Husam Musa
APA SUDAH JADI DENGAN DEPU, KAMBING, DINAR DAN...Assalamualaikum... Apa khabar Datuk Husam Musa kenapa diam membisu sekarang? Bila sudah lama tidak mendengar kenyataan beliau yang canggih atau mendahului masa.. rindu pula jadinya. Husam biasanya akan tampil dengan kenyataan politik yang pelik ataupun pandangan yang sofisikated dan diluar bingkai pemikiran orang-orang Pas.
Beliau juga sering 'berselehen' pandangan politik dengan pemimpin Pas lain, termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ingat, bagaimana Husam antara orang berkeras menentang muqabalah antara Pas dengan Umno. Beliaulah yang dikatakan menjadi tunjang kepada pihak yang menentang muqabalah berkenaan. Sampai beliau memberi amaran sesiapa yang berunding dengan Umno akan dipecat!
Keras bunyinya kenyataan itu dan seolah-olah beliau sudah jadi Presiden Pas. Abdul Hadi Awang tidak berani untuk memecat orang walaupun ternyata sesetengah orang sudah melanggar peraturan ataupun displin parti serta kerap membelakangnya.
Dalam masa sama Husam juga juara yang menjual kononnya kerajaan BN akan dapat ditumbangkan pada 16 September lalu. Bermati-matian Exco itu membantu Anwar dan juga menjalankan kempen saraf bagi tujuan itu. Tiba-tiba saja Husam yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang tidak mudah mempercayai berita-berita separuh masak tiba-tiba jadi seperti 'nga'.
Khabarnya beberapa ahli parlimen Umno yang agak terbuka dan dikenali rapat dengannya didekatinya dan dibasuh sesungguh-sungguhnya agar berpalingh tadah dan menyokong rancangan pengambilalihan kuasa tersebut.
Ada setengahnya yang dijanji dengan jawatan menteri yang tidak tersaul dek akal. Apakah Pas pun turut mengamalkan politik Machiavellisme juga ke?
Tengku Razaleigh Hamzah juga turut sama didekati dan cuba dipengaruhi agar bersama Pakatan Rakyat. Entah apa yang Husam tawarkan tidak diketahui. Yang pastinya takkan jawatan Perdana Menteri kerana jawatan itu sudah ada yang empunya. Lainlah kalau Tengku Razaleigh rela untuk merendahkan diri menjadi pengikut Pakatan Rakyat.... atau pun sekali lagi menjadi gurkha! Tak salah rasanya kalau Razaleigh jadi gurkha kali kedua?
Beliau juga nampak yakin benar dengan tarikh berkenaan. Tok Guru Nik Aziz juga seperti terpengaruh dengan kepercayaan Husam sampai 'bertonyoh mulut' dengan Abdul Hadi Awang. Kadang-kadang bimbang juga kita dengan 'keselamatan' politik Tok Guru Nik Aziz kerana terlalu sangat terikut dan percaya dengan teori ataupun jampi serampah Husam.
Hari ini setelah 16 September berlalu lebih sebulan Husam diam membisu. Tidak ada kendengaran lagi kenyataan-kenyataan yang menghiburkan dari Husam. Apakah beliau juga sudah mulai jemu? Kalau orang tahu perangai Husam tidak akan merasa ganjil kerana beliau selalunya berkerja di sekerat jalan saja. Bila sesutau itu sudah ada masalah dia akan rembah tengah jalan.
Ada beberapa projek yang diperkanalkannya semasa dekat pilihan raya lalu seperti pohon depu, kambing, skim kifilah, pusat hemodialisis, rangkaian tv internet, dinar dan sebagainya semuanya kini sudah sunyi. Apa cerita dengan pohon depu sudah tinggikah? Macam mana dengan kambing sudah berapa ekor anak? Atau macam mana dengan dinar Kelantan sudah berapa juta dicetak? Dan macam mana dengan projek tv internet sudah ada berapa saluran?
Kepada Husam kalau hanya setakat berjaya atas kertas saja usahlah bercakap kerana rakyat bukan nak makan angka dan seronok dengan nama-nama projek saja tetapi rakyat mahukan hasilnya secara realiti. Demikian juga dengan peralihan Kerajaan yang dijanjikan itu orang Pas sedang menunggu kini apa sudah jadi.
Apakah selepas gagal muqabalah, pembentukan Kerajaan baru juga akan gagal? Kalau begitu Pas mengalami kerugian dua kali dalam satu masa. Kalau begini di manakah kebijaksanaan Husam yang diuar-uarkan itu? - TPT 17/10/08.
2 Ulasan:
Jolo blako la tu..........
Abih pakat kena kecek ko dio,pah ko tokguru buleh 'nyor'...
pade-pde la BLAWOK...
Tulisan demo ini mengingatkan saya pada tulisan MSO (Tinta Merah) barang sepurnama dua dulu berkisah tentang YB HUsam menepis tangan Allahyarham Pok Su Cherang Hangus. Khabarnya Pok Su Pi ada mencadangkan kpd YB Nik Aziz supaya YB Nik Amar dilantik sebagai pengganti MB. Jadi dengar ceritonya maroh sungguh YB Bro Husam kito sampai tok sir bersalam dgn Pok Su Pi. Jadi kalau dalam satu jamaah pun Husam boleh perlakukan demikian.. apatah lagi ore2 lain.
YB Husam memanglah menjadi hulubalang kpd Anwar Ibrahim mencetak dan menjilid idea penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat. Husam sudah jauh meninggalkan hulubalang Anwar yg lain spt Azmin Ali. Husam juga berurusan bisness dgn beberapa tokoh UMNO..Ini fakta yg diketahui umum tetapi ambo tidak berapo pasti Nik Azizi MB tahu atau tidak.. merelakan atau tidak..memberi restu(pandai2 mu lah Husam) atau tidak..
Namun hakikat dari perbuatan Husam ini agak memecahkan PAS..Bertengkar dilangit terbuka. Turut sama di libatkan Husam adalah Menteri Besar, Pok Nik Aziz. Memang diketahui umum Husam merupakan penggerak utama dalam bab pinang meminang MP BN untuk cross over ke PR.. Tapi setakat yg ambo tahu YB Datuk Him Pasir Mas merupakan satu halangan yg besar dalam usaha Husam ini.. Diberitakan YB Him ini pernah ditentang jugak oleh Husam utk dicalonkan di P. Mas..dan difahamkan Husam pada masa tersebut beria2 benar mahu membawa seorang lagi "pemain impot" utk bertanding di P.Mas. Entah mcamana rezeki YB Datuk Himm.. dia terpilih. Jadi tidak hairanlah Husam membisu seribu bahasa lo ni.. sebabnya jangan terkejut kalau selepas ini Husam akan menjadi penentang No 1 Anwar Ibrahim bersebab beberapa masalah.. Tunggu dan Lihat. Diberitakan kegagalan pertemuan UMNO-PAS adalah disebabkan YB Husam tidak diamanahkan mengepalai rombongan pinang meminang..memandagkan YB Nasharudin yg diberi kepercayaan, maka Husam telah melenting dan berikrar utk menggagalkan usaha tersebut..sebab itulah Husam membri kata dua utk memecat sesiapa saja yg terlibat dgn perbincangan dgn UMNO..HATTA PRESIDEN PAS sendiri..
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama