Khamis, 16 Oktober 2008

Azmi Khalid

BERANIKAH AZMI PANGGIL NAJIB?

Assalamualaikum... Langkah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meminta penjelasan daripada pihak Malayan Banking Berhad (Maybank) berhubung pembelian saham dalam PT Bank Internasional Indonesia (BII), pembelian 12 unit helikopter dan mengenai projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dialu-alukan.

Langkah PAC itu dikira dapat memperjelaskan tuduhan dan dakwaan kononnya berlaku penyelewengan dalam kedua pembelian itu. Sudah pasti rakyat menanti dengan penuh minat untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Menurut Pengerusinya, Azmi Khalid beliau akan memanggil kedua-dua pihak untuk memberi penjelasan dan satu masa akan ditetapkan. Kita berharap masanya tidak terlalu lama sehingga isu mengenai pembelian itu basi dan menjadi sejuk.

Ketiga isu itu dibangkitkan dalam siang Parlimen Isnin lalu oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa perbahasan Bajet 2009 Anwar membangkitkan perkara itu di mana pada pandangannya meragukan dan seperti ada udang di sebalik batu.

Beliau persoalkan pembelian BII itu terlalu mahal dan harganya 4.2 kali ganda daripada harga sepatutnya. Pada tahun 2007 Daim Zainuddin menjual 11% sahamnya dalam BII kepada Tamasek Holding dan nilai BII ketika itu RM4.7 billion.

Pembelian BII itu disifatkan tidak bijaksana di samping hairan macam mana pembelian itu dilakukan juga sedangkan harganya mahal.

Begitu juga dengan pembelian 12 unit helikopter dakwanya dilakukan dalam keadaan meragukan dan tergesa-gesa. Kelulusan kepada syarikat untuk membeli helikopter itu dibuat tanpa penyiasatan rapi. LOI dikeluarkan sebelum penilaian terhadap helikeptor hendak dibeli dibuat dan itu menyelahi amalan biasa.

Ia diluluskan beberapa hari sebelum Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Najib Razak menyerahkan kementerian itu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu adegan proses peralihan kuasa.

Manakala dalam isu projek Jalur Lebar Berkelajuan (HSBB) pula, kelulusan projek itu kepada Telekom bernilai RM11.31 billlion dilakukan tanpa tander terbuka.

Sangat eloklah kalau PAC memanggil orang terlibat berhubung skandal berkenaan bagi menjelaskan keadaan sebenarnya. PAC adalah mata telinga rakyat untuk mengawal perbelanjaan wang negara.

Dalam hal ini sudah tentu yang perlu dipanggil ialah Mohd Najib. Apakah Azmi berani untuk memanggil bakal Presiden Umno itu? Penjelasan tanpa melibatkan mulut Najib tidak akan menyelesaikan masalah. Orang tidak akan berpuas hati kerana Najib dilihat terbabit secara langsung ataupun bertanggungjawab ke atas pembelian itu.

Jangan pula selepas ini Azmi akan berhelah seribu dalih macam-macam untuk tidak memanggil Najib membuat penjelasan. PAC perlu bukan saja perlu telus dan terbuka tetapi berani dalam kepentingan rakyat. Wang yang PAC jaga dan kawal itu bukan wang peribadi sesiapa tetapi wang rakyat.

Sekiranya PAC atau Azmi tidak memanggil Menteri Kewangan baru bagi menjelaskan isu berkenaan buruknya nanti ialah Najib sendiri. Orang akan beranggapan Najib ada kepentingan poket baju dan poket seluar di sebalik pembelian dan kelulusan projek berkenaan. - TPT 14/08

Label:

1 Ulasan:

Di 16 Oktober 2008 pada 2:48 PTG, Blogger Pok Nik Klate berkata...

Langkah PAC memanggil beberapa pihak berkaitan pembelian oleh kerajaan dan GLC amat dialu-alukan. Samada YB DS Azmi atau tidak itu adalah cerita yang kedua. Salah seorang JK PAC adalah YB Tan Seng Giaw dari DAP. Mengapa perlu dipersoalkan samada berani atau tak berani? YB Azmi tidak memegang apa2 jawatan dalam kerajaan. Apa yg nak ditakuti?? Sebab itulah PAC dianggotai oleh mereka yg tidak memegang jawatan dalam kerajaan dan disertai juga MP dari pembangkang.
Sebab itulah jangan cepat sangat kita hendak melatah dan menyediakan persepsi yang bukan2. Iulah gunanya PAC..kalau belum apa2lagi kita nak mempersoalkan kewibawaan PAC..susahlah jadinya.. Rasanya tuan juga perlu kpd anjakan pradigma..sepertimana disarankan oleh YB Salahuddin, Ketua Pemuda PAS. Ramai lagi penyokong/pendokong pembangkang yg mempunyai mentaliti membangkang dalam semua perkara.. walhal pembangkang sudah menguasai 5 negeri di Malaysia.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama