Abdullah Badawi
MARAH PAK LAH SUDAH TERLAMBATAssalamualaikum... Marah betul Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Kalau tak salah saya sebelum ini Pak Lah pernah menyifatkan kerja Mahathir menganggui kerajaannya sebagai kerja syaitan yang tidak senang tengok orang lain aman dan asyik menghasut saja.
Itulah marah Pak Lah paling kuat pada Mahathir walaupun Mahathir buat dan lakukan macam-macam untuk memperlecehakannya tetapi Pak Lah dapat bersabar dan tahan marahnya.
Semalam khabrnya Pak Lah membidas Mahathir dengan keras. Barangkali sabarnya sudah hilang. Beliau minta Mahathir senyap dan jangan bercakap kerana Mahathir bukan lagi ahli Umno. Pak Lah kata untuk apa Mahathir menyibuk sebab dia bukan ahli Umno lagi. Sikap dan perangai Mahathir dua kali lima saja dengan ahli Parlimen Bebas di Kelantan.
Iya tak iya juga... kenapa Mahathir susah payah nak menyibuk nak jadi Pengarah Pemilihan Umno menentukan orang itu masuk dan orang ini keluar. Macam tak genap saja. Sudah 22 tahun jadi Presiden dan Perdana Menteri masih terus nak menyibuk. Patut duduk diamlah tak usah campur lagi.
Begitu juga ahli Parlimen Bebas itu sudah dilempar oleh Umno namun masih bercakap siang malam membela Umno lebih hebat daripada ahli Umno sendiri!
Kedudukan anaknya Mukhriz kini sudah selamat, sudah dapat lebih 40 pencalonan. Apa nak dibimbangkan lagi. Kalau ikut pencalonan Mukhriz sudah menang. Barangkali Mahathir tidak percaya sebab beliau ada pengalaman. Masa lawan Tengku Razaleigh Hamzah tahun 1987 dulu beliau mendapat pencalonan banyak tetapi orang tak undi, beliau menang dengan 43 undi saja. Itpun ada yang kata menang tipu. Apa yang berlaku itulah yang ditakuti Mahathir. Orang jahat memang tidak boleh duduk diam dia kerana dia merasakan ada bayang-bayang yang mengejarnya.Mahathir kena kerja kuat kerana kalau Mukhriz kalah dia juga akan malu. Sebab selain Ansara bekas pelajar MRSM yang membantu Mukhriz, Mahathir laki bini juga sibuk berkempen untuk anaknya. Guna segala kemudahan termasuk wang ringgit untuk menjamin kemenangan anak bongsu jantannya itu.
Bersama marahkan Mahathir, Pak Lah juga turut marahkan Muhyiddin Yassin. Beliau menyindir Muhyiddin macam tidak sabar nak jadi timbalan presiden Umno. Nada Pak Lah itu nampak sekali kekesalannya kepada Muhyiddin. Secara terus terang beliau menyebut tindakan mempercepatkan pelan peralihan kuasa ialah kerja Muhyiddin.
Pak Lah rasakan Muhyiddin dan Mahathir tidak sikitpun menilaikan pengorbanannya untuk berundur cepat dan mengelak pertandingan kerana takut Umno berpecah. Inilah yang Pak Lah seperti terkilan benar.
Wajar kalau Pak Lah terasa hati dengan Muhyiddin sebab Muhyiddin telah mengkhianatinya. Semacam seperti nak balas dendam saja Muhyiddin kepada Pak Lah. Jelas dari mula hingga kini Muhyiddinlah orang yang memain peranan menjatuhkan Pak Lah.
Muhyiddin perlu beringat sikit jangan merasa sedap dengan pencalonan yang diperolehinya. Segala-gala boleh berlaku dalam politik. Matahthir bukanlah Sang Bentara Senu yang boleh memberi nyawa. Peralihan sokongan boleh berlaku sekelip mata saja. Pak Lah masih PM apa kata kalau beliau bertindak melakukan sesuatu dengan kuasanya? Atau kalau Pak Lah juga jadi tidak siuman bergabung dengan pembangkang, apa nak kata? Kan terngangga Muhyiddin, Najib dan Mahathir!
Dalam politik jangan rasa pelik segala-gala boleh berlaku termasuk yang kita rasakan tidak tersaul dek akal. - TPT 18/08
Label: WASPADA
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama