Isnin, 1 Disember 2008

Mukhriz Mahathir

ANAK LEBIH BIJAK DARIPADA BAPAK?

Assalamualaikum... Selepas orang lain bersuara dan berkokok menghentam dan mengecam Chua Soi Lek yang mempersoalkan ketuanan Melayu barulah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tampil ikut sama mengecam Timbalan Presiden MCA itu. Mungkin selepas bapanya, Mahathir Mohamad suruh baru calon ketua Pemuda itu berani bersuara.

Selalunya begitulah. Mukhriz sering bercakap selepas bapaknya bercakap. Mukhriz jarang mendahului dalam memberi apa-apa pandangan atau membuat kritikan sebelum bapaknya bercakap. Apakah beliau seorang anak yang patuh dan menghormati orang tua ataupun seorang anak yang menumpang idea dan tuah bapak?

Kali ini pandangan Mukhriz agak berbisa juga. Kalau pandangan itu tidak datang dari kepala bapaknya kita boleh angkat tangan. Mukhriz sambil menghentam Chua Soi Lek turut sama memgemukakan cadangan aga sistem pendidikan di negara ini diadakan dalam satu sistem saja, iaitu pendidikan tunggal.

Di mana tidak ada sekolah kebangsaan Tamil, China dan sebagainya. Semuanya terhimpun dalam sisitem pendidikan tunggal. Alasan beliau ialah bagi mengelakkan berlakunya polarisasi kaum dan demi meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini. Mukhriz percaya masalah polarisasi kaum disebabkan oleh sistem pendidikan yang berbeza bumbung.

Baguslah Mukhriz nampak sistem pendidikan negara inilah yang mengasingkan antara kaum dan menyebabkan perpaduan nasional yang diharapkan lambat menjelma.

Saya yakin pandangan beliau itu adalah pure daripadanya dan bukan pinjaman daripada bapanya. Kenapa? Kalau beliau berkata begitu atas nasihat bapaknya nampaklah kebodohan dan kelemahan bapanya semasa bapanya menjadi Perdana Menteri.

Kalau apa yang Mukhriz cakapkan itu atas kehendak Mahathir, orang akan tahu bagaimana Mahathir memutar otaknya dalam soal ini. Ia juga ternyata tidak lebih daripada satu gimik politik murahan untuk Mukhriz saja. Kerana kalau benar Mahathir berfahaman demikian kenapa beliau tidak wujudkan sistem pendidikan tunggal semasa beliau jadi PM dulu? Masakan si anak lebih bijak daripada si bapak?

Selama 22 tahun beliau menjadi PM, apakah beliau tidak terfikir. Selepas sudah bersara baru alih-alih baru terfikir masalah itu dan kesan daripada sistem pendidikan yang beliau sendiri meretuinya.

Kerana itu apa yang saya nampak di sebalik cadangan Mukhriz itu tidak lebih dan tidak kurang kerana ianya untuk dijadikan modal politik saja. Beliau mahu Pemuda Umno nampak yang beliau ada pandangan bernas dan untuk itu layak dipilih menjadi Ketua Pemuda. - TPT 47/08

Label:

3 Ulasan:

Di 2 Disember 2008 pada 4:37 PTG, Blogger balan berkata...

Good arguement there by Mukhriz

Do read my take on this issue.
Regards
http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

 
Di 2 Disember 2008 pada 6:53 PTG, Blogger Awang Kata berkata...

Benarkah dia ni nak berpencak, atau sekadar mengacah. Bapa borek anak rintik...

 
Di 14 Disember 2008 pada 11:55 PTG, Blogger Moshe berkata...

Dari posting ini, saudara nampak sangat membenci kpd Mahathir dan seterusnya Mukhriz. Apa gunanya kita membenci kpd orang yg telah banyak berjasa kpd negara atau adakah kita dari orang yg tidak tahu bersyukur dgn nikmat Allah ?

Kalau saudara atau saya jadi PM selama 22 tahun belum tentu dapat berjaya seperti Mahathir. Kita boleh lihat situasi hari ini selepas Mahathir melepaskan premiership kpd Abdullah, apa terjadi ? UMNO jadi lemah dan porak peranda, negara jadi tak tentu hala. Haruslah diingat kita bukan boleh dapat semua perkara dlm satu masa tapi jika tidak dapat apa2 itu tanda kita orang yg rugi.

Tentang Mukhriz adalah tidak adil kita melontarkan pelbagai tohmahan. Janganlah kita mewarisi sikap "buat slah tak buat pun salah" jadi ?

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama