Isnin, 3 November 2008

Shafei Afdal

SHAFEIL ADFAL HARUS YAKINKAN DIRI

Assalamualaikum... Datuk Mohd Shefei Afdal secara berterus terang meminta Umno memberi satu kerusi untuk Sabah. Keperluan itu katanya untuk kebaikan juga dan sebagai membalas budi Umno Sabah yang membawa kemenangan besar kepada BN.

Saya boleh bersetuju dengan permintaan itu, tetapi orang yang bakal mengisinya nanti bukan beliau. Sebab kalau diberikan kepada beliau ternyata permintaan itu tidak adil untuk tokoh Umno lain di Sabah.

Tokoh Umno Sabah bukan beliau seorang tetapi masih ramai; Abdul Ghaful Salleh, Anifah Aman, adalah antara orang yang lantang memperjuangkan nasib kaum peribumi Sabah. Mereka lebih kedepan sebenarnya berbanding dengan Shafei.

Shafei berbuat begitu memandangkan beliau seorang saja dari Sabah yang layak bertanding sebagai Naib Presiden. Jika permintaan itu dipenuhi maka automatik beliaulah yang akan menjadi Naib Presiden itu.

Umno tidak perlu layan permintaan itu. Kalau Shafie inginkannya beliau kena bertanding seperti orang lain. Tidak ada keistimewaan untuk Sabah. Berapa banyak Sabah mahukan keistimewaan. Memberi kemenangan besar kepada Umno bukan bermakna Umno Sabah berjasa besar kepada parti itu.

Biarlah ahli memilih dengan penuh kebijaksanaan mereka. Jangan minta-minta. Lagipun kalau jawatan itu diberi pecuma begitu saja ia akan jadi tidak berharga. Shafei harus menunjukkan kejantan, pengaruh, wibawanya untuk memegang jawatan itu. Kalau tidak ada ciri-ciri itu sesiapa pun tidak layak memegang apa jua jawatan.

Jangan kerana beliau antara menteri yang mendesak Datuk Seri Abdullah Badawi turun dan mahukan Najib, maka beliau merasakan layak untuk beliau perolehi jawatan itu. Kalau begitu.. itu kepentingan diri namanya. Bukankan beliau juga katanya, diri tidak penting yan penting perjuangan.

Kalau berpegang kepada kata-kata itu beliau lebih baik saja tidak bertanding untuk membuktikan beliau tidak berkepentingan diri. Kerana apabila bertanding itu bermaknanya tindakan itu untuk mendapat kepentingan diri. Tahulah sendiri bila jadi Naib Presiden itu kalau dilantik jai menteri pun menstilah menteri kanan. - TPT 35/08

Label:

1 Ulasan:

Di 3 November 2008 pada 4:19 PTG, Blogger bungaraya berkata...

BUNGARAYA menyampok,
Penulisan ini mungkin diluahkan oleh ahli PKR atau DAP atau PAS kerana kalau ahli UMNO ianya menggambarkan ahli ini kurang matang dalam berpolitik. Lebih menunjukkan emosi dan semangat ke malayaannnya.Saya nasihatkan anda untuk biarkan sahajalah Datuk Seri Penglima Shafie Afdal menyuarakan cadangannya. Dan tentunya perwakilan dalam perhimpunan agung nanti akan dapat mengukur dan memikirkan apa yang baik untuk UMNO Sabah, Johor, Trengganu dan lain-lain negeri lagi.
Soal Shafie yang mungkin terpilih selaku Naib Presiden dari UMNO Sabah memang logik, kerana hanya beliau yang bertanding Naib dari negeri tersebut.
Bagi merapatkan hubungan UMNO di negeri bayu itu dengan UMNO di Semananjung Tanah Melayu, ini adalah antara cara atau kaedah yang dirasakan rasional. Cumanya alangkah baiknya jika Datuk Shafie meminta pemimpin dari Kelantan, atau Johor atau Kedah yang menyuarakan cadangan ini. Kenapa mesti beliau. Bukankah ini ada kepentingan namanya. Kita mestilah Matang jika mahu bercita-cita sebagai Naib Presiden.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama