Hishamuddin Hussein
HISHAMUDDIN BUAT EXERCISE MULUTAssalamualaikum... Calon Naib Presiden Umno yang mendapat pencalonan tertinggi Datuk Seri Hishamuddin Hussein tidak mahu dimasa akan datang ada lagi orang mempertikaikan apa yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan seperti hak keistimewaan Melayu, kedaulatan agama Islam dan bahasa Melayu. Semua pihak katanya kena hormat.
Menurutnya kita sudah tidak ada masa untuk cauvinisme dan populariti dan Malaysia perlu terus mengorak langkah maju meredah cabaran demostik dan global. Difahami bagi Hishamuddin mereka yang menimbulkan isu itu untuk mencari popolariti.
Berani dan tegas bunyinya kenyataan Ketua Pemuda Umno itu. Betulkah beliau berani dan tegas dengan pendiriannya? Ataupun kenyataan itu tidak lebih daripada tumpang semangkuk menyokong titah Raja-Raja Melayu untuk dijadikan bahan kempen pemilihan Umno.
Apapun saya hormat kalau Hihsmuddin betul-betul tegas dan berani dan senantiasa peka dalam menjaga hak-hak kepentingan Melayu, kedudukan Raja-Raja dan sebagainya. Sebagai pejuang Melayu dan cucu kepada Onn Jaafar itulah seharusnya ada kepada Hishamuddin.
Namun begitu ketegasan dan keberanian anak Perdana Menteri ke - 4 itu juga boleh diragui. Sebelum ini beliaulah yang menjulang keris "Panca Delima" dalam persidangan Pemuda Umno. Bukan main lagi menghunus keris menjulang ke langit bagaikan ditolak tidak rebah dan ditiup tidak berganjak.
Pemuda Umno pun turut sama melaung seruan keramat Hidup Umno... Hidup Melayu. Semua orang fikir pemuda Umno akan menyingsing baju dan seluar dalam mempertahankan hak-hak Melayu. Dan menjadi kumpulan terpancak langkah keris pun sampai!
Orang fikir Pemuda Umno kalaupun tidak sampai ada yang mati syahid kerana mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara tetapi akan adalah yang bengkak kepala ataupun ditahan polis. Itu yang orang fikir.
Malangnya anggapan itu silap. Bukan saja setakat tidak bengkak kepala, jauh lagi ditahan polis atau disembur dengan water cannon, baru diherdik oleh Pemuda MCA dan Gerakan, pemuda Umno sudah menggeletar dan kecut perut sampai usu besar mengelulung. Suara makin lirih dan lemah. Akhir sekali.. ini memalukan Hishamuddin terpaksa memohon maaf kepada orang Cina atas perbuatannya itu.
Sata tidak tahu apakah Hishamuddin ada telor atau tidak? Kalau beliau ada telor beliau tidak akan memohon maaf begitu sekali kerana apa yang beliau buat itu adalah haknya! Apakah kerana menjulung keris yang menjadi lambang kepahlawanan Melayu tidak boleh? Kalau itupun tidak boleh bagaimana Hishamuddin menyeru supaya orang Melayu bergerak lebih maju untuk menghadapi cabaran demostik dan global.
Cabaran global bukan saja setakat kecaman menerusi kata-kata, adakalanya kita terpaksa berhadapan dengan senjata lebih casnggih dan kutuk lebih teruk lagi.
Kerana itulah apabila Hishamuddin menyeru agar orang Melayu jadi berani dan meminta agar orang lain tidak mempertikaikan hak Melayu seruan itu meragukan. Bagi saya rasa seruan itu tidak lebih daripada untuk membuat exercice mulut agar tidak kejang dan bisu sahaja. - TPT 16/08
Label: CUIT
1 Ulasan:
hahaha...dia dah mula buka mulut dah..bkn org xtau slama ni smua apa yg dia ckp "kurang cerdik"
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama