Jumaat, 7 November 2008

Dr Abdul Aziz Muhammad

ABDUL AZIZ TERANIAYA!

Assalamualaikum... Setelah tiga tahun bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Aziz Muhammad menanggung azab batin yang teruk apabila dijatuhi hukum penjara selama lima tahun kerana sabit rasuah akhirnya beliau dibebaskan semalam.

Pembebasan itu benar-benar menggembirakan beliau dan dianggapnya kebenaran menjelma juga akhirnya.

Bayangkan betapa azab, menderita dan malunya Abdul Aziz sepanjang tiga tahun itu. Beliau disabitkan kesalahan kerana bersubahat menipu dana Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) membabitkan RM9 juta. Hukum itu memberi konotasi bahawa beliau seorang yang rendah moral dan pelahap wang haram.

Selain itu beliau juga dituduh menipu Menteri Kewangan II, Mustapa Mohamad ketika kejadian itu supaya mempercayai perlaburan Ketengah menerusi syarikat Integrated Farm Sdn. Bhd. dalam projek penaman orkid, ternakan ikan (emas) dan rekreasi di Tasik Puteri Bukit Besi Dungun.

Apa yang berlaku ke atas Dr Abdul Aziz itu satu penganiayaan. Hukuman tiga tahun yang dikenakan itu sebenarnya tidak adil kerana beliau tidak sepatutnya dihukum. Apa yang berlaku beliau hanya bertanggungjawab meluluskan atau menyokong projek berkenaan atas kehendak Menteri. Kita percaya apa yang berlaku Dr Abdul Aziz memetahui arahan. Banyak kejadian menimpa pegawai kerajaan seperti dialami Dr Abdul Aziz itu. Kerana mereka jujur, betul mereka meluluskan projek atas kehendak menteri di mana akhirnya mereka dipertanggungjawabkan.

Dalam kes Dr Abdul Aziz ini yang anihnya menteri dan orang sebenar yang membolot wang berkenaan lepas dan bebas.

Seorang lagi tetuduh Oii Kee Sing tidak didakwa dan masih bebas sehingga hari ini. Oii pernah ditangkap kemudian terlepas. Anih macam mana boleh terlepas atau sengaja dilepaskan. Pasti kalau Oii tertangkap akan diketahuilah siapakah master mind di sebalik projek palsu itu.

Jika diselidiki Abdul Aziz hanya menjadi kuda tunggang kepada Oii Kee Sing sahaja yang mana berkongsi syarikat atau projek berkenaan dengan isteri bekas seorang menteri. Isteri bekas menteri itu yang juga sepatut diseret ke mahkamah bagaimana pun dia bebas, lepas dan terus boleh bersolek setiap hari.

Sesungguhnya hukuman dan pendakwaan ke atas Abdul Aziz adalah tidak adil kerana orang lain yang makan nangkal orang lain kena getah. Justeru untuk adil Oii dan isteri bekas menteri berkenaan atau bekas menteri itu sendiri perlu diseret ke muka pengadilan - TPT 38/08

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama