Abdullah dan Najib
SENAPANG DAN JELAPANGAssalamualaikum... Kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dia telah menyerahkan 'jelapang' kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak dan mengambil 'jelapang'. Maksud beliau senapang itu ialah Menteri Pertahanan dan jelapang itu Menteri Kewangan.
Umum tahu pertukaran kementerian itu atau 'senjata' dan 'jelapang' itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Orang tidak faham kenapa Abdullah tiba-tiba menyerahkan jelapang kepada Najib dan mengambil senapang. Sekali tengok ia adalah adil, seorang ambil senjata seorang dapat jepalang. Kedua 'senjata' itu sama-sama tajam dan mempunyai pengaruh dan kekuatan tersendiri dalam politik.
Dengan senapang Abdullah dikira akan membunuh Najib. Tetapi anihnya dengan menyerahkan jelapang itu ia akan menyihatkan Najib. Dalam jelapang semua ada, padi, belalang, ikan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Najib boleh makan dan sapu semuanya.
Dalam sekelip mata Najib boleh jadi gemuk dan menambahkan energinya untuk melawan dan menentang sesiapa sahaja dengan senjata itu. Jelapang itu juga menjadikan orang akan ralik untuk ikut belakang Najib.
Begitu juga dengan senapang, ia boleh diacuhkan kepada sesiapa saja. Boleh ugut dan mengerunkan orang. Hatta kalau perlu boleh membunuh!
Kerana yang dirasakan berkuasa dalam melakukan itu Abdullah maka orang melihat Abdullah seperti ada strateginya dengan petukaran itu. Orang kira beliau akan lakukan sesuatu kepada Najib. Tentu ada muslihatnya tiba-tiba beliau sanggup menyerahkan jelapang kepada timbalannya itu.
Begitulah perkiraan umum. Namun hakikinya kini jadi sebaliknya. Najib nampaknya yang mengambil kesempatan dengan jelapang itu. Dalam masa beberapa hari sahaja beliau telah meluluskan projek yang bernilai berbillion ringgit. Antaranya meluluskan projek Broadband. Nampaknya Najib menggunakan jelapang itu sewajarnya.
Sedangkan Abdullah masih terkial-kisal dengan senapang yang diambil oleh Najib itu. Abdullah seperti tidak tahu menggunakannnya. Apakah semasa mengambil dulu Najib tidak mengajar Abdullah bagaimana nak menggunakannnya, tidak seperti mana Abdullah yang menyerahkan semua kunci khazanah kewangan kepada Najib?
Najib semakin hari semakin gemuk dan mempunyai kuasa lebih sehinggakan tubuhnya kini sudah tidak lut oleh peluru senapang Abdullah lagi.
Seperti ada kebenaran dalam hal ini. Kalau begitulah gaya pertukaran 'senjata' itu nampaknya ia sudah silap besar. Abdullah yang mengira dia akan selamat rupa-rupa tidak selamat. Mungkin kerana orang tahu beliau tidak tahu menggunakan senjata itu jugalah menyebabkan Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamad terus menghentam kiri kanan belakang depan.
Jadilah pertukaran kementerian itu satu strategi yang tidak menjadi dan membunuh diri sendiri. Rupa-rupanya Abdullah mahukan senapang itu kerana ingin mati cepat. Astaghar! - TPT 19/08.Label: PELIK
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama