Khamis, 23 Oktober 2008

Muhyiddin Yassin

MENGAPA MUHYIDDIN RESAH GELISAH

Assalamualaikum.... Mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak seperti orang kepanasan saja? Kenapa beliau beriya-iya meminta supaya tempoh kempen pemilihan Umno dipendekkan. Apa yang beliau maksudkan ialah agar perhimpunan agung diadakan pada Disember dan bukan Mac depan.

Kenapa? Adakah beliau sudah merasai sesuatu akan berlaku ke atas dirinya jika perhimpunan agung diadakan empat bulan lagi. Beliau seorang yang nampaknya resah gelisah dan tidak senang dengan kelambatan perhimpunan itu. Tentulah ada sebab-sebabnya.

Muhyiddin sebenarnya tidak perlu takut kepada perhimpunan itu. Beliau seharusnya boleh rileks dengan kedudukannya kini yang sudah layak bertanding jawatan Timbalan Presiden mengiringi Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sudah layak bertanding jawatan presiden. Orang pun kini sudah mula sebut mengenai bayangan Kerajaan 2MM - Mohd Najib - Muhyiddin.

Patutnya Muhyiddin tidak tergesa-gesa. Dua lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib masih ketinggalan jauh di belakang? Mereka terkial-kial untuk mengenapkan pencalonan. Sepatutnya Muhyiddin tidak jadi segelisah begitu.

Seperti dikatakan tadi apakah Muhyiddin merasai sesuatu yang bakal menimpanya? Apakah beliau saudah mendapat maklumat secara ilusi bahawa akan berlaku sesuatu yang tidak baik kepada dirinya. Bahawa pencalonan yang rancak diterima kini tidak menjamin kemenangan mutlak. Begitukah?

Kalau Muhyiddin merasakan begitu jangan hendak salahkan sesiapa. Beliau harus salahkan dirinya sendiri. Muhyiddin juga patut tilik dan renung apa yang beliau sudah lakukan dan menghayati apa yang orng lain deritai kerana perbuatannya. Perkembangan dan senerio yang berlaku dalam Umno kini, pelan peralihan kuasa yang patut berlangsung tahun 2010 adalah gara-gara beliau. Beliau yang mencipta dan menjadi juara memperjuangkan pelan berkenaan. Patut beliau bergembira ria...

Kenapa pula setelah pelan berkenaan mendapat sambutan ramai beliau harus merasai sesuatu yang meresahkan jiwa? Tergesa-gesa mahukan kempen dipendekkan dan perhimpunan yang sudah disetujui pada Mac itu diadakan pada Disember pulak?
Sepatutnya beliau berbangga dengan apa yang berlaku kini. Apakah beliau mahu pendekkan tempoh itu kerana bimbang momentum ataupun mood hari ini yang berpihak kepadanya akan mengendur dan akhirnya beliau hanya mengigit jari? Perubahan selera ini boleh berlaku bila-bila masa saja.

Mungkin Muhyiddin faham mesej yang dihantar oleh Abdullah baru-baru ini yang menyebut namanya sebagai orang yang bertanggungjawab dengan pelan peralihan kuasa itu. Kalau Muhyiddin yakin kepada dirinya, kepada kebolehannya dan pandangannya, beliau tidak harus takut.
Biarlah tempoh itu sepanjang manapun kalau kita mempunyai daya kepimpinan, keperbadian bersih, berwawasan dan ikhlas dengan apa yang kita buat, kita tetap akan berada di pihak yang menang. Tetap akan dipilih perwakilan... tidak payah gopah gapah macam orang rumahnya hendak hangus..

Lainlah kalau Muhyiddin mempunyai niat yang tidak baik di sebalik perancangannya itu, maka wajarlah kalau beliau merasa cemas dan takut dihukum oleh ahli-ahli Umno. Kata orang tua-tua sesiapa yang makan lada dialah yang akan merasa pedas, dan sesiapa yang bermain buluh dialah yang akan terkena miangnya! - TPT 25/08

Label:

1 Ulasan:

Di 24 Oktober 2008 pada 2:45 PG, Blogger . berkata...

saya setuju dengan ulasan saudara. saya bimbang sekiranya muhyiddin terlalu banyak membuat kenyataan yang boleh ditafsirkan sbg mendesak, ahli2 umno akan berasa kurang senang. sebagai saf kepimpinan, jadilah anggota pasukan yang baik.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama