Nik Abdul Aziz Nik Mat
BETULKAH TIDAK ADA RASUAH DI KELANTAN?
Assalamualaikum... Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada laporan salah laku membabitkan kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan rasuah sejak 18 tahun lalu. Rekod atau pun kecemerlangan ini tentu dibanggakan oleh kakitangan kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan seluruhnya.

Menurutnya setiap kali mesyuarat Exco sebanyak 100 atau 200 surat dari pelbagai jabatan kerajaan diangkat mengenai berhubung permohonan rakyat dibincangkan. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis merasmikan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri 2008 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.
Apa maksud Nik Aziz dengan figure itu? Beliau nak menceritakan walaupun banyak surat permohonan dikemukakan tetapi ia bersih dari rasuah. Beliau memberi bukti mudah, iaitu tidak ada laporan mengenai salah laku rasuah di kalangan pegawai kerajaan.
Baguslah kalau begitu dah kita ucapkan tahniah kepada Nik Aziz dan pegawai kerajaan Kelantan kerana menjadi Kelantan negeri yang bersih dan tanpa dosa. Bagaimana pun apakah boleh dinafikan bahawa rasuah tidak berlaku di Kelantan? Apakah dengan rekod itu ia menjadi penanda aras bahawa Kelantan selamat dengan perilaku rasuah atau tumbuk rusuk atau penyalahgunaan kuasa?
Laporan mengenai rasuah membabitkan pegawai kerajaan, agensi kerajaan dan individu politik banyak dibuat. Malahan pegawai PBT di satu daerah pernah di siasat dan dihadapkan ke mahkamah dan perbicaraanya belum selesai sehingga ke hari ini. Kerana mereka bukan kakitangan awam kerajaan maka mereka tidak termasuk dalam senarai itu dan mencemari reputasi pegawai kerajaan Kelantan.
Tetapi yang jelasnya, rasuah tetap juga berlaku di Kelantan. Samada Nik Aziz tahu atau tidak walhualam alam. Dalam pemberian kawasan balak, kelulusan projek, pemberian tanah untuk dijadikan premis-premis tertentu berlaku rasuah. Berlaku pemberian wang apa dinamakan sebagai imbuhan dan sebagainya. Yang kerap berlaku kontra kokonnya untuk tabung parti. Ini tidak termasuk atau diketahui untuk dilaporkan.
Contoh paling mudah ada seorang Ecxo mendapat kemudahan untuk membina garaj keretanya dan juga pintu pagar rumah isteri pertamanya oleh seorang konbtrektor Cina. Kerja itu dilakukan malam dan siang dalam tempoh dua malam dua hari siap. Tidak ada apa-apa bayaran dikenakan kepada kontrektor berkenaan. Ia dibuat secara sukarela. Adalah dipercayai kontrekotr berkenaan mendapat banyak projek dengan kerajaan negeri di mana Exco berkenaan tukang meluluskannya.
Apakah kejadian seperti itu bukan rasuah? Untuk pengetahuan Tuan Guru itu sesuatu perbuatan rasuah itu tidak payah sampai ianya dilapor dan disahkan oleh mahkamah. Banyak kejadian rasuah yang jelas tetapi dilepaskan oleh mahkamah kerana teknikal. Apakah kejadian seperti itu boleh dianggap sebagai tidak rasuah?
Rasuah terlalu seni sifatnya. Misalnya kita melantik anak menantu kita bekerja di syarikat yang kita menjadi pengerusi itu juga dinamakan rasuah. Pilih kasih, juga rasuah dan penyalahgunaan kuasa juga rasuah. Ingatlah besi yang belot tidak boleh dibetulkan dalam acuan yang besar.
Jadi janganlah bercakap perkara-perkara yang sudah jelas kerana ia akan disifatkan cuba menutup buah macang (bacang) masak dalam kilas. Pulaslah simpulah sebanyak mana kilas itu bau macang itu tetap juga akan terhidu keluar. - TPT 42/08
Label: BUSUK