Isnin, 27 Oktober 2008

Zahid Hamidi

CADANGAN ZAHID SUDAH TIDAK BERMAKNA

Assalamualaikum... Sekonyong-konyongnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong penuh supaya sistem kuota dihapuskan. Beliau berharap apabila Datuk Seri Mohd Najib Razak menjadi presiden Umno nanti, Najib akan menghapus sistem berkenaan.

Antara lain alasan Zahid penghapusan sistem berkenaan perlu bagi mengelak politik wang berleluasa dalam Umno. Maknanya Zahid mengakui gejala politik wang yang menjajah Umno kini kerana sistem berkenaan.

Apakah Najib bersedia untuk menghapuskannya nanti kerana sistem berkenaan telah menyelamatkan beliau dari dicabar oleh sesiapa pun? Saya tidak fikir sesiapa pun menjadi presiden Umno ia akan buang sistem berkenaan kecualilah ada desakan bertubi-tubi dari kalangan ahli. Membuang sistem itu samalah dengan menghapuskan Akta Keselmatan Dalam Negeri (IS) bagi seorang presiden Umno.

Sistem berkenaan boleh digunakan bagi menjamin seseorang ketua tidak akan dilanggar begitu saja kecuali ketua yang lemah dan bersikap terlampau baik seperti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yan mana kebaikannya memakan dirinya sendiri.

Saya kita Abdullah agaknya menyesal kerana beliau tidak dapat melakukan reform merombak paradigma ciptaaan Tun Mahathir Mohamd untuk membebaskan Umno daripada tambatan menerusi sistem berkenaan yang mirip 'diktator' dalam pemilihan.

Sepatutnya Abdullah sebelum beliau membuat keputusan untuk tidak mempertahkan jawatan presiden beliau terlebih dahulu berusaha merombak atau menghapuskan sistem berkenaan. Cara itu orang akan lihat beliau lebih jantan dan tulus dan jasa beliau itu akan dikenang selama-lamanya.

Seperkara lagi yang sedikit menghairankan saya kenapa Zahid tiba-tiba saja jadi begitu demokratik dengan minta sistem itu dihapuskan. Mungkin cadangan Zahid itu boleh dianggap begitu dan ianya ikhlas sekiranya beliau mencadangkan sebelum beliau sendiri tidak melepasi kuota untuk bertanding.

Apabila beliau mencadangkan selepas beliau sudah berkeadaan selesa, tidak ada makna lagi cadangan itu. Sepatutnya Zahid mengemukakan cadangan itu sebelum pemilihan peringkat bahagian bermula. Bila beliau cadang selepas beliau sudah selamat, orang akan lihat beliau lebih mementingkan diri dan kedudukannya daripada kepentingan dan masa depan Umno manakala cadangan itu sebagai nak bermuka-muka saja.

Haraian juga dengan sikap Zahid itu kenapa beliau meminta Najib berbuat demikian. Lama sebelum ini Tengku Razaleigh Hamzah sudah berkempen dan merayu supaya Umno mengadakan perhimpunan khas peringkat bahagian masing-masing agar mendesak Majlis Tertingi menghapuskan sistem berkenaan.

Namun ketika itu mengapa Zahid diam membisu dan seolah tidak terdengar seruan dan rayuan Tengku Razaleigh Hamzah itu. Apakah ketika itu Zahid masih bersetuju dengan sistem berkenaan kerana ia menjamin kesejahteraan politik Najib?

Biasalah dalam politik, masing-masing bersikap sel fesh nak selamatkan diri sendiri. - TPT 31/08

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama