Selasa, 4 November 2008

Azmi Khalid

PENJELASAN AZMIN LEBIH UNTUK BERBUDI DENGAN NAJIB

Assalamualaikum... Kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Azmi Khalid tidak ada penyelewengan dari segi prosude dalam proses pembelian Eucocopter bernilai RM1.6 juta. Kenyataan dan penjelasan Azmi itu sudah dijangka.

Sebenarnya beliau tidak perlu membuat penjelasan itu kerana Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi juga mengakui hal yang sama. Apakah Azmi lebih berwibawa dan beroutoriti daripada Perdana Menteri?

Lagipun pembelian itu ditangguhkan. Tak payah buat pemeriksaan mengenianya lagi. Bila Azmi panggil PAC bersidang nampak sangat beliau tak ada kerja. Maklumlah tak jadi menteri jaga alam sekitar, jadi banyak masa rilekslah. Apa yang beliau buatkan itu tidak lebih dan tidak kurang untuk membela bosnya sahaja, Mohd Najib Razak. Azmi cuba menokok tambah bagi menyelamatkan Najib dalam isu berkenaan.

Pembelian Eurocopter itu diumumkan Najib secara tergesa-gesa sebelum beliau berpindah ke Kementerian Kewangan. Harganya dikatakan lebih mahal daripada apa yang diperolehi Brazil ke atas barangan sama.

Betapa pun Azmi menjelaskan kedudukan itu tetapi siapa nak percaya? Jelaslah berapa banyak pun orang tidak akan percaya. Sikap dolak dalih kerajaan dalam beberapa perkara dan juga mengenai aktiviti pemimin Umno mencari komisyen menerusi tender kerajaan begitu untuk membiayai politik mereka menyebabkan rakyat hilang kepercayaan.

Kalaupun apa yan dijelaskan Azmi itu betul sekalipun rakyat tidak percayakan juga. Jadi penjelasan Azmin itu hanyalah untuk menanam budi kepada Najib saja manalah tahu selepas Najib naik nanti dia dapat tumpang setumpurung bolehlah buat hidup serius tahun lagi. Dan kalau PAC itu mahu diyakini rakyat cuba lantik pembangkang menjadi pengerusinya! - TPT 36.08

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama