Selasa, 28 Oktober 2008

Khalid Ibrahim

KHALID PERLU LEBIH BERHATI-HATI

Assalamualaikum... Kelihatannya apa yang dibimbangi sesetengah orang Melayu mengenai halatuju dan pendekatan politik PKR seperti akan menjadi kenyataan. Sebelum ini ada orang Melayu yang kononnya sayangkan bangsa sendiri bimbang dengan pendekatan politik PKR khasnya politik baru Anwar Ibrahim yang cuba tidak membezakan kedudukan, kepentingan serta hak antara kaum-kaum di negara ini. PKR seperti mahu meseragamkan semua bangsa atau kaum tanpa dibeza-bezakan.

Langkah ataupun amalan itu dilihat sebagai memusnahkan Melayu. PKR juga dibayangkan berjuang bukan memberi keuntungan sebaliknya mengikiskan beberapa hak dan kepentingan Melayu yang sudah diterima pakai sebelum ini.

Keberanian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Low Siew Moi, untuk memangku jawatan Pengrus Besar dilihat sebagai satu langkah merealisasikan kepercayaan politik PKR.
Alasan Khalid melantik Siew Mio ialah sebagai langkah sementara saja dalam tempoh persaraan Pengurus PKNS sekarang. Ertinya mungkin tidak ada hajat beliau untuk melantik Siew Moi itu ke jawatan Pengurus Besar. Bagaimana pun apa yang dilakukan Khalid itu akan dianggap sebagai satu permulaan yang cukup baik bagi pihak lain dan sangat-sangat disyukuri.

Adalah malang lagi kalau perlantikan itu atas desakan dan cadangan pihak lain. Walaupun ia bersifat sementara tetapi ia memberi permulaan (precedent) untuk masa akan datang dan juga menjadi sejarah; bahawa orang bukan Melayu pernah dilantik sebagai pemangku.

Apa-apapun ia bermula dari kecil sebelum membesar. Umpama api bermula dari barah sebelum membakar belukar dan kota. Untuk naik ke atas ia memulakan tapak. Apa yang dilakukan Khalid itu sebagai menyiapkan tapak, walaupun sementara tetapi ia adalah tapak dan tapak tetap akan dipergunakan untuk panjat ke atas samada berjaya atau tidak itu soal lain.

Adalah elok kalau Khalid memikirkan semula, ataupun dilain kali sebelum membuat apa-apa percubaan hendaklah rujuk dan bincang dengan orang lain dulu. Sudah banyak terdengar beberapa keputusan yang dibuat Khalid tanpa merujuk kepada pihak lain khsusnya partinya sendiri.

Beliau juga dikatakan tidak suka kepada orang parti mencampuri urusan pentadbiran. Dari kepalanya orang parti layak setakat tampal poster pasang banner ataupun bersorak semasa pilihan raya saja dan bukan untuk melakukan keraja pentadbiran. Soal pentadbiran biarlah orang korporat ataupun teknokrat yang uruskan!

Sekali lagi cara Khalid itu mungkin baik, namun apa yang beliau kena ingat bahawa yang berkerja untuk menang dan dapatkan kuasa orang parti dan bukan teknorkat, birokrat dan para penjilat. Kalau Khalid tidak percaya tunggulah bila ada pilihan raya nanti siapa yang akan bertungkus lumus menjaga bilik gerakan, pos, ataupun yang merayu undi di pusat-pusat pembuangan undi. - TPT 32/08.

2 Ulasan:

Di 28 Oktober 2008 pada 1:39 PTG, Blogger Zolkharnain Abidin berkata...

Saya tidak pasti samada ini adalah keberanian atau kesilapan. Keberanian perlu disertai dengan kesedaran. Kesilapan memerlukan pembetulan. Tapi kalau ini bukan keberanian dan kesilapan tentu ia adalah keb****an.

 
Di 28 Oktober 2008 pada 5:24 PTG, Blogger qutbudeen berkata...

Ada masanya kita perlu menerima sesuatu itu dengan hati terbuka. Sebagai pekerja, kita semua mengimpikan diri untuk berpencen pada tahap gaji dan jawatan tertinggi walaupun seketika. Jangan kita fikir satu perkara pada satu arah tetapi lihat pada keseluruhannya. Itulah namanya kebijaksanaan.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama