Isnin, 27 Oktober 2008

Mukhriz Mahathir

TEMBELANG MUKHRIZ SUDAH NAMPAK

Assalamualaikum... Sudah nampak bayang-bayang siapa yang bermain ilat dan tidak betul dalam persaingan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Belang juga sudah nampak siapa yang wira sebenarnya dan siapa yang berlindung di bawah ketiak bapak, berani ketika bapak berada di belakang.

Calon Ketua Pemuda yang dapat nombor wahid, Mukhriz Mahathir nampak sudah menyerlahkan akan dirinya yang sebenarnya. Bahawa pencalonan yang beliau perolehi itu bukan kerana kejantanan, kecerdikan ataupun kecanggihan visinya tetapi kerana pengaruh sang bapaknya. Ataupun juga pencalonan itu disebabkan adanya unsur-unsur lain yang tidak sihat dan cemar! Kalau tidak masakan bapaknya bersungguhnya melaungkan kononnya ada politik wang dalam pemilihan pemimpin Umno kini.

Kenapa saya kata begitu, sebab kalau beliau benar-benar berani kenapa harus takut bila diajak berdebat bagi menunjukkan kemampuan masing-masing sebagai ketua pemuda. Sepatutnya beliau sahut seruan itu dan jangan berdalih di sebalik alasan kononnya untuk tidak mendedahkan masalah parti ke pengetahuan orang luar.

Mukhriz cakap sajalah; kalau melukut katakan melukut, tidaklah orang menyangka padi, kalau takut katakan takut tidaklah orang menganggap berani!

Bila Khairy cadangkan ada perdebnatan antara calon-calon ketua pemuda bagi menyatakan visi, idea ataupun janji-janji yang bakal dilaksanakan jika jadi ketua pemuda kelak sepatutnya Mukhriz tampil tanpa berdalih dan menyahut seruan itu dengan penuh kegembiraan kerana beliau dapat membentangkan agendanya jika terpilih kelak.

Beliau sepatutnya malu kepada Khir Toyo walaupun bekas MB Selangor itu mendapat pencalonan terendah setakat ini namun bersediaan untuk berdebat satu sikap yang terpuji. Begitulah anak jantan.

Dengan perdebatan kelak orang akan tahu kehebatan, wawasan dan idealisme sebagai bakal pemimpin Pemuda. Dari situlah nanti perwakilan pemuda dapat mengukur dan menilai siapa yang layak untuk memimpin mereka dan siapa yang bakal menjadi jawatan itu sebagai tikit untuk kepentingan perut semata-mata.

Sebenarnya saya tidak hairan kalau Mukhriz sudah menggeletar sebab beliau tidak mampu berdiri atas pentas sendirian. Selama ini pun yang menyuntik dan mengajar beliau bercakap ialah bapaknya. Jika bapanya tidak ada beliau tentu akan kaku sendirian. Bapanyalah yang memimpin dan mengajar beliau menyebut perkataan politik termasuk mendesak supaya Datuk Seri Abdullah Badawi berundur.

Sudah tentu bila beliau di atas pentas debat nanti beliau kena mencari kata-katanya sendiri, mencari hujahnya sendiri. Jadi daripada silap-silap beliau boleh malu atas pentas debat, lebih baik beliau mencari alasan dangkal untuk tidak menyertainya. - TPT 31/08.

Label:

1 Ulasan:

Di 28 Oktober 2008 pada 5:28 PTG, Blogger qutbudeen berkata...

Ramai kata Mukhriz berani, tapi sebenarnya pengecut. Sila lihat siapa yang berapi-api mahu DEB dan semangat DEB di bawa semula ke Kerajaan untuk kepentingan melayu. Tapi Mukhriz kecut sebab ayahandanya yang telah menghapuskan DEB dan ganti dengan DPN pada tahun 90an. Kini cakap macam dia seorang revolusiner.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama