apa yang berlaku.

Walaupun beliau kata tidak menyesal dan happy dengan peralihan kuasa yang dipercepatkan itu namun para ahli tilik, tukang tenung tahu membaca riak air muka Pak Lah. Misalnya kenapa semalam beliau beriya mengulangi menyokong dan meminta ahli Umno supaya menyokong Datuk Seri Mohd Najib sebagai timbalan presiden.

Sebenarnya beliau tidak payah merayu dan meminta kepada ahli Umno sebab ahli Umno lebih dulu memilih Datuk Seri Mohd Najib jadi Presiden berbanding dengan beliau. Pak Lah beriya menyokong Mohd Najib selepas beliau ditekan dan hendak ditendang oleh Majlis tertinggi Umno. Apakah kalau ahli tidak mendesak Pak Lah akan membuat rayuan itu.

Jadi siapa sebenarnya yang mengarut?

Semalam sekali lagi Pak Lah mengarut mengenai ekonomi. Katanya ekonomi kita tetap kukuh. Cara beliau mempertahankan ekonomi Malaysia itu samalah dengan beliau mempertahankan Umno dan BN yang masih kukuh dan mendapat sokongan rakyat.

Soalan darjah tiga untuk Pak Lah jawab? Kalau Umno kukuh dan BN kukuh kenapa Pak Lah nak berundur cepat? Bukankah desakan agar beliau berundur cepat itu antara sebabnya kerana Umno dan BN sudah jadi kayu mumuk... tidak kukuh. Apa ini pun Pak Lah tidak dapat membacanya?

Jadi untuk esok, lusa dan sehingga Mac tahun depan Pak Lah janganlah terus mempamerkan kedungunan dan ketidakcerdikannya. Pak Lah kena sedar kuasa lima bulan yang terbaki itu sebenarnya tidak bererti apa-apa lagi. Inisiatif apa yang beliau hendak lalukan dalam tempoh itu.

Kalau dalam tempoh lima tahun Pak Lah hanya bersajak bersyair mahu mencari Imam Ghazali dan Imam Shafei yang tidak jumpa-jumpa itu apa yang beliau boleh lakukan dalam masa lima bulan. Apa Pak Lah ada lampu ajaib ke? - TPT 12/08

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama