Jumaat, 12 Disember 2008

Azizan Razak

TEBANGLAH USTAZ DEMI KEBAIKAN KEDAH

Assalamualaikum... Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri Kedah tidak dapat mengelak daripada menebang balak dalam hutan simpanan untuk menampung perbelanjaan negeri itu. Walaupun langkah itu ditegur dan dikritik oleh banyak pihak termasuk pencinta alam namun beliau tidak akan peduli. Alasannya kalau duit sudah tidak ada ada, macam mana nak jaga rakyat. Balak itu ditebang untuk mengisi kantung operbendaharaan negeri.

Menurutnya lagi tindakan menebang balak itu juga ialah kerana kegagalan kerajaan Persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sebagai khidmat alam sekitar pada masa akan datang.

Saya setuju sangatlah dengan langkah Azizan itu. Ya kalau dah nak belanja tidak ada duit, dapur dah tak berasap anak-anak (rakyat kebuluruan), kenalah lakukan sesuatu. Jangan peduli apa kata orang, yang penting rumah tangga kita tidak melarat dan anak-anak tidak kelaparan dan kerajaan negeri dapat berjalan dengan baik.

Orang lain hanya tahu mengkritik saja tetapi liat untuk membantu. Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pun ada menengur rancangan Azizan Razak itu. Yang baiknya jangan tegur saja tetapi perlu bantu Kedah. Sepatutnya Guan Eng memikirkan bagaimana nak tampung perbelanjaan kerajaan Kedah. Bukankah Pulau Pinang kaya?

Langkah diambil Azizan Razak itu samalah dengan apa dilakukan oleh seorang ayah, terpaksa bergadai nyawa dan mengadai barangan purba untuk menjamin kehidupan anak-anak dan rumah tangga. Kalau keadaan sudah memaksa betapa sayang pun kepada harta warisan berkenaan apa nak dikatakan lagi.

Manusia akan lakukan apa saja untuk survival samada ianya baik atau tidak halal atau haram. Kepada Azizan usah peduli kepada komenter orang lain berbuatlah apa yang Ustaz rasakan baik hanya kita yang mengetahui apa yang kita lakukan! - TPT 49/08.

Label:

1 Ulasan:

Di 15 Disember 2008 pada 12:05 PG, Blogger Moshe berkata...

Inilah sikap dan perangai orang Melayu tulen. Tak ada duit jual tanah, sebab itu lah Melayu Penang dah tak bertanah dan melayu dimana2 pun sikap tetap sama, mahu jln senang tak mahu pakai otak untuk mencari ikhtiar. Baik UMNO atau Pas atau mana2 sahaja parti melayu akan baginilah jadinya. Kalu nak jadi kerajaan macam ni, "kucing kurap" pun boleh jadi kerajaan.

Bukan nak berfikir tapi asyik berceramah dari lepas plihanraya sampai pilihanraya.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama