Sabtu, 1 November 2008

Abdullah Badawi

BPR NAK SIASAT APA?

Assalamualaikum... Menurut Badan Pencegah Rasuah (BPR) kertas siasatan telah dibuka berhubung pembelian 12 unit helikopter (Eurocopter EC 725) yang bernilai RM1.67 billion.

Menurut Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan kertas itu dibuka setelah pembelian itu mendapat kritikan sesetengah pihak sebaik ianya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri.


Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi minggu lalu telah mengumumkan penangguhan pembelian helikeptor itu. Katanya penanggihan itu kerana kerajaan tidak mempunyai wang dan wang yang ada sikit sebanyak perlu digunakan untuk membantu rakyat.

Pengumuman penangguhan oleh Abdullah itu semacam bertentangan dengan pengumuman pembelian oleh timbalannya Mohd Najib Razak! Kenapa tidak.. kenyataan mereka tidak sekata dalam soal ini. Apakah itu semua menggambarkan mereka berada dalam keadaan konflik yang dahsyat?

Anihnya kalau penangguhan pembelian itu dibuat apakah perlu kepada siasatan lagi? Lagipun PM telah menjelaskan tidak ada apa-apa yang tidak kena dan proses pembelian itu telus, termasuk juga mengenai harganya. Kata Abdullah harga mahal berbanding dengan helikopter sama dibeli Brazil kerana ia mempunyai berbagai fungsi termasuk bantuan menyelamat.

Apakah Abdullah sengaja tidak mahu menyebut sesuatu yang buruk untuk menjaga reputasi baiknya hubungan beliau dengan Najib? Maknanya beliau ingin memerangkap seseorang dalam keadaan baik.

Kita berharap penyiasatan itu nanti telus dan jangan ianya dibuat sekadar untuk memenuhi permintaan orang ramai saja. Walaupun ia dibuat untuk kepentingan rakyat tetapi jika ada usur rasuah tidak guna kerana membazirkan wang rakyat. Setiap sen wang rakyat harus dibelanja dengan bijaksana dan rakyat berhak mengetahui apa yang dibelanjakan. - TPT 34/08

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama