Rabu, 22 Oktober 2008

Nik Abdul Aziz Nik Mat

BILA LAGI KELANTAN NAK DAPAT MB BARU

Assalamualaikum... Untuk kesekian kalinya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukan ke hospital (untuk berihat sehari dua) kerana tidak berapa sihat. Kali ini MB itu sakit lutut pula. Katanya buah gomok (tempurung lutut)nya sakit. Beliau tidak boleh berjalan laju kerana sengal dan bergetar! Katanya saraf lututnya itu sakit akibat masa muda dulu beliau terjatuh dari atas kuda. Macam Datuk Seri Anwar Ibrahim jugalah saraf belakangnya rosak kerana pernah terjatuh kuda.

Akibat itu Nik Aziz tidak dapat menghadiri perasmian sidang DUN Kelantan yang dilakukan Sultan Kelantan, Isnin lalu. Bagaimana pun sehingga semalam beliau mengaku sudah sihat dan akan segera ke sidang Dewan. Semangat Nik Aziz begitu kuat dan kecintaan kepada kerjanya sangatlah tinggi.

Beliau jarang... malahan tidak mengambil cuti seperti mana MB lain untuk bersiar atau melancung ke luar negara. Paling-paling beliau ambil cuti kerana ingin mengerjakan umrah saja. Manakala 'cuti' sakitnya apabila dimasukkan ke hospital!

Umur Nik Aziz sudah 77 tahun. Sudah jadi MB selama 18 tahun. Dan dah mempunyai cucu seramai 50 orang. Menurut satu laporan dari blog minggu lepas beliau memperolehi cucu ke 50 seorang perempuan.

Sekali fikir bila mengenangkan beliau kerap berulang alik ke hospital kesian juga. Sebenarnya beliau memerlukan masa rihat yang banyak. Kurang berjalan dan kalau boleh kurangkan juga bercakap. Beliau sendiri kena sedar dan insaf usianya menghalang beliau untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti 30 atau pun 40 tahun dulu.

Dalam hal ini sukalah dicadangkan (kalau beliau setuju) berundurlah sebagai MB. Berihatlah di rumah. Sesekali kalau nak bersyarah dan menyampai pandangan politik berlandaskan syariah Islamyiah beliau boleh tampil di mana-mana pentas. Tetapi rasanya untuk terus menjadi CEO sebuah negeri dalam keadaan sering keuzuran itu sudah tidak sesuai lagi dan sedikit sebanyak boleh menjejaskan pembangunan negeri.

Janganlah kerana kita dipuja, dianggap sebagai MB terbaik, atau apa-apa ter.... lagi maka kita menjadi syok sendiri. Merasakan orang lain tidak berkemampuan dan dapat membawa kejayaan seperti kita. Perasaan mazmumah begitu adalah salah. Percayalah kalau perjuangan Pas itu senantiasa suci dan bersih ia tidak akan berkubur. Ia akan tetap dibantu malaikat dilangit dan dibumi.

Dulu pun orang mengatakan Pas akan berkubur bila Datuk Asri Muda sudah tidak ada. Tetapi tengok, bila Asri berundur Pas jadi lebih kuat daripada zamanya. Mungkin juga selepas Tuan Guru ini berundur Pas akan jadi lebih progresif dan kuat lagi.

Di belakang Tok Guru banyak orang yang sudah terlatih untuk menjadi MB. Bakat mereka tidak boleh diragui selagi mereka tidak diserahkan jawatan itu. Macam Nik Aziz dululah, orang kira beliau akan jadi MB tiga bulan sahaja, tetapi tahu-tahu sudah hampir 20 tahun. Bakat dan kebolehan orang akan hadir apabila dia diberikan tanggungjawab. Macam paranglah akan menjadi semakin tajam kalau ia sering digunakan!

Apakah tokoh baru seperti Husam Musa (orang baju petak-petak merah - pinjaman istilah Sayuti) , Ahmad Yaacob atau Takiyuddin Hassan tidak mampu dan layak untuk memikul tugas sebagai MB. Kalau Husam seorang tidak larat kerana perangainya macam tenggiling mampus itu, maka pakat dokong dan bantulah dia ramai-ramai. Begitu juga kalau Ahmad Yaacob lemah macam tapai tak masak itu, pakat tapulah ramai-ramai. Dan begitu juga kalau Takiyuddin tidak cukup kekuatan kerana beliau lahir di Kedah maka pakat sokong dan berikan semangat kepadanya.

Ingatlah tidak ada seorang manusia pun didunia ini akan dapat melakukan kerja besar secara berseorangan. Dan semua kerja harus dilakukan dengan batuan atau melibatkan orang lain. Hanya satu kerja saja yang boleh dilakukan seorang diri iaitu berkhayal.

Sebenarnya ramai di Kelantan yang mahukan MB Kelantan ditukar kepada muka baru, tetapi semuanya tidak berani bersuara kerana terlalu hormat kepada Nik Aziz. Tak berani bersuara lerana bimbang dikatakan biadab atau derhaka. Apa yang rakyat Kelantan nak rasa dan nak tengok kini apakah pendekatan, pembaharuan dan islah yang bakal dilakukan oleh MB baru. Bila lama sangat makan durian sikit sebanyak rasa cemuh juga.

Harapnya mesej ini dibaca oleh Tuan Guru yang dimuliakan itu. - TPT 23/08

Label:

1 Ulasan:

Di 22 Oktober 2008 pada 1:33 PTG, Blogger Pok Nik Klate berkata...

Salam..kias berkias kait berkait.. Berani juga demo menulis sambil "menyeru" supaya Pok Nik Aziz, MB Kelantan mengundurkan diri. Demo ni kalaupun penyokong atau ahli PAS..maka pok nik tabik spring pasal keberanian demo tu merupakan satu perkara ajaib dalam PAS..Rasa pok nik ore serupo demo ni mungkin tak sampai 10 ore pun dalam PAS buat masa lloni.

MB kelantan tu pok nik rasa macam jawatan ekslusif utk Pok Nik Aziz kito..kalau MB nak berenti lamo doh dio akan berbuat demikian. Umpamanya semasa beliau diuji oleh Allah swt menghadapi serangan jantung beberapa tahun yg lepas.. Bermaknanya kalau diserang penyakit jantung dan memakai bateri pon dia tidak menunjukkan tanda2 akan berhenti maka apatah lagi dengan sakit "buah gomok" akibat jatuh kuda..
Jadi apa agak2nya dalam pemikiran Pok Nik Aziz yg membuatkan beliau tidak akan melepaskan jawatan MB? Kalau setakat tiada pengganti yg layak selayak beliau..rasanyo Pok Nik Aziz silap. Mungkin Husam tidak sealim Nik Aziz tetapi dalam hal pentadbiran dan ekonomi Husam rasanya lebih terrer lagi.. Tengoklah dgn siapa "business partners" Husam? Begitu jugak Takiyuddin..Bagaimana dgn Nik Amar? Kata Sayuti(MERAH TINTA).. Husam tok sir bersalam dgn Arwah Pok Su Pi Cherangus sebab Arwah Pok Su ada cadang nama Nik Amar sebagai pengganti..
Walaubagaimanapun pok nik tabik spring sekali lagi pasal demo cukup2 berani buat olahan agar MB, Datuk Nik Aziz berundur dari jawatan Menteri Besar..

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama