Ahad, 26 Oktober 2008

Husam Musa

LEBIH BAIK HUSAM BERBUAT KEBAJIKAN DI KELANTAN

Assalamualaikum... Saya mengalu-alukan hasrat dua pemimpin Pas untuk menjadi orang tengah antara Hindraf dengan kerajaan. Tawaran itu menunjukkan Pas begitu mengambil berat soal Hindraf. Apakah ini termasuk aktiviti berkebajikan yang parti itu tanamkan dalam manifestonya dalam pilihan raya lalu? Dan usaha itu juga nampaknya selari dengan pandangan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai Hindraf.

Dalam hubungan ini juga dua orang pemimpin Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa telah menghulurkan RM5,000 kepada keluaraga anggota Hindraf yang sedang direman kini. Mereka juga membawa keluarga Hindraf itu menjamu selera ayam goreng Kentuckey.

Saya hormat atas kemurahan hati pemimpin Pas dan juga atas kepekaan mereka mengenai masalah rakyat. Hendaknya apa yang mereka lakukan ikhlas dan bukan bermotif politik. Jika mereka ikhlas.. derma dan simpati itu akan dinilai kemudian dijadikan karcis untuk memasuki ke syurga. Saya percaya wang itu keluar dari briefcase Husam bukannya dompet Salahuddin.

Tetapi ada sikit yang saya ingin bangkitkan di sini berhubung dengan sikap Umur Ibnu Aziz diamalkan Husam itu. Beliau bukan saja murah kepada keluarga Hindraf itu tetapi kepada keluarga semua bangsa lain juga. Terdengar saja ada orang sakit, derita tidak cukup makan dan wang akan dibantunya. Tidak kisahlah. Anak Cina yang terjatuh dari atas rabung di Kedah pun dibantunya.

Di sini saya tidak mahu tahu dari mana beliau dapatkan wang dalam menghulurkan derma itu. Husam memang bijak dalam bak mencari wang ringgit ini, terkalah semua Exco lain. Bahkan buat wang pun dia pandai, itu dinnar dialah yang bikin. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah menyebut dan memuji kehebatan Husam ini secara terbuka. Beliau juga pernah menyebut kepada salah seorang anak pemimpin Umno, katanya Husam pandai cari duit.

Apa cara, apa kaeadah mungkin Nik Aziz tahu bagaimana Husam mencari duit. Baguslah. Tetapi kalau nak puji dan berkenan pada Husam pun jangan begitu sekali sehinggakan terlupa budi dan jasa orang lain! Kerajaan Pas sudah 18 tahun dah Husam jadi Exco pitis belum sampai 10 tahun. Apakah Exco pitis sebelum ini tidak pandai? Dan bagaimana kerjaan Kelantan servive?

Apapun baguslah kalau Pas atau Husam suka membuat kebajikan dan bersikap murah hati. Kerja-kerja kebajikan itu dituntut oleh Islam.

Yang saya pelit di sini kenapa Husam sekarang ini seakan tidak peduli kepada kebajikan rakyat Kelantan. Maksudnya pemerhatiannya tidak seperti sebelum pilihan raya lalu. Banyak tabung-tabung kewangan di Kelantan yang beliau sendiri wujudkan kini kosong bahkan ada yang telah kering sama sekali. Kifalaah misalnya sudah lama kering garing.

Begitu juga dengan tabung-tabung lain, tabung projek depu juga kering. Banyak anak-anak depu sudah layu dan mati. Tabung kambing Jamnapari di Rong Chenak yang diusahkan oleh Akademi Keluarga Bahagia Berhad kepunyaan sahabat sejubah dengan Husam juga katanya sudah kering dan kosong.
Begitu juga dengan tabung kewangan projek radio dan televisyen (Media Global) juga kering. Menyebabkan siaran tv internet sering kali terputus-putus. Banyak kakitangan yang merungut dan lari kerana tidak dibayar gaji. Nasib baiklah ada KTV, boleh menyiarakan apa-apa program secara langsung dari Kelantan. Kalau harapkan tv Husam (Media Global) habuk pun tak dak.

Rasanya daripada Husam bersusah payah menghulurkan wang sana RM5,000 sini RM10,000 di luar Kelantan elok beliau tumpu dan penuhkan tabung-tabung kewangan agensi atau institusi yang disebut tadi. Buat apa nak tunjuk-tunjuk kita ada wang sedangkan hakikatnya nihil.
Apa dibimbangkan bila tabung-tabung itu kering dan dinar pula tidak laku menyebabkan semua tabung-tabung itu akan ditutup. Kemungkinan itu menyebabkan ia menyusahkan kakitangan dan orang-orang berkerja dibawah institusi tabung itu. Kena fikir juga kita tawar orang bekerja dengan kita, tetapi tidak sampai setahun atau tepatnya selepas selesai pilihan raya mereka kena berhenti. Janganlah dipergunakan tenaga manusia tidak berdosa itu untuk kepentingan politik jangka pendek, menyusahkan orang. Itu namanya jahat!

Saya khuwatir kalau ini berterusan lama kelamaan orang tidak akan percaya kepada apa yang beliau cakap dan beliau lakukan. Kesannya bukan saja kepada beliau secara peribadi tetapi kepada jemaah bernama Pas itu sendiri. Nanti orang akan bercakap Pas jahat disebabkan oleh setitik nilai. Kalau kejahatan sikit itu dihimpun ia menjadi besar dan lama-lama orang akan kata Tuan Guru Nik Aziz juga jahat. Jangan! - TPT 30/08.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama