Selasa, 11 November 2008

Rafidah Aziz

RAFIDAH SELAMAT SHARIZAT BELUM TENTU

Assalamualaikum... Licit juga politik Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz! Beliau telah mengemukakan pelan peralihan kuasa kononya untuk menstabilkan politik wanita Umno. Padahal apa yang tersembunyi di sebalik pelah itu adalah untuk mengukuhkan kedudukannya.

Beliau sudah tahu kerier politiknya sudah penghujung maka dibuatnya pelan peralihan itu. Beliau akan berundur pada Jun, bukan pada Mac seperti mana pelan yang dikenakan ke atas Abdullah Ahmad Baawi. Kenapa?

Pelan peralihan kuasa itu tidak ubah seperti ubat kalis tua yang terpaksa digunakan Rafidah untuk melindungi politik dan jawatannya. Bijak juga si Rafidah ini.

Mudah saja untuk membaca pelan bikinan Rafidah itu. Dengan pelan itu ia berjaya memenuhi impiannya untuk menghindarkan bekas Ketua Puteri Umno, Azalina Othman Said daripada melangkah masuk ke dalam gelanggang wanita. Jelas sekarang Azalina tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita.

Nampaknya Exco wanita Umno dipulas dan disihir hidup-hidup oleh Rafidah sehinggakan Azalina tiak diberikan peluang. Menyekat Azalina melangkah ke alam gelanggang politik bermakna wanita Umno masih berpegang kepada politik lama atau masih menggunakan kain buruk untuk menutup kemaluan mereka dan menolak peralatan baru yang mudah, rengkas dan berkesan.

Selain itu beliau juga mungkin mengharapkan kalau Mohd Najib Razak jadi PM nanti silap-silap hari bulan beliau akan dilantik menjadi menteri Kabinet pula. Kalau ini berlaku maka beliau mendapat laba dua kali. Sebenarnya inilah yang diimpi dan dimimpikan oleh Rafidah. Kenapa punca beliau bersekongkol dengan puak yang mahukan Abdullah Badawi turun ialah kerana marah dan berkecil hati dengan Abdullah yang tidak melantiknya sebagai menteri.

Justeru adalah elok kalau Sharizat Abdul Jalil mengkaji balik keputusan untuk akur kepada kehendak Rafidah yang berselindung di sebalik pelan peralihan kuasa itu. Tunggu apa lagi beliau sudah menapat pencalonan untuk menentang Rafidah teruskan saja. Sharizat tiak boleh tunggu lama-lama lagi apa lagi kalau ketidaksediaan beliau untuk menentang Rafidah itu atas rasa kesian ia satu kesilapan besar.

Apa yang Sharizat patut sedar kalau beliau akur kepada kehendak Rafidah semata-mata kerana ingin menjaga hati dan politik Rafidah beliau pula nanti akan ditolak oleh wanita yang meletakkan pengharapan tinggi kepadanya untuk mengambil alih tempat Rafidah. Sharizat kena ingat Kamalia Ibrahim sedang menanti untuk membuat kejutan. Jika perhitungan silap ini boleh menyebabkan Sharizat akan menangis tidak berlagu di mana kerusinya kini akan disambar orang.

Kalau ini berlaku Rafidah tidak rugi apa-apa kerana beliau masih kekal di tempatnya itu. Baik kalau Sahrizat membuat perhitungan serapi mungkin agar tidak menyesal dikemudian hari. - TPT 41/08

Label:

1 Ulasan:

Di 11 November 2008 pada 8:17 PTG, Blogger Quantum Metal Consultant berkata...

Terkini, Kamlia akan tetap bertanding Naib Ketua kerana dari awal dia tidak bersetuju dengan format peralihan kuasa kerana tidak ada dalam perlembagaan UMNo itu sendiri, Exco juga tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kepimpinan Wanita dan bagi baginya, apabila ada ura ura Rafidah berundur, maka jawatan naib ketua ada kekosongan.

Jelas Kamalia berpijak dibumi yang nyata dan bijak, sebab itulah dia menerajui Ketua Wanita Kuala Kangsar walaupun Rafidah MP di situ.

Shahrizat tidak ada pilihan dan begitu juga Rafidah, salah seorang mereka akan jadi mangsa kepada mainan politik mereka sendiri.

Bagi Rafidah, cucu kata mari, akar umbi kata pergi.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama