Khamis, 20 November 2008

Mahathir Mohamad

PUNCA MELAYU LEMAH DAN HILANG IDENTITI

Assalamualaikum ... Tun Mahathir Mohamad telah membuang tabiat dengan mengajar orang Melayu supaya bertindak menyerang bukan hanya setakat bertindak mempertahankan diri dengan mempertikaikan saja terhadap mereka yang membangkit dan membangkitkan hak-hak orang Melayu. Rasanya inilah seruan yang keras dan sudah lama ditunggu dari mulut bekas PM itu.

Katanya, ramai orang Melayu bersikap mempertahankan diri dan bukan menyerang. Seruan Mahathir itu sebenarnya sudah lama ditunggu. Tindakan paling bagus ialah dengan menyerang mereka yang cuba menganggu hak-hak kita. Kalau setakat merunggut, mendedah, melahirkan berbagai kenyataan, berdemonstrasi saja ia tidak memberi apa-apa kesan.

Bagaimana pun saya ingin tanya kepada bekas PM 22 tahun itu. Mengenai nasib dan masalah yang orang Melayu hadapi kini siapakah yang menjadi puncanya? Maksudnya siapakah yang membuat Melayu lemah, penakut dan seterusnya kelupusan banyak hak-hak keistimewaan mereka yang diwarisi dan dinikmati selama ini.

Saya ingin tanya siapakah yang menghapuskan bahasa Melayu? Siapakah yang mengagaskan rakyat negara ini menjadi bangsa Malaysia? Siapakah yang mepelopori dasar liberalisma. Siapakah memperkenalkan dasar mitokarasi dalam pendidikan, pemilikan ekuiti ekonomi dan sebagainya. Siapa? Siapa?

Bukankah dengan tindakan itu semua menyebabkan keistimewaan dan kedudukan Melayu makin terhakis dan terkikis. Kalau dulu kita boleh berbangga dengan bahasa Melayu, hari ini apa yang menjadi kebanggaan kita itu sudah tidak ada lagi. Bahasa Melayu semakin terpinggir dan tersingkir.

Begitu juga mengenai bilangan penuntut kita di universiti awam berada pada tahap yang boleh membanggakan. Tetapi apabila sistem mitokrasi diperkenalkan angka itu sudah berkurangan. Angka bukan Melayu bertambah baik di IPTS dan IPTA.

Demikian juga di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kalau dulu Melayu boleh berbangga dengan jumlah pelajar Melayu luar bandar di maktab itu dan merasakan maktab itu maktab elit Melayu kini keadaan itu sudah berubah. Ia tidak lagi menjadi maktab atau sekolah elit Melayu marhaen. Kuota untuk Melayu kini sudah dirampas oleh bukan Melayu menerusi sistem mitokrasi.

Jika dihitung dan diteliti semua masalah itu berlambak dan berlaku zaman Tun Mahathir jadi PM. Jadi kalau hari ini beliau tiba-tiba jadi banyak mulut bercakap fasal Melayu, mengajar orang Melayu menyerang dan melawan ia sudah terlewat. Kenapa selama 22 tahun menjadi PM beliau tidak mengajar dan mendidik orang Melayu menjadi berani begitu?

Itulah orang Melayu bila sudah terhantuk baru nak tergandah. Orang Melayu selalunya menyesal kemudian setelah nasi menjadi bubur. Jadi bagi saya kesilapan yang membawa kepada kelemahan orang Melayu hari ini ialah kerana Mahathir. Selama 22 tahun beliau membuat eksprimen kononnya untuk menguatkan Melayu, sebaliknya melemah dan menghancurkan Melayu.

Kekerapan Mahathir bercakap mengenai Melayu hari ini adalah satu tindakan bagi memperbetulkan kesilapan beliau tiga dekad lalu. Betapa berbueh mulutnya bercakap dosa lama tetap tidak terampun. Hakikat kelemahan Mahathir dalam bab ini diakui apabila beliau menangis mengakui gagal untuk mengubah nasib dan sikap orang Melayu. - TPT 45/08

Label:

1 Ulasan:

Di 24 November 2008 pada 5:40 PTG, Blogger qutbudeen berkata...

Beratus-ratus percent setuju. Mahathir membuka jalan ke arah kemusnahan melayu dan diganti dengan malaysia. Untuk pengetahuan, pada tahun 1982 Tun Mahathir Muhammad (TMM) telah membentangkan 1 perubahan utama yang merugikan orang melayu di Parlimen tetapi ditolak oleh Parlimen dan Seri Paduka Baginda khususnya. Beliau menunggu 10 tahun, mengumpul dan kemudian memfitnah raja-raja melayu. Menaikkan kemarahan rakyat terhadap institusi beraja (kes Gomez khususnya). Akhirnya beliau berjaya pada tahun 1992. Orang melayu hanya mengangguk dan bersetuju. Perubahan itu adalah pada Perkara 66(4) & 66(4a) Perlembagaan Persekutuan. Jika yang YDPA tidak perkenan sesuatu undang-undang yang diluluskan di Parlimen, ianya akan tetap menjadi undang-undang selepas 30 hari secara automatik. Bayangkan kata 2 diberi kepada YDPA, sama ada luluskan atau diluluskan. Apa akan jadi jika ahli majoriti kerajaan atau parlimen adalah dari bukan melayu dan meluluskan sesuatu undang2 yg secara tidak langsung mengancam melayu. Diluluskan di parlimen dan benteng terakhir orang melayu, YDPA, tidak dapat berbuat apa-apa. salah siapa kalau bukan atas kebijaksanaan TMM? Sokong sangatlah orang tua nyanyuk tu....

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama