Abdullah Badawi
KABINET AKAN DIROMBAK BAGI MENGUKUHKAN PAK LAHAssalamualaikum... Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan Kabinet akan dirombak dalam masa terdekat, begitulah katanya dari luar negera. Sebab utama untuk beliau merombak Kabinet ialah kerana telah berlaku perubahan dalam kepimpinan dalam MCA. Tiga orang tokoh yang menjawat jawatan menteri dan dua timbalan menteri telah kalah dalam pertandingan merebut pucuk pimpinan parti berkenaan minggu lepas.
Kalau mengikut lazimnya, kekalahan mereka dalam pemilihan parti akan memberi kesan kepada kedudukan mereka dalam Kabinet atau jawatan-jawatan politik. MCA sudah tentu akan menyenaraikan nama-nama lain sebagai mengganti mereka yang tewas itu. Mereka tewas akan disifatkan mereka tidak disukai oleh parti. Kalau sudah tidak disukai parti macam mana mereka harus berada di jawatan itu?
Tiga pemimpin MCA yang tewas, Ong Ka Chuan yang menjadi Menteri Kerajaan Tempatan. Beliau tewas untuk merebut jawatan timbalan presiden. Chor Chee Heng, Timbalan Menteri Dalam Negeri, beliau bertanding jawatan Naib Presiden MCA, tewas. Manakala seorang lagi Tan Boon Soon, Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang kalah merebut Jawatan Kerja Pusat MCA.
Ini bermakna tiga kerusi akan disi dengan muka baru tentunya dari kalangan mereka yang baru terpilih dalam pemilihan MCA baru-baru ini.
Rombakan atau tepatnya pengisian muka baru dalam Kabinet itu perkara biasa. Apabila seseorang yang sudah kalah atau tidak mendapat kepercayaan partinya mereka akan diminta berundur atau berundur dengan sendiri kalau mereka ada maruah!
Bagaimanapun dalam situasi hari ini rombakan Kabinet itu cukup membimbangkan juga orang-orang tertentu yang lain dari MCA. Manalah tahu kalau tiba-tiba Abdullah jadi 'tidak berapa siuman' beliau juga akan turut membuat pertukaran portfolio terhadap mana-mana Menteri atau Timbalan Menteri yang tidak perform. Kata orang sambil susun Kabinet di kalangan MCA ambil kesempatan perkemaskan Kabinet di kalangan Umno juga.
Satu kerusi untuk Umno juga telah kosong apabila Zaid Ibrahim melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kekosongan Zahid itu perlu diisi segera ini kerana Abdullah beriya untuk melakukan reform kepada sistem kehakiman. Projek reform itu memerlukan tenaga dan menteri yang mencukupi. Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Nazri Aziz mungkin tidak mencukupi dan larat untuk melakukan kerja-kerja reform itu.
Jadi ada kemungkinan rombakan yang disebut Abdullah itu akan berjangkit kepada Umno juga. Kalau setakat mengisi kekosongan tidak mengapa tetapi yang dibimbangi takut ada yang ditendang dan diganti dengan muka baru. Menteri yang tidak bekerja atau pun asyik dengan kerja lain termasuk menyediakan pelan untuk menjatuhkan Abdullah elok rasanya kalau turut sama ditukar porfolio ataupun digugurkan dari Kabinet. Masakan Abdullah akan memandang begitu saja terhadap orang yang ingin membakarnya!
Sama-sama kita tunggu apakah rombakan Kabinet nanti akan membabitkan apa yang disebutkan ini. Atau pun Abdullah tidak melakukan apa-apa dan tetap menyerahkan nasibnya kepada takdir Allah s.w.t. seperti mana yang lepas-lepas. - TPT 24/08
Label: HASUT
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama