Rabu, 29 Oktober 2008

Mukhriz Mahathir

MUKHRIZ HANYA MENGAJUK CAKAP BAPAKNYA

Assamualaikum... Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir berkata ekuiti 30 peratus untuk Bumiputera dalam DEB tidak boleh dihapuskan kerana kedudukan ekonomi orang Melayu masih belum mantap dan kukuh. Beliau berkata demikian di Kedah. Mukhriz merujuk kepada cadangan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang ingin menghapuskan DEB perlahan-lahan.

Mukhriz mengeluarkan pandangan itu setelah bapaknya semalam memberi pandangan tidak bersetuju dengan langkah seperti mana hendak diambil oleh Najib itu. Kata Mahathir bukan masanya untuk menghapuskan ekuiti 30 dalam syarikat milik awam yang disyaratkan menerusi dasar itu.

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah sikap Mukhriz berkenaan. Selepas bapaknya bercakap baru dia berani mengeluarkan pandangannya. Mukhriz bercakap hanya mengajuk apa yang bapaknya cakap saja.

Saya yakin kalau bapaknya tidak bercakap demikian beliau tidak akan memberi komen begitu. Di sini jelaslah idea dan butir tutur percakapan Mukhriz memimjam idea dan butir tutur bapaknya.

Sampai bila calon Ketua Pemuda itu hendak berdiri atas kata-kata bapaknya. Di sinilah kebenaranya kalau ada orang berpendapat Mukhriz tidak mempunyai idea, wawasan dan keberanian secara peribadi melainkan mengharapkan bantuan dan semangat dari bapaknya.

Kalau begitu bagiamana agaknya untuk beliau jadi ketua pemuda Umno kelak (sekiranya menang), takkan setiap hari beliau hendak merujuk kepada bapaknya dulu? Mungkin keadaanya lebih naif daripada apa dialami oleh Hishamuddin Hussein.

Jadi tidak hairanlah kalau beliau awal-awal memberi alasan untuk menolak ajakan Khairy Jamaluddin dan Mohamad Khir Toyo untuk berdebat secara terbuka bagi membentangkan visi dan agenda masing-masing. Beliau tidak bersedia untuk berdepan secara live tanpa bantuan bapaknya. Katanya perdebatan itu tidak memberi kebaikan dan mendedahkan hal ehwal dalaman parti kepada luar hanya alasan saja.

Yang sebenarnya Mukhriz tidak ada keupayaan dan kekuatan untuk beradu kepala, berlaga hujah dengan dua calon ketua pemuda itu. Namanya... penakutlah tu. - 33/08

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama