Sabtu, 25 Oktober 2008

Lajim Ukin

LAJIM UKIN ACAH ACAH SAJA

Assalamualaikum... Kata Datuk Lajim Ukin beliau akan meletak jawatan sebagai Timbalan Meteri Pengangkutan sekiranya dia kalah sebagai Ketua Bahagian. Katanya tidak wajar beliau jadi timbalan menteri tanpa memegang jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Beliau akan berjumpa Perdana Menteri dan akan menyerahkan surat perletakan jawatan seandainya tidak dipilih semula, begitulah ujarnya.

Bunyi tegas dan serius janji Lajim itu dan dia bertanggungjawab atas kekalahannya nanti. Hendaknya kata-kata itu bukan sebagai ancaman dan ugutan, tetapi akan dilaksanakan benar-benar dan bukan cubaan!

Cuma saya nak tanya apa pula kalau sekiranya Perdana Menteri tidak bersetuju untuk menerima perletakan jawatan itu bagaimana? Apakah Lajim akan berkeras untuk berhenti juga macam Zaid Ibrahim?

Perdana Menteri ada hak dan berkuasa samada untuk melantik atau tidak seseorang itu menduduki Kabientnya. Beliau juga ada hak samada hendak menerima perletakan jawatan seseorang. Melainkan seseorang itu benar-benar nak berhenti beliau tidak mungkin boleh menahannya.

Saya bimbang takut kata-kata Lajim Ukin itu sebagai ugutan dan sebagai satu provokasi saja untuk mendapat simpati daripada perwakilan bahagian Beufort? Hendaknya lawan beliau Azizah Mohd Dun tidak mudah lembik dan cair dengan ugutan itu. Dalam politik apa saja boleh berlaku, bukan saja setakat ugut mengugut tetapi lebih daripada itu.

Saya rasa kalau sekalipun Lajim kalah dan beliau serahkan surat jawatan, Perdana Menteri tidak akan membenarkannya. Kenapa saya kata begitu, sebab dalam keadaan hari ini PM tidak berani untuk menerima perletakan jawatan lebih-lebih lagi mereka bergelar ahli Parlimen dari Sabah. Kalau sesiapa dipecat, orang itu akan disambut oleh pihak lain dalam jam itu juga.

Pada saya janji Lajim itu adalah sebahagian tektik dan strategi saja bagaimana beliau hendak pertahankan kerusi Ketua Umno Beufort itu. Sikap Lajim itu juga boleh ditafsirkan bahawa beliau kini benar-benar dalam keadaan desperate. Dan kalau tiba-tiba beliau kalah dengan Azizah betapa malunya kerana terpaksa tunduk kepada seorang wanita. - TPT 31/08

Label:

1 Ulasan:

Di 26 Oktober 2008 pada 12:31 PG, Blogger . berkata...

mengenali dato lajim ukin, saya percaya dia akan letak jawatan kalau kalah. dan saya tak fikir dia akan menyertai pkr atau pembangkang. soal pak lah tak terima perletakan jawatan, itu saya tak dapat nak ramalkan.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama