Ahad, 2 November 2008

Tengku Razaleigh Hamzah

ELOKLAH TENGKU RAZALEIGH TARIK DIRI

Assalamualaikum... Semalam Tengku Razaleigh Hamzah sudah mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden. Pencalonan itu diperolehi dari bahagiannya sendiri di Gua Musang. Nasib Tengku Razaleigh nampak tidak jauh bezanya dengan nasib Datuk Zahidi Zainul Abidin dari Perlis yang hendak bertanding Ketua Pemuda Umno. Zahidi juga mendapat satu undi dari bahagiannya sendiri.

Selepas menanti tidak ada pencalonan lain, Zahidi terus membuat keputusan betul menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno. Beliau menumpukan kepada kerusi MT. Mungkin kalau Zahidi atau Tengku Razaleigh tidak menjadi ketua bahagian mereka masih belum mendapat sebarang pencalonan.

Apakah Tengku Razaleigh harus belajar daripada Zahidi, turut sama menarik diri dari bertanding jawatan itu. Melihat kepada riak dan arus hari ini sukar bagi Tengku Razaleigh untuk mendapat pencalonan seterus melayakkan untuk bertanding jawatan Presiden. Kegilaan ahli Umno kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Bahagian Umno Kelantan sendiri sudah tidak sudi memandang Tengku Razaleigh apalah hendak diharapkan kepada Umno di negeri lain. Semalam Rantau Panjang, Pasir Mas mengadakan mesyuarat masing-masing. Kedua-duanya tidak mencalonkan Tengku Razaleigh. Semuanya diberikan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Mungkin Tengku Razaleigh kena menerima hakikat bahawa beliau sudah tidak diperlukan lagi dalam Umno. Segala jasa dan budinya tidak menarik minat ahli Umno dan mungkin menganggap apa yang Tengku Razaleigh lakukan itu lumrah. Bukan saja Tengku Razaleigh sesiapa pun akan dilupakan bila sudah tua dan melewati sayup musim. Era Tengku Razaleigh sudah pun lama berlalu.

Tengok nasib bekas TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau lagi hebat berbanding dengan Tengku Razaleigh, Anwar pernah duduk dijawatan hampir dengan kerusi PM. Akhirnya apa yang beliau dapat, orang Umno sikit pun tidak mepedulikan jasa dan budinya. Bila sudah tidak ada kuasa, bila sudah tua, mereka akan tinggalkan begitu saja, macam lembu yang tidak boleh membajak sawah. Adat budi, penghormatan sudah tidak ada dalam parti Umno. Laungan Umno memperjuangkan Melayu hanya slogan dan topeg smata-mata.

Kesimpulannya eloklah kalau minggu depan Tengku Razaleigh panggil sidang akhbar mengumunkan penarikan balik dari bertanding. Perhimpunan pada Mac depan juga tidak patut beliau hadir. Paling elok lagi kalau beliau juga turut mengumumkan meninggalkan Umno. Orang sudah tidak hingin kepada kita buat apa lagi Tengku... belahlah! - TPT 34/08

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama