Rabu, 12 November 2008

Nik Abdul Aziz Nik Mat

BETULKAH TIDAK ADA RASUAH DI KELANTAN?

Assalamualaikum... Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada laporan salah laku membabitkan kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan rasuah sejak 18 tahun lalu. Rekod atau pun kecemerlangan ini tentu dibanggakan oleh kakitangan kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan seluruhnya.

Menurutnya setiap kali mesyuarat Exco sebanyak 100 atau 200 surat dari pelbagai jabatan kerajaan diangkat mengenai berhubung permohonan rakyat dibincangkan. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis merasmikan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri 2008 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.

Apa maksud Nik Aziz dengan figure itu? Beliau nak menceritakan walaupun banyak surat permohonan dikemukakan tetapi ia bersih dari rasuah. Beliau memberi bukti mudah, iaitu tidak ada laporan mengenai salah laku rasuah di kalangan pegawai kerajaan.

Baguslah kalau begitu dah kita ucapkan tahniah kepada Nik Aziz dan pegawai kerajaan Kelantan kerana menjadi Kelantan negeri yang bersih dan tanpa dosa. Bagaimana pun apakah boleh dinafikan bahawa rasuah tidak berlaku di Kelantan? Apakah dengan rekod itu ia menjadi penanda aras bahawa Kelantan selamat dengan perilaku rasuah atau tumbuk rusuk atau penyalahgunaan kuasa?

Laporan mengenai rasuah membabitkan pegawai kerajaan, agensi kerajaan dan individu politik banyak dibuat. Malahan pegawai PBT di satu daerah pernah di siasat dan dihadapkan ke mahkamah dan perbicaraanya belum selesai sehingga ke hari ini. Kerana mereka bukan kakitangan awam kerajaan maka mereka tidak termasuk dalam senarai itu dan mencemari reputasi pegawai kerajaan Kelantan.

Tetapi yang jelasnya, rasuah tetap juga berlaku di Kelantan. Samada Nik Aziz tahu atau tidak walhualam alam. Dalam pemberian kawasan balak, kelulusan projek, pemberian tanah untuk dijadikan premis-premis tertentu berlaku rasuah. Berlaku pemberian wang apa dinamakan sebagai imbuhan dan sebagainya. Yang kerap berlaku kontra kokonnya untuk tabung parti. Ini tidak termasuk atau diketahui untuk dilaporkan.

Contoh paling mudah ada seorang Ecxo mendapat kemudahan untuk membina garaj keretanya dan juga pintu pagar rumah isteri pertamanya oleh seorang konbtrektor Cina. Kerja itu dilakukan malam dan siang dalam tempoh dua malam dua hari siap. Tidak ada apa-apa bayaran dikenakan kepada kontrektor berkenaan. Ia dibuat secara sukarela. Adalah dipercayai kontrekotr berkenaan mendapat banyak projek dengan kerajaan negeri di mana Exco berkenaan tukang meluluskannya.

Apakah kejadian seperti itu bukan rasuah? Untuk pengetahuan Tuan Guru itu sesuatu perbuatan rasuah itu tidak payah sampai ianya dilapor dan disahkan oleh mahkamah. Banyak kejadian rasuah yang jelas tetapi dilepaskan oleh mahkamah kerana teknikal. Apakah kejadian seperti itu boleh dianggap sebagai tidak rasuah?

Rasuah terlalu seni sifatnya. Misalnya kita melantik anak menantu kita bekerja di syarikat yang kita menjadi pengerusi itu juga dinamakan rasuah. Pilih kasih, juga rasuah dan penyalahgunaan kuasa juga rasuah. Ingatlah besi yang belot tidak boleh dibetulkan dalam acuan yang besar.

Jadi janganlah bercakap perkara-perkara yang sudah jelas kerana ia akan disifatkan cuba menutup buah macang (bacang) masak dalam kilas. Pulaslah simpulah sebanyak mana kilas itu bau macang itu tetap juga akan terhidu keluar. - TPT 42/08

Label:

2 Ulasan:

Di 13 November 2008 pada 1:31 PG, Blogger Ku ingat Taqwa berkata...

apalah upaya kita untuk mengubahnya. apalagi TG sudah uzur.

 
Di 13 November 2008 pada 3:47 PTG, Blogger Pok Nik Klate berkata...

Saya melihat kenyataan bahawa Kelantan bebas dari rasuah ini sebagai lari dari hakikat yang sebenar.Mungkin TG Nik Aziz melihat dari perspektif tiada tangkapan dibuat (bukannya tiada lapuran dibuat). Saya percaya lapuran kpd BPR memang ada cuma mungkin kerana bukti tidak mencukupi maka BPR tidak dapat untuk mendakwa di mahkamah. Namun begitu cerdik pandai PAS Kelantan perlu memberi gambaran yg sebenar kpd MB kerana bagi saya MB Kelantan sangat "naif" dalam bab2 ini. Mungkin kerana beliau sentiasa bersangka baik terhadap orang lain maka dia mengandaikan bahawa orang lain pun akan baik macam dia jugak. Jadi nak mengatakan rasuah tidak berlaku di Kelantan hatta dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan adalah kenyataan yang amat jahil dan dangkal.Maaf lah kalau saya membuat perumpamaan bahawa hanya kerana tiada tangkapan berzina berlaku di Kelantan maka boleh kita katakan tiada penzinaan berlaku di Kelantan.????

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama