Khamis, 13 November 2008

Mahathir Mohamad

PERASUAH DALAM TANGAN MAHATHIR

Assalamualaikum... Marah benar Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz kepada bekas bos lamanya dulu Mahathir Mohamad. Nazri minta supaya Mahathir tidak celupar mulut menuduh membuat tuduhan politik wang dalam Umno.

Mengapa begitu marah sekali? Nazri tidak boleh melindungi sesuatu yang sudah nyata. Mahathir adalah bekas Presiden Umno dan beliau tentu tahu rasuah politik dalam parti tersebut. Rasuah bukan berlaku setahun dua ini tetapi sejak 22 tahun lalu.

Jadi kalau Mahathir kata ada rasuah, benarlah tu. Cuma apa yang menjadi masalah dan kemungkinan kemarahan Nazri ialah apabila Mahathir menunding jari tepat kepada calon timbalan presiden. Perlu diingat ada tiga orang calon timbalan presiden; Muhyiddin Yassin, Mohad Ali Rustam dan Muhamamd Taib.

Mahathir tidak mengatakan kesemua main duit, tetapi beliau mesasarkan kepada seorang saja. Beliau mempertikaikan calon yang ketinggalan sebelum ini tiba-tiba mendapat undi yang cukup! Siapakah calon itu. Ia tidak mungkin Muhyiddin kerana Muhyiddin adalah calon pilihan Mahathir. Kalau pun Muhyiddin main duit, merasuah bahagian ia tidak menjadi masalah kerana Muhyiddin orangnnya.

Jadi siapakah antara Ali Rustam dan Muhamma Taib yang main wang? Muhamamad Taib pernah bawa wang berjuta ringgit ke Australia. Mungkin Mat Taib yang main wang. Sekali lagi Mahathir mungkin tahu apa yang berlaku. Tetapi Mat Taib bukan calon utama yang akan berdepan dengan Muhyiddin!

Di sini apa yang hendak saya nasihatkan kepada Nazri dan Mahathir tidak payah bertekaklah, terima saja yang rasuah sudah bermaharajalela dalam Umno. Apa yang patut mereka lakukan bukan bertekak, tuduh menuduh sebaliknya berusaha mengatasinya, kalau-kalau Umno boleh diselamatkan.

Makin banyak mereka bergaduh dan menegakkan benang basah orang makin tahu penyakit dan kebusukan dalam Umno. Segala rasuah yang membudaya hari ini bukan disebabkan Abdullah Ahmad Badawi melainkan Mahathir Mohamad. Kerana itu apa yang Mahathir katakan itu kita kena percaya ianya adalah betul dan benar!- TPT 42/08

Label:

2 Ulasan:

Di 13 November 2008 pada 4:13 PTG, Blogger Pok Nik Klate berkata...

Rasuah dalam pemilihan pimpinan UMNO adalah satu hakikat yang tak wajib di persoalkan oleh mereka2 yang akil dan baligh. Perbuatan ini sudah menjadi kebanggaan pulak kpd pemimpin UMNO dalam meraih pencalonan sehinggalah pemilihan nanti. Dimana silapnya? Adakah silap UMNO kerana nama dia UMNO , adakah silapnya mereka2 yang memimpin UMNO atau kebarangkalian silapnya kerajaan yg dipimpin oleh UMNO itu sendiri?

Siapa yang memperkenalkan dan mempopularkan rasuah dalam pemilihan pimpinan UMNO? Kalau saudara mengatakan Dr M yg memulakan..saya berpendapat dgn akal yg waras..kenyataan sdr tidak tepat. Bila unsur rasuah dlm UMNO mula berputik? Bagaimana kalau saya katakan ianya bermula bilamana Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan? Pada masa ini Anwar mula mengagihkan tender2 secara rundingan terus kpd beberapa sahabat beliau baik org politik atau pun org korporat. Syarikat Lankhorst..umpamanya..dan berapa banyak lagi syarikat tumbuh bagaikan cendawan oleh sahabat2 Anwar Ibrahim...

Senario ini berterusan dan semakin menjadi2 bilamana Anwar melanggar nasihat Dr M supaya tidak ada perebutan jawatan Timb Presiden Umno lalu Anwar "melanggar" Tun Ghaffar Baba. Inilah kemuncaknya politik/rasuah wang dalam UMNO. Wang ditabur sebegitu rupa oleh Anwar kpd bahagian2 malah cawangan2 sekali. Duit..bagi Anwar Ibrahim umpama surat khabar lama..boleh dikutip dimana2 dan merata2.

Namun begitu dari pemerhatian saya kebelakangan ini ahli2 UMNO punyai sedikit kesedaran minda..mahu berfikir. Walaupun politik wang berleluasa, walaupun perwakilan mengambil duit yg diberi (kerana menganggap sedekah..bukannya SEX spt PKR) tetapi undi belum pasti diberi. Mereka mengundi secara rahsia.. Sebab itu saya perhatikan ramai calon2 yg menabur duit akhirnya kecundang dalam pemilihan..Seorang calon mengeluh kerana setelah berhabis duit yg banyak beliau gagal untuk menjadi perwakilan ke KL hatta utk menduduki kerusi AJK Bahagian.

Harapan saya pengalaman ini akan mencelikkan mata2 buta ahli UMNO yg ingin sangat bertanding pemilihan supaya mengukur baju dibadan sendiri. Calon2 yg ingin bertanding..ambilah sedikit masa untuk bermuhasabah diri..

Jadi kesimpulannya..rasuah/politik wang ini boleh dihapuskan asalkan ahli2 UMNO berfikiran/bermuhasabah setelah BN mengalami kekalahan yg menakutkan dalam PRU12..

Wallahualam..

 
Di 19 November 2008 pada 10:01 PG, Blogger painah berkata...

nazri ... mangkuk ini lah yg dulu sampai tercirit berit mempertahankan mahathir ketika mahathir jadi pm. Siapa saja yg berani menyanggah mahathir pasti akan di shitkan oleh nazri. Nazri adalah kaki pukul mahathir.

Tetapi kini .......

shit ini jugaklah yg memaki mahathir. Dua dua inilah yg kaki rasuah. nak kata urang kunun.

mahathir menshit kan melayu dengan topeng ketuanan melayunya dan kini dia pulak cerita pasal rasuah ... cabuk punya mangkuk

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama