Nizar Mohd Najib
NIZAR AKAN JADI PERDANA MENTERI 40-50 TAHUN LAGIAssalamualaikum... Dicelah-celah kehangatan pemuda Umno bersidang untuk memilih pemimpin, terpancul seorang anak muda bertubuh sasa dan berkulit cerah susu. Namanya ialah Nizar bin Mohd Najib. Umurnya 30 tahun. Lelaki ini adalah anak Timbalan Presiden Umno yang bakal menjadi Presiden dan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak. Nizar merupakan anak Najib bersama Tengku Puteri Zainah (Ku Yie) berasal dari Kelantan.
Kemunculan Nizar dikesan pada mesyuarat Pemuda Titiwangsa minggu lalu. Beliau menjadi ketua Pemuda Umno di salah satu cawangan di bahagian tersebut. Dalam intraksi atau pendedahan pertama Nizar dengan media, beliau memberi tahu minatnya dalam politik dan mahu bermula dari bawah. Dia sudah berbincang dengan ayah dan ibunya tentang hasratnya itu. Mereka tidak menghalang. Beliau juga minta agar mendoakan agar beliau berjaya.
Jika dilihat kepada trend dalam parti orang Melayu itu tidak mustahil Nizar akan berjaya dan menjadi popular dalam sekelip mata. Hari ini di dalam Umno, sesiapa dari akar umbi bangsawan, bukan akar umbi petani, pengayuh beca, tukang rumah, tukang jahit ataupun buruh kasar mudah naik. Aura dan tuah bapanya akan membawa seseorang itu untuk laju menuju ke atas.
Bapa Nizar ialah bakal Perdana Menteri. Ibu tirinya Rosmah Mansor bakal menjadi Wanita Pertama. Sudah pasti beliau akan dikerumuni dan dipuja seperti mana berlaku ke atas ayahnya. Ayahnya dilingkungi dan dipuja oleh ahli-ahli Umno kasta bawahan yang terlalu menghormati dan kagum kepada golongan bangsawan terdiri dari petani, peneroka, nelayan dan buruh kasar.
Ayahnya juga bekas anak Perdana Menteri. Kedudukan dan takdir itu telah membantu Najib untuk naik ke atas secepat kilat dan meninggalkan anak-anak petani dan peneroka atau tukang rumah yang jauh lebih cerdik dan pintar daripadanya.
Begitu juga dengan Mukhriz Mahathir kerana beliau anak bekas PM beliau disokong macam orang gila. Tengoklah pencalonannya. Mohamad Khir Toyo anak petani jauh ketinggalan di belakang sedangkan Khir lebih dulu menunjukkan bakat dan kepimpinanya sebagai MB Selangor. Semua yang calonnya ialah anak-anak petani, tukang beca, tukang rumah, tukang jahit, nelayan dan penternak kambing.
Golongan marhaen ini mudah terliur dan percaya kepada anak-anak bangsawan akan menjadi pemimpin berbakat dan akan membantu dan membela mereka. Kaum marhaen akan jadi kecut perut bila berdepan dengan anak-anak bangsawan, macam tikus takutkan kucing. Phobia ini masih menebal dalam jiwa ahli-ahli Umno meskipun dunia sudah banyak berubah.
Jadi jangan hairan kalau suatu hari nanti Nizar juga akan mengikuti jejak Mukhriz atau jejak ayahnya atau jejak bapa sepupunya Hishamuddin Hussein.
Terlalu awal untuk meramalkan masa depan Nizar. Tetapi kalau trend dalam Umno kini tidak berubah untuk setengah abad nanti mungkin beliau akan menjadi perdana menteri ke 9 atau ke 10 sebagai mengganti Hishumudin yang akan mengambil tempat Najib dan Mukhriz akan menggantikan tempat Hishamuddin 40 atau 50 tahun nanti. Kalau Nizar menjadi PM ini bermakna negara Malaysia ini diperintah oleh tiga keluarga saja; keluarga Razak, keluarga Hussein dan keluarga Mahathir.
Selamat berpolitik diucapkan Nizar dan syabas kepada Ku Yie kerana anakandanya dah mula melangkah ke gelanggang politik. Mudah-mudahan setelah berjaya nanti beliau akan membela ibunya yang sebelum ini dicemuh dan difitnah serta diaibkan kerana kegelojohan nafsu manusia.
- TPT 20/08
Label: HARAPAN
1 Ulasan:
kita takleh salahkan diorang anak2 PM ni. bukan diorang mintak pun jadi anak2 PM, tu dah takdir. tak adil bagi mereka.
yang salah ialah kita yang menaikkan diorang jadi pemimpin. kalau tak suka ada dinasti, jangan undi diorang. simple as that...
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama