Sabtu, 8 November 2008

Karpal Singh

KENYATAAN SIAPA BENAR?

Assalamualaikum... Kata bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad kelima-lima hakim Mahkamah Tinggi dan termasuk bekas Ketua Hakim Negara yang terlibat dalam krisis Kehakiman 1988 semuanya dipecat.

Kenyataan dan pengakuan Mahathir itu menafikan apa yang dijelaskan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammad Nazri Aziz di Parelimen yang menjelaskan Ketua Hakim dan kelima-lima Hakim itu bukan dipecat tetapi diberhentikan awal (option) sebab itu mereka layak menerima elaun pencen.

Nazri membuat penjelasan itu apabila ada persoalan kenapa mereka menerima elaun pencen sedangkan mereka dipecat?

Hakim-hakim berkenaan juga termasuk Ketua Hakim Negara, dibayar ex-gratia yang kesemuanya berjumlah RM10.5 juta. Satu bayaran yang besar dan dipertikaikan mengenai kemunasabahannya. Jika mereka telah menerima elaun walaupun mereka dipecat untuk apa lagi bayaran ex-gratia itu.

Penjelasan Nazri dan Mahathir itu menyebabkan timbul kekeliruan dan kenyataan siapa yang benar. Kenyataan siapa yang boleh dipercayai? Dalam konteks ini mungkin kenyataan Mahathir boleh diyakini sebab beliau sendiri terlibat dalam proses pemecatan hakim-hakim berkenaan. Sewaktu krisis kehakiman itu berlaku beliau baru enam tahun menjadi Perdana Menteri.

Penjelasan Mahathir itu dikukuhkan lagi kepada pandangan Karpal Singh yang merujuk kepada Malayan Law Journal (MLJ) bertarikh 28 Oktober 1988 yang melaporkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan hakim-hakim Mahkamah Agung; Allahrayham Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Datuk George Edward Seah dipecat dari jawatan selepas tribunal mendapati mereka bersalah kerana salah laku. Mereka bagaimanapun, menerima pencen penuh.

Sehubungan itu Karpal berkata, beliau akan membawa usul mengemukakan Nazri di bawah Peraturan Tetap 36 (12) kerana mengelirukan Parlimen Isnin lalu dimana beliau kemudian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa untuk tindakan diambil. Perbuatan Nazri itu satu kesalahan besar yang boleh menjejaskan wibawanya dan juga integriti Parlimen.

Menurutnya Nazri mesti menjelaskan mengapa beliau membuat kenyataan secara terbuka di Parlimen yang memberi tafsiran bahawa naman-ama hakim itu telah dibersihkan oleh tribunal, bertentangan dengan hasil siasatan dua buah tribunal berkenaan.
Persoalannya di sini kenapa berlaku kekeliruan walhal keputusan menubuh tribunal sehingga hakim-hakim dan Ketua Hakim Negara dipecat dan kemudian dibayar ex-gratia dan elaunnya dilakukan oleh Kerajaan sama, iaitu Barisan Nasional! - TPT 39/08

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama