Jumaat, 24 Oktober 2008

Zulkifli Nordin

TARIKLAH ORANG BUKAN ISLAM DENGAN AKHLAK MULIA


Assalamualaikum... Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru yang terselamat daripada kehilangan kerusi, Zulkifli Nordin mencadangkan agar dibina masjid Cina yang berasaskan senibina Cina di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Tapak untuk pembinaan masjid itu ialah di bekas Penjara Pudu. Alasan tempat itu dipilih kerana ia dikelilingi masyarakat Cina. Dengan wujudnya masjid itu ia akan menjadi daya tarikan kepada masyarakat Cina termasuk korporat untuk mendekati Islam.


Saya setuju dengan nawaitu ahli Parlimen berkenaan bagi mengembangkan Islam serta memberi kefahaman betapa indah, cantik dan idealnya Islam kepada orang-orang Cina dan juga orang bangsa lain yang tidak beragama Islam. Setiap manusia di atas muka bumi ini adalah khilafah yang semestinya bertanggungjawab dan amanah atas rahsia (tanggungjawab) yang Allah berikan.


Tidak ada guna satu sen pun kalau kita hidup tetapi tidak berkerja ke arah menghidupkan api dan nur Islam.


Bagaimana pun saya kurang setuju dengan cadang agar masjid itu dibina dengan ciri dan reka bentuk Cina seperti mana masjid Cina di Surabaya seperti kata Zulkifli itu. Mengapa harus bina dengan ciri-ciri budaya Cina. Apa kena mengenai budaya Cina dengan Islam. Budaya adalah budaya dan bukan agama. Islam ada seni rekanya sendiri yang penuh dengan lambang dan pengertian-pengertian yang tersirat dan indah serta menimbulkan keinsafan dan ketakwaan.


Negara ini negara Melayu. Seharusnya masjid itu dibina bercirikan budaya Melayu. Khutbah ataupun aktiviti lain boleh dilakukan dalam bahasa Cina untuk memudahkan kefahaman. Itupun untuk sementara waktu saja, lama kelamaan semua orang Cina di negara ini mesti fasih, faham dan tidak telor kalau bercakap Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara ini.


Cadangan Zulkifli Nordin itu sama dengan cadangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan. Khabarnya sudah dibina sebuah masjid Cina di negeri itu. Batu bata dan reka bentuknya diimport dari Cina. Ini menghairankan saya, kenapa harus berciri dan berbudaaya Cina. Apakah kalau masjid itu tidak dibuat berlambangkan atau beridentiti kecinaan maka orang Cina tidak akan masuk ke masjid?


Cara itu semacam ada pemisahan budaya sesama penganut Islam dan sesama rakyat Malaysia. Islam Cina masuk ke dalam masjid Cina, Islam Melayu ke dalam masjid Melayu dan Islam India ke masjid India. Sepatutnya pemisahan dan pemikiran asobiyah ini tidak perlu timbul lagi dan gara-gara pemisahan inilah menyebabkan tidak wujud ukhwah yang hakiki di kalangan kaum muslimin.


Saya juga setuju dengan padangan Zulkifli bila ada masjid ia boleh menarik perhatian masyarakat Cina termasuk dari kalangan korprat kepada Islam. Itu satu cara. Apa yang penting di sini bagi saya bukan kemewahan masjid itu, tetapi akhlak umat Islam itu sendiri harus cantik, indah dan bertahmaninah. Fizikal masjid tidak banyak menyumbang ke arah itu, tetapi yang berkesan ialah akhlak mulia umat Islam itu.


Umat Islam harus tunjukkan suri teladan baik. Mereka perlu amanh, jujur, bercakap benar, berhemah dan bertolakansur sesuai dengan perintah Allah dalam firmanhNya yang antara lain bermaksud; "aku jadikan manusia untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain."


Saya tidak yakin kalaupun masjid indah, besar berciri dan berlatar belakang Cina ataupun budaya sesuatu kaum, sedangkan akhlak orang-orang Islan sendiri buruk, huduh, cemar, menjolok mata apa lagi diperingkat pemimpin ia boleh mempersonakan orang Cina untuk geram kepada Islam. Jadi yang lebih afdal dalam soal ini ialah perindahkan, keperibadian dan gaua hidup di kalangan pemimpin.


Bila orang Islam seluruhnya menunjukkan akhlak yang baik dan mulia nescaya orang lain akan terpesona dan akhirnya mereka terliur untuk bersama Islam bagi merasai kindahan dan kemaduannya. Ingat selain menggunakan kekuatan fizikal, Rasulullah s.a.w. juga menawan orang-orang kafir dengan akhlaknya yang indah dan mengkagumkan. - TPT 30/08]

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama